The Star mahu kurangkan 500 pekerja



PULAU PINANG – Akhbar bahasa Inggeris paling laris The Star akan mengurangkan 500 pekerja melalui Skim Pemberhentian Sukarela (VSS) pusingan kedua.

Usaha itu dilakukan selepas VSS pusingan pertama dan persaraan awal yang menyasarkan pengurangan 220 pekerja hanya mendapat sambutan 70 orang, sekali gus gagal mencapai matlamat yang ditetapkan.

VSS pusingan kedua oleh The Star masih akan menggunakan pendekatan seperti pusingan pertama iaitu termasuk membuka skim untuk persaraan awal.

Nanyang Siang Pau melaporan, rancangan ‘kurus badan’ yang dilancarkan itu membabitkan semua jabatan dalam penerbit akhbar tersebut.

“Kaedah VSS yang dijalankan adalah sama seperti pusingan pertama. Pekerja dibenarkan memaklumkan secara berlisan atau menghantar pesanan ringkas kepada penyelia tentang hasrat untuk menyertai VSS,” kata sumber.

Pusingan pertama VSS oleh The Star dijalankan pada September dan syarikat itu menyasarkan pengurangan sebanyak 220 pekerja.

Sebelum ini terdapat laporan bahawa The Star melaksanakan VSS berikutan cabaran dalam prestasi akhbar tersebut.


Walaupun langganan untuk akhbar elektronik meningkat daripada 110,883 pada separuh tahun pertama 2016 kepada 113,241 pada separuh tahun kedua, langgan akhbar kertas bercampur akhbar elektronik The Star menurun daripada 359,442 kepada 334,213.
Labels:
Reactions:
[blogger]

1Media.My

{facebook#facebook.com/1mediaonline} {twitter#YOUR_SOCIAL_PROFILE_URL} {google-plus#YOUR_SOCIAL_PROFILE_URL} {pinterest#YOUR_SOCIAL_PROFILE_URL} {youtube#YOUR_SOCIAL_PROFILE_URL} {instagram#YOUR_SOCIAL_PROFILE_URL}

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.
Javascript DisablePlease Enable Javascript To See All Widget