NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

US Berbudi, PBB Mesti Berbahasa? – Nikki Haley



Operatif bantuan Amerika Syarikat disalurkan melalui pelbagai organisasi di bawah pentadbiran mereka yang bukan hanya melibatkan bantuan kemanusiaan, tetapi bantuan persenjataan, kontraktor ketenteraan dan organisasi-organisasi Soft Power yang berselerak di seluruh dunia. Malaysia tidak terkecuali. Semenjak tahun 2014 National Endowment for Democracy (NED), yang merupakan sebuah organisasi di bawah pembiayaan kerajaan Amerika Syarikat telah menyalurkan dana hampir RM 10 juta kepada pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dan organisasi lain dalam perjuangan mereka di Malaysia. Antara pertubuhan yang telah mendapat dana adalah, Lawyers for Liberty (LFL) yang diterajui Eric Paulsen, Islamic Renaissance Front (IRF) di bawah pimpinan Datuk Dr Ahmad Farouk Musa, Liberal Banter Sdn. Bhd (Loyar Burok), Centre to Combat Corruption and Cronyism (C4) di bawah Cynthia Gabriel dan KiniTV yang merupakan sebahagian daripada portal Malaysia Kini. 


New York, Amerika Syarikat: Duta Amerika Syarikat (AS) ke Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), Nimrata Randhawa atau lebih dikenali sebagai Nikki Haley dalam ucapannya di Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu membuat dakwaan bahawa Israel merupakan negara yang berjuang untuk menegakkan idea kebebasan dan maruah manusia. 


Menurut Nikki, Israel bukan sahaja memperjuangkan kebebasannya sendiri tetapi juga menjadi pejuang kepada idea-idea kebebasan yang sepatutnya menjadi pendirian PBB. 

“Israel perlu bangkit untuk kemandiriannya sebagai sebuah negara; tetapi ianya juga bangkit mendukung idea-idea kebebasan dan maruah manusia yang sepatutnya diperjuangkan oleh PBB.” 

Menurutnya lagi, beliau terpaksa mempertahankan maruah dan kedaulatan Amerika yang diasak oleh kawan dan lawan dari pelbagai sudut berikutan tindakan Presidennya mengiktiraf Baitulmuqaddis sebagai ibu kota Israel baru-baru ini. 


Pendirian AS berkenaan isu pengiktirafan Baitulmuqaddis sebagai ibu negara haram Israel telah dikecam oleh sekutu rapatnya seperti England, Perancis, Itali dan Ukraine. 

Dalam pada itu, Nikki turut membuat dakwaan bahawa AS telah memberikan pakaian, makanan dan pendidikan kepada mereka-mereka yang terdesak dari seluruh dunia. 

“Bersama kami telah memberi makanan, pakaian dan mendidik mereka yang berada dalam keterdesakan.” 

Selain itu Nikki juga mengingatkan bahawa, setelah AS menyumbang dengan banyaknya kepada PBB, negara tersebut juga mengharapkan agar kebaikan itu diiktiraf dan dihormati, serta keadaan AS sekarang adalah seolah-olah negara itu sedang membayar untuk dihina. 

“Apabila kami (AS) membuat sumbangan dengan begitu murah hati kepada PBB, kami juga mempunyai satu jangkaan yang sah bahawa kebaikan kami akan diiktiraf dan dihormati…Tambahan pada itu, negara itu (AS) sedang diminta untuk membayar demi “keistimewaan” dalam bentuk penghinaan.” 


Berikutan ucapan Nikki Haley tersebut yang mengungkit isu sumbangan Amerika kepada PBB dan pelbagai pihak dan menuntut kesetiaan kumpulan yang menerima sumbangan tersebut kepada Amerika, timbul pelbagai kerisauan kerana operatif bantuan Amerika Syarikat disalurkan melalui pelbagai organisasi di bawah pentadbiran mereka yang bukan hanya melibatkan bantuan kemanusiaan, tetapi bantuan persenjataan, kontraktor ketenteraan dan organisasi-organisasi Soft Power yang berselerak di seluruh dunia. 

Malaysia tidak terkecuali. Semenjak tahun 2014 National Endowment for Democracy (NED), yang merupakan sebuah organisasi di bawah pembiayaan kerajaan Amerika Syarikat telah menyalurkan dana hampir RM 10 juta kepada pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dan organisasi lain dalam perjuangan mereka di Malaysia. 

Antara pertubuhan yang telah mendapat dana adalah, Lawyers for Liberty (LFL) yang diterajui Eric Paulsen, Islamic Renaissance Front (IRF) di bawah pimpinan Datuk Dr Ahmad Farouk Musa, Liberal Banter Sdn. Bhd (Loyar Burok), Centre to Combat Corruption and Cronyism (C4) di bawah Cynthia Gabriel dan KiniTV yang merupakan sebahagian daripada portal Malaysia Kini. 


Cynthia Gabriel pada 7 Jun lalu diberikan ‘Anugerah Demokrasi’ oleh NED. Dalam kenyataan beliau kepada media, beliau menyatakan bahawa beliau tidak kisah jika ada pihak mahu menggelarkannya sebagai ejen CIA . Datuk Dr Ahmad Farouk Musa pula baru-baru ini menempelak pihak-pihak yang mahu mengadakan demonstrasi aman di hadapan kedutaan Amerika berikutan kontroversi kenyataan Trump mengiktiraf Baitulmuqaddis sebagai ibu kota Israel.

© all rights reserved
made with by templateszoo