Sultan Kedah Dahului Senarai 103 Penerima Darjah Dan Bintang Kebesaran Selangor


Gambar:Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah berkenan mengurniakan Darjah Kebesaran Seri Paduka Mahkota Selangor kepada Panglima Tentera Darat, Jeneral Tan Sri Zulkiple Kassim pada Istiadat Penganugerahan/Pergurniaan Darjah Dan Bintang Kebesaran Negeri Selangor Darul Ehsan sempena Sambutan Ulang Tahun Hari Keputeraan baginda yang Ke-72

KLANG, 11 Dis (Bernama) -- Sultan Kedah, Sultan Sallehuddin Almarhum Sultan Badlishah mendahului senarai 103 penerima darjah dan bintang kebesaran Selangor sempena ulang tahun Hari Keputeraan ke-72 Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah, hari ini.


Sultan Sallehuddin dikurniakan Darjah Kerabat Selangor Yang Amat Dihormati (DK).

Panglima Tentera Darat, Jeneral Tan Sri Zulkiple Kassim dan Ketua Setiausaha, Kementerian Dalam Negeri, Datuk Seri Alwi Ibrahim merupakan dua penerima Darjah Kelas Pertama - Darjah Kebesaran Seri Paduka Mahkota Selangor (SPMS) - yang membawa gelaran Datuk Seri.

Sementara itu, Ketua Pengarah Jabatan Imigresen, Datuk Seri Mustafar Ali menerima Darjah Kebesaran Datuk Setia-Sultan Sharafuddin Idris Shah (SSIS) (Kelas Pertama) yang membawa gelaran Datuk Setia bagi lelaki dan Datin Paduka Setia bagi wanita.

Istiadat pengurniaan darjah dan bintang kebesaran itu berlangsung di Istana Alam Shah di sini.

Dua duta besar Malaysia mendahului senarai sembilan penerima Darjah Kebesaran Datuk Paduka Mahkota Selangor (DPMS) (Kelas Kedua) yang membawa gelaran Datuk bagi lelaki dan Datin Paduka bagi wanita iaitu Duta Besar ke Arab Saudi, Datuk Zainol Rahim Zainuddin dan Duta Besar ke Argentina, Datuk Mohd Khalid Abbasi Abdul Razak.

Penerima DPMS lain ialah Panglima Armada Timur, Markas Pemerintahan Armada Timur, Laksamana Madya Datuk Pahlawan Syed Zahiruddin Putra Syed Osman; Timbalan Mufti Selangor, Dr Anhar Opir; Pengurus Besar Kanan Lembaga Tabung Haji, Datuk Syed Saleh Syed Abdul Rahman; Pengarah Tanah dan Galian Selangor, Ahmad Suaidi Abdul Rahim; Pegawai Daerah Kuala Langat, Rosli Othman; Naib Canselor Universiti Teknologi Mara (UiTM), Prof Emeritus Datuk Dr Hassan Said; dan Ketua Pegawai Eksekutif, Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS), Noraida Mohd Yusof.

Selain itu, seramai sembilan individu menerima Darjah Kebesaran Datuk-Sultan Sharafuddin Idris Shah (DSIS) (Kelas Kedua) yang membawa gelaran Datuk bagi lelaki dan Datin Paduka bagi wanita.

Mereka adalah Inspektor Jeneral Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM), Laksamana Muda Ganesh Navaratnam; Timbalan Naib Canselor (Jaringan Industri dan Masyarakat), Universiti Putra Malaysia (UPM), Prof Dr -Ing Ir Renuganth Varatharajoo; Timbalan Naib Canselor (Akademik dan Hal Ehwal Pelajar) Universiti Tun Abdul Razak, Prof Dr Samsinar Md Saidin; dan Ketua Pegawai Eksekutif, Kumpulan Prolintas, Datuk Mohammad Azlan Abdullah.

Yang turut menerima DSIS ialah Ketua Pegawai Eksekutif/Anggota Lembaga Pengarah,The New Straits Times Press (M) Berhad, Datuk Abdul Jalil Abdul Hamid; Pengerusi CIMB Islamic Bank Berhad, Mohamed Ross Mohd Din; Ketua Pegawai Eksekutif, Central Spectrum Sdn Bhd., Mahmud Abbas; Peguam Bela dan Peguam Cara, Gerald Rakish Kumar Lewis Kanniah; dan Pengarah Urusan Top Gloves Corporation Berhad, Lee Kim Meow.

Sementara itu, dua penerima Darjah Kebesaran-Ahli Kegemilangan Sukan (AKS) ialah Ketua Jurulatih Boling Selangor, Kenny Ang Ah Tee dan atlet karate Selangor, Syakilla Salni Jefry [email protected]

Bagi Darjah Kebesaran Setia Mahkota Selangor (SMS) pula, seramai 13 individu menerima darjah tersebut iaitu Orang Besar Daerah Hulu Langat, Abdul Jalil Abdul Rani; Timbalan Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor, Mohd Shafie Ngah; Anggota DUN Taman Medan, Haniza Mohamed Talha dan Pegawai Daerah/Tanah Hulu Selangor, Mohd Fauzi Mohd Yatim.

Turut menerima SMS ialah Provos Marsyal Tentera Darat, Markas Tentera Darat, Kementah, Brig.Jen. Mislan Anuar; Ketua Staff Markas Artileri Divisyen 3, Kem Terendak Melaka, Kol. Zainal Mohd Noor; Pengarah Cawangan Staf Am, Markas Angkatan Tentera Malaysia, Kapten Jumali Jabon, TLDM; Pegawai Memerintah KD Sultan Ismail, Kapten Jamaludin Sairi, TLDM; Timbalan Komisioner, Penjara Sungai Buloh, Abdul Kadir Rais; Ketua Polis Daerah Shah Alam, ACP Shafien Mamat; Ketua Polis Daerah Klang Selatan, ACP Alzafny Ahmad; Bendahari negeri Selangor, Mohd Redzuan Hasan dan Ketua Pegawai Operasi PKNS, Norita Mohd Sidek.

Seramai 15 individu menerima Darjah Kebesaran Setia-Sultan Sharafuddin Idris Shah (SIS) manakala Darjah Kebesaran Ahli Mahkota Selangor (AMS) dan Darjah Kebesaran Ahli-Sultan Sharafuddin Idris Shah (AIS) masing-masing 20 penerima.

Bagi darjah kebesaran Bintang Kegemilangan Sukan (BKS) pula, tiga atlet dan seorang ketua jurulatih Majlis Sukan Negeri (MSN) Selangor menerima darjah itu iaitu atlet renang kebangsaan, Phee Jinq En; atlet perahu layar, Ahmad Syukri Abdul Aziz dan Mohamad Faizal Norizan serta ketua jurulatih terjun air, Rossharisham Roslan.

Selain itu, tujuh individu menerima Bintang Perkhidmatan Cemerlang (BPC).

-- BERNAMA
Labels:
Reactions:
[blogger]

1Media.My

{facebook#facebook.com/1mediaonline} {twitter#YOUR_SOCIAL_PROFILE_URL} {google-plus#YOUR_SOCIAL_PROFILE_URL} {pinterest#YOUR_SOCIAL_PROFILE_URL} {youtube#YOUR_SOCIAL_PROFILE_URL} {instagram#YOUR_SOCIAL_PROFILE_URL}

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.
Javascript DisablePlease Enable Javascript To See All Widget