NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Solidariti Palestin: Naib Pengerusi 1 Amanah Perak jauh lebih berauthoriti daripada muntahan jijik Pengarah Hal Ehwal Syariah Amanah



1. Sejak Pengarah Hal Ehwal Syariah AMANAH yang juga bekas Adun Santan Zolkharnain Abidin menyokong secara terbuka atas penglibatan golongan Pro-LGBT dan pro-COMANGO atas penyertaan mereka terhadap demonstrasi Wanita Tolak Politik Toksik yang di anjurkan pada 10 September 2017 lepas. Saya sudah merasakan manusia-manusia pelik yang dulu berada di dalam PAS sudah berevolusi ke fasa yang lebih menjelekkan apabila bersama dengan AMANAH.

PENGARAH HAL EHWAL SYARIAH AMANAH PERTAHAN PENYERTAAN GOLONGAN LGBT DAN PRO COMANGO DALAM DEMO WANITA TOLAK POLITIK TOKSIK?

https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=1982727665342379&id=100008154936905

2. Dan tambah meloyakan lagi apabila Pengarah Hal Ehwal Syariah AMANAH menggunakan analogi muntah Biru dan muntah Hijau yang menujukkan betapa kotor dan bencinya AMANAH atas basis penyatuan Umat Islam dalam isu Palestin tanpa mengira pendirian politik yang berbeza. Adalah satu penghinaan sungguh jika di lihat pimpinan PAS bersama UMNO atau mana-mana NGO dalam mempertahankan hal-hal bersama yang menyentuh soal agama Islam di negara ini.

3. Berkaitan dengan isu demonstrasi Pro Palestin ini, saya melihat Naib Pengerusi 1 AMANAH Perak, Dr. Muhaimin Sulam jauh lebih rasional dan berauthoriti berkenaan dengan isu Palestin dan isu-isu kemanusiaan yang lain. Beliau pernah terlibat secara langsung dalam isu ini serta pernah menulis artikel, cerpen (Warkah Buat Rabiah) dan sajak (Warkah Sang Pencinta Dunia) seperti yang termuat dalam antologi Negara Tanpa Peta.

4. Bahkan apabila AMANAH mengarahkan parti untuk berdemonstrasi atas isu Palestin sebanyak DUA kali, beliaulah antara pimpinan AMANAH yang membantah. Penolakan yang di buat AMANAH dalam kebersamaan atas isu ini di pertikaikan melalui satu kenyataan yang di buat oleh Dr. Muhaimin Sulam bertarikh 12 Disember 2017.

"Palestin: Posting Tak Sihat

Berapa kali nak tunjuk kuat? Hakikatnya kita enggan berkerjasama dalam soal sewajarnya bersama. Seratus tahun berdemo sekalipun, setakat itu sahaja."

5. Belum pun reda dengan isu ini. Timbalan Presiden AMANAH pula mengeluarkan kenyataan bahawa AMANAH tidak menyertai demonstrasi Perhimpunan Solidariti dalam memperjuangkan nasib rakyat Baitul Maqdis yang berlangsung hari ini. AMANAH beralasan bahawa mereka tidak menerima apa-apa surat jemputan rasmi untuk bersama dalam perhimpunan ini yang di adakan di Masid Putra.

6. Bahkan kenyataan ini di sanggah oleh Naib Presiden AMANAH Ustaz Hasanuddin Mohd Yunus apabila beliau di lihat hadir dalam satu Forum Selamatkan Baitul Maqdis juga di Masjid Putra bersama dengan Dato' Saifuddin Nasution (PKR) Ustaz Muhammad Khalil Abdul Hadi (PAS), Dr. Yusri Mohamad (YADIM) dan juga Duta Palestin Dr. Anwar Al Agha.

7. Dan saya berharap, kenyataan Pengarah Hal Ehwal Syariah AMANAH yang emosi di bawah ini tidak terkena kepada sosok tubuh Naib Presiden AMANAH Ustaz Hasanuddin Mohd Yunus yang hadir untuk mewakili AMANAH.

"Kamu bakal cemarkan rumah Allah yang suci jika kamu hadir untuk mendokong usaha penguasa zalim yg menipu rakyat dalam negaranya sendiri dengan berlagak menjadi hero rakyat negara lain."

8. Terima kasih buat Naib Presiden AMANAH, Ustaz Hasanuddin Mohd Yunus kerana menyedarkan ceteknya pemikiran akal seorang manusia dewasa meskipun sudah berstatus Pengarah Hal Ehwal Syariah kepada partinya sendiri.

Iman Asyraff
4 Rabiul Akhir 1439H

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo