NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

TITM: Macam mana Khalid nak tolong PAS, Umno serentak?



PAS menganggap kenyataan terbaru bekas menteri besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim, sebagai janggal. 

Timbalan Presiden PAS, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man, berkata pihaknya melihat pendirian Khalid yang "menyokong Umno" untuk pilihan raya umum (PRU) akan datang tidak sehaluan dengan sikap beliau kepada PAS.

"Kenyataan beliau menyokong Umno dalam PRU ke-14 dan pada waktu sama menyokong PAS juga adalah perkara janggal, kerana PAS dan Umno saling berlawanan dalam konteks politik," katanya yang dihubungi Malaysiakini dari Kota Bharu, Kelantan, hari ini.

Semalam, Khalid - yang pernah dibayangkan bakal menyertai PAS oleh sesetengah pemimpin parti itu - muncul bersama Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi di Konvensyen Umno Selangor.

Program itu diadakan di Pusat Dagangan Dunia Putra, Kuala Lumpur.

Khalid hadir bersama seorang lagi bekas menteri besar yang pernah menyertai PAS - sebelum berhijrah ke PKR dan kembali semula ke pangkuan Umno - Tan Sri Muhammad Muhammad Taib. 

Khalid ialah bekas bendahari agung PKR dan disegani sebagai tokoh korporat yang berjaya membuat gerakan mengejut - digelar Dawn Raid - menguasai syarikat Sime Darby pada 7 Sept 1981.

Percaturan politik PKR menyaksikan beliau diketepikan oleh aliran perdana parti terbabit sebelum beliau akhirnya dipecat pada 2014.

Langkah itu membawa Khalid lebih akrab dengan PAS, terutama presiden parti Datuk Seri Abdul Hadi Awang.
© all rights reserved
made with by templateszoo