NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Syarat Baharu Permohonan Masuk Ke Tingkatan Satu 2018 Sekolah Yayasan Islam Kelantan




(Kemaskini 04 Disember 2017)

1- Maahad Sains Tok Guru Pengkalan Chepa
Minima 3A 3C  (3A tanpa D dan E)

2- Maahad-Maahad Kawalan
Minima 2A 4D  (2A tanpa E)

3- Maahad Tahfiz Al-Quran Darul Saadah Lilbanat Beta Hulu (Semi Vokasional)
Minima 1A 4C 1D

4- Maahad-Maahad Pilihan
Minima 1A 5D (1A tanpa E)

5) SMU(A) Al Kauthar (Tahfiz) & SMU(A) Tarbiah Diniah Bunut Sarang Burung (Tahfiz)
Minima 1A 5D (1A tanpa E)

Tarikh tutup permohonan : 7 Disember 2017 jam 3.00 Petang

Apa perbezaan Maahad Tahfiz wal-Qira'at, Maahad Tahfiz Sains, Maahad Sains Tok Guru, Maahad Tahfiz Al-Quran Darul Saadah Lilbanat (Semi Vokasional) dan Maahad Muhammadi?

Yayasan Islam Kelantan (YIK) menawarkan:

1) Maahad Tahfiz wal Qira'at dengan kurikulum YIK yang menggabungkan kurikulum Kebangsaan, Kurikulum Tahfiz dan Qira'at (30 juz hafazan). Berasrama penuh di Pulai Chondong dengan yuran bulanan : RM250.

2) Maahad Tahfiz Sains (aliran Sains Tulen) menawarkan pengajian berasaskan Kurikulum Kebangsaan dan Kurikulum Azhari (Maahad Bu'uth Azhar) beserta hafazan 30 juz. Berasrama penuh dengan yuran bulanan: RM300. Pengambilan untuk pelajar lelaki (Kok Lanas) dan perempuan (Tanah Merah).

3) Maahad Sains Tok Guru adalah sekolah perintis YIK yang menggabungkan elemen tahfiz (5 juzuk), sains tulen, penguasaan bahasa Arab/Inggeris dan pengajian kitab turath (pondok) secara bersepadu. MSTG mengekalkan mata pelajaran teras berasaskan kurikulum arus perdana dan Maahad Bu'uth sebagaimana sekolah-sekolah YIK yang lain. Pendekatan program-program pembinaan jati diri, penguasaan bahasa dan pemahaman kitab turath adalah antara yang berbeza dengan sekolah YIK sedia ada. Di samping itu pemilihan guru juga antara yang terpilih dan mampu merealisasikan hasrat berkenaan. Berasrama penuh di Pengkalan Chepa dengan yuran bulanan: RM350. 

4) Maahad Muhammadi pula menggunakan Kurikulum Kebangsaan dan Kurikulum Azhari (Maahad Bu'uth Azhar) dalam aliran Sains Tulen dan Sastera. Pengambilan untuk pelajar lelaki di Maahad Muhammadi Lelaki dan perempuan di Maahad Muhammadi Perempuan.

5) Maahad Tahfiz Al-Quran Darul Saadah Lilbanat (Semi Vokasional) menawarkan 
pengajian berasaskan Kurikulum Kebangsaan dan Kurikulum Azhari (Maahad Bu'uth Azhar) beserta hafazan 30 juz. Sekolah ini juga menawarkan asas-asas kemahiran separa vokasional seperti kemahiran jahitandan kulinari. Berasrama penuh di Beta Hulu Kota Bharu dengan yuran bulanan: RM350. 

Berminat? Sila download borang dibawa:

http://www.yik.edu.my/v3/index.php/my/component/jdownloads/summary/25-awam/113-borang-permohonan-kemasukan-tingkatan-1-2018-maahad-kawalan

Borang yang sama digunakan untuk permohonan ke sekolah Maahad Sains Tok Guru juga boleh digunakan untuk permohonan ke sekolah kategori Maahad Kawalan Yayasan Islam Kelantan. Maahad-Maahad Kawalan Yayasan Islam Kelantan adalah seperti berikut:

1. MAAHAD MUHAMMADI (Lelaki)
2. MAAHAD MUHAMMADI (Perempuan)
3. KOLEJ TAHFIZ SAINS NURUL AMAN, KOK LANAS (Lelaki)
4. MAAHAD TAHFIZ SAINS TANAH MERAH (Perempuan)
5. MAAHAD TAHFIZ SAINS BUSTANUL ARIFIN, TUMPAT (Lelaki)
6. MAAHAD TAHFIZ SAINS AL MUHAMMADI, NIPAH (Lelaki)
7. MAAHAD TAHFIZ AL QURAN WAL QIRAAT, PULAI CHONDONG (Lelaki)
8. MAAHAD TAHFIZ AL-QURAN ASRIAH, BANGGOL CHICHA (Lelaki)
9. MAAHAD TAHFIZ AL-QURAN DARUL SAADAH LILBANAT (Perempuan - Semi Vokasional)

- Syarat untuk menghantar borang permohonan ini iaitu borang permohonan perlu dihantar bersama Wang Pos RM5.00 atas nama Pengarah Yayasan Islam Kelantan ke Maahad Kawalan yang dipohon dan salinan Keputusan UPSR yang telah disahkan.

- Permohonan yang tidak disertakan Wang Pos tidak akan diproses.
© all rights reserved
made with by templateszoo