NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Warga Pendidik diseru untuk berdoa bagi memberi sokongan moral terhadap CIKGU AZIZAN


Gerakan Kebangkitan Pendidik Kebangsaan (Pendidik) melahirkan rasa kesal dan dukacita kerana hasil  ketegasan seorang guru yang gigih berusaha tanpa jemu dan  mengajar serta mendidik anak muridnya, beliau telah dihadapkan ke Mahkamah pada 19 Disember 2017, Selasa.

Cikgu Azizan  berhadapan dengan pertuduhan di bawah Seksyen 323 Kanun Keseksaan, yang menyalahi undang-undang secara sukarela, dan menghadapi satu tahun penjara atau denda RM2,000 jika didapati bersalah.

Beliau yang dikenali sebagai Cikgu Azizan merupakan guru yang tegas dalam disiplin murid-murid, kes yang berat dan berulang seperti menghidu gam, membuli, bergaduh dan banyak lagi.
Dakwaan ke atas beliau dibuat atas tuduhan mendenda seorang murid.

Pendidik dimaklumkan guru ini telah menghukum dan mendenda murid tersebut atas kesalahan iaitu :

  1. Menghidu gam dalam kawasan sekolah dan turut mempengaruhi murid lain (3 orang) supaya turut serta.
  2. Kesalahan tersebut dilakukan sejak 2016. Selain itu pelajar yang didenda ini terlibat dalam kes buli.
  3. Memukul murid lain serta ponteng dengan memanjat pagar sekolah.


Warga Pendidik juga telah  digesa agar turun beramai-ramai memberi sokongan moral dalam kes perbicaraan Cikgu Azizan.

Tarikh: 19 Disember 2017 (Selasa)
Masa: 8.30 pagi
Tempat: Mahkamah Majistret Seremban 2A, Negeri Sembilan.

"Pendidik  turut berasa bimbang dengan sikap ibu bapa yang mengambil langkah membesarkan kes hingga ke membawa kes ke mahkamah sedangkan ianya boleh diselesaikan di luar mahkamah dengan cara yang harmoni.

Kes Cikgu Azizan bukanlah kes pertama dalam dunia pendidikan dimana guru disaman oleh penjaga.

Sebelum ini juga terdapat beberapa kes ibu bapa menyaman guru atas pelbagai sebab. Ada juga yang memihak kepada guru dan ada juga yang tidak memihak kepada guru.

Warga pendidik mendoakan agar Cikgu Azizan tabah menghadapi ujian ini, dan semoga kemenangan berpihak kepada beliau.

Inilah cabaran guru masa kini, apa lagi yang guru mampu buat? Hukuman apa yang guru boleh kenakan ke atas murid? Adakah kita hanya mampu sekadar mencatat kesalahan murid di dalam rekod  SSDM(Sistem Salahlaku Disiplin murid sahaja..

 "Buat ibu bapa, usahlah selalu terlalu memanjakan anak. Seperti mana ibu bapa mahukan anak menjadi insan yang baik, begitu jugalah guru juga mahu melihat anak muridnya menjadi murid yang baik dari segi akhlaknya.

 Kepada guru-guru diharap memberi sokongan kepada beliau walau di mana sekalipun, biarpun tidak dapat hadir ke mahkamah, mereka boleh nyatakan sokongan dalam apajua bentuk sama ada doa,sumbangan kewangan juga sokongan moral.

Salam hormat:
Pn. Normala Binti Sudirman
Presiden Gerakan Kebangkitan Pendidik Kebangsaan(Pendidik).
18 Disember 2017

© all rights reserved
made with by templateszoo