NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

UMMAH ajak rakyat, pemimpin politik kembali kepada Perlembagaan


Oleh Athirah Huda Zalhe 

KUALA LUMPUR, 24 Rabiulawal 1439H, Rabu – Penganjuran Konvensyen Kebangkitan Ummah (KKU) yang dijadual diadakan 13 Januari tahun depan, bertujuan lain mahu mengajak rakyat dan semua pimpinan parti politik kembali kepada Perlembagaan Persekutuan. 

Pengerusi Gerakan Pembela Ummah (UMMAH), Ustaz Ismail Mina Ahmad berkata, selain objektif menyatupadukan umat Islam, konvensyen tersebut antara lainnya juga mahu mengingatkan semua parti politik untuk memahami serta menghayati Perlembagaan. 

“Kita mahu mengajak semua warganegara, dalam konteks ini semua parti politik sama ada yang memerintah atau tidak untuk kembali kepada Perlembagaan, dari sudut agama, bangsa dan kebebasan. 


“UMMAH berperanan untuk mengajak semua pihak terutama parti politik memahami dan menghayati Perlembagaan Malaysia,” katanya dalam sidang media di sini, hari ini. 



Beliau berkata, kebelakangan ini banyak tuntutan yang dibuat oleh segelintir pihak, diluar daripada peruntukan Perlembagaan. 

“Kita juga mahu mengingatkan kumpulan politik untuk tidak menggunakan Pilihan Raya Umum Ke-14 sebagai medan menjahanamkan Perlembagaan,” tegasnya. 

Serentak itu, beliau mengajak rakyat dan semua pimpinan politik untuk turut serta menghadiri konvensyen satu hari itu, yang bakal diadakan di Kompleks Pusat Islam Kuala Lumpur.


© all rights reserved
made with by templateszoo