Siapa ADUN PAS lompat PKR?



PAS SELANGOR TIDAK TERKESAN

Oleh: ROSLAN SMS

Di saat PAS Selangor sedang giat memperkasakan jentera pilihanrayanya bagi menghadapi cabaran baru PRU ke 14 tiba-tiba muncul khabar angin kononnya PKR sedang bersedia menerima masuk pimpinan dan ADUN PAS yang dikatakan akan menyertai parti berkenaan.

Kononnya akan berlaku gelombang kedua keluarnya pimpinan PAS meninggalkan parti.

Bagi yang terpesona dengan cerita-cerita sensasi dan adu-domba sudah pasti berita TMI ini panas dan menarik.

Bagi yang matang dengan sepak- terajang politik murahan dan kenal sangat PAS ianya ditepis begitu sahaja.

Ustaz Sallehen Mukhyi Pesuruhjaya PAS Selangor dalam ucapannya menutup program Simulasi Pilihanraya peringkat Selangor semalam menyatakan ia satu fitnah malah jika pun benar ada yang sungguh-sungguh mahu keluar, PAS tiada masalah dan mereka dipersilakan berbuat begitu.

Perjuangan PAS ini tidak mengemis jawatan dan kedudukan. Ianya perjuangan berjemaah dalam satu gerakan Islam yang cukup berdisiplin dan dikawal oleh tarbiyah dan pemahaman Islam yang tinggi.

Yang longgar dan punya agenda peribadi memang pernah keluar umpama yang menyertai Pan tetapi keluarnya mereka itu ternyata telah menyelamatkan PAS dari pelbagai masalah malah hari ini PAS lebih kukuh dan teguh tanpa mereka.

PAS hari ini meniti di bibir dan hati rakyat sebagai parti yang berpegang teguh pada prinsip, istiqamah dan tidak mudah goyang.

Disaat bekas rakan-rakan dalam Pakatan Rakyat bersilat dan bergelut menghadapi pelbagai pertuduhan rasuah dan salah-guna kuasa, PAS terbit sebagai parti yang paling bersih dan berintegriti.

Semoga yang girang dengan khabar fitnah seumpama ini terus gembira. PAS sedikit pun tidak tercalar malah sedang fokus dan berkerja kuat memastikan PRU 14 ini: - PAS Menerajui Kesejahteraan Selangor.

Sumber: https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=580611028944904&id=100009880363600
Labels:
Reactions:

Post a Comment

[blogger]

1Media.My

{facebook#facebook.com/1mediaonline} {twitter#YOUR_SOCIAL_PROFILE_URL} {google-plus#YOUR_SOCIAL_PROFILE_URL} {pinterest#YOUR_SOCIAL_PROFILE_URL} {youtube#YOUR_SOCIAL_PROFILE_URL} {instagram#YOUR_SOCIAL_PROFILE_URL}

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.
Javascript DisablePlease Enable Javascript To See All Widget