NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

'Serik dan terkesan' - Cikgu Azizan Manap

Cikgu Azizan berkata beliau serik dan terkesan dengan apa yang berlaku - Foto Bernama



KUALA LUMPUR: "Saya serik dan terkesan"

"Namun, kejadian ini tidak akan melunturkan semangat saya untuk mendisiplinkan pelajar."

Itu luahan Cikgu Azizan Manap selepas Mahkamah Majistret di sini, melepaskannya tanpa dibebaskan hari ini.

Bagaimanapun jelasnya, beliau akan tetap mengajar seperti biasa selepas ini bagi memenuhi tanggungjawabnya sebagai seorang pendidik.

"Saya sangat terharu serta mengucapkan jutaan terima kasih kepada seluruh warga guru dan rakyat Malaysia yang memberikan sokongan padu kepadanya dalam mendepani situasi berkenaan," katanya.

Azizan juga sama sekali tidak menyangka akan menerima sokongan sebegitu rupa daripada pelbagai pihak yang tampil mempertahankan beliau serta memberikan sokongan moral.

Beliau juga menyifatkan dirinya bernasib baik kerana perubahan sokongan dan bantuan itu berlaku selepas mengadu kepada Persatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan Malaysia (NUTP) mengenai kes yang dihadapi.

Azizan berkata, beliau bersyukur sokongan yang diterimanya selepas itu begitu luar biasa, berbanding pada peringkat awal di mana beliau terpaksa berjuang dengan hanya dibantu rakan terdekatnya sahaja.

"Sayapun pada peringkat awal dahulu saya tidak ada sesiapapun sebenarnya. Saya pernah mengadu ke sana dan ke sini tentang nasib saya dan nasib sayapun seakan dibiarkan juga mula-mula itu"

"Akhirnya saya teringat bahawa saya adalah ahli NUTP dan saya telah menghubungi Setiausaha Agungnya dan ini membawa perubahan apabila nasib saya mula didengari orang ramai," katanya lagi.

'Cikgu Azizan', 44 tahun itu sepatutnya memulakan hari pertama perbicaraannya hari ini sebelum Majistret Mohd Zaki Abd Rahman membuat keputusan beliau dilepaskan tanpa dibebaskan.

Mohd Zaki memutuskan demikian selepas Timbalan Pendakwa Raya Hazeelia Muhammad, memaklumkan pendakwaan menerima arahan daripada Jabatan Peguam Negara untuk menarik balik pertuduhan kes itu.

Mohd Zaki juga mengarahkan supaya duit jaminan RM500 dikembalikan kepada Azizan.

Sumber: http://www.astroawani.com/berita-malaysia/serik-dan-terkesan-cikgu-azizan-manap-163379
© all rights reserved
made with by templateszoo