NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Terima kasih Malaysia - Duta Palestin



Duta Palestin ke Malaysia, Datuk Dr Anwar Al Agha mengucapkan terima kasih di atas usaha dan sokongan padu kerajaan dan rakyat Malaysia terhadap isu di Palestin.

Beliau berkata, sokongan dan usaha yang diberi Malaysia amat konsisten untuk memastikan tanah Palestin terutama Baitulmaqdis kekal milik negara itu.

Selain itu, beliau juga menghargai sokongan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dan organisasi lain yang meletakkan usaha terhadap nasib serta hak rakyat Palestin yang ditindas Israel.

“Ini menunjukkan semua pihak bersatu padu membantah penaklukan dan pencabulan Israel serta kebiadaban Amerika Syarikat (AS) terhadap hak Palestin.

“Saya amat berbangga hari ini melihat kesepaduan semua pihak yang sanggup berkumpul menyatakan solidariti kepada Palestin.

“Rakyat dunia juga bangkit menolak pengiktirafan AS terhadap Baitulmaqdis. Insya-Allah, bumi dan rakyat Palestin akan bebas daripada derita penaklukan Israel sejak lebih tujuh dekad,” katanya.

Beliau berkata demikian pada Forum Khas Solidariti Selamatkan Baitulmaqdis di Masjid Putra, Putrajaya, pada Jumaat lepas

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo