NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Pulau Pinang sumbang RM50k kepada Kerajaan Negeri Kelantan




12 DISEMBER 2017 | 23 RABIUL AWAL 1439 H ; SELASA - YB Hjh Mumtaz Md Nawi Exco Kerajaan Negeri Kelantan mewakili Kerajaan Negeri Kelantan menerima cek RM50,000.00 sumbangan dari Kerajaan Negeri Pulau Pinang untuk membantu mangsa banjir yang melanda Kelantan baru-baru ini. Penyerahan ini dibuat di Bilik Gerakan Setiausaha Kerajaan Negeri Kelantan (SUK), Kota Bharu.



Sebelum ini, Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng sebanyak sebanyak RM100,000 bagi membantu rakyat Kelantan yang terjejas akibat banjir. Ketua Menteri itu berkata, RM50,000 disalurkan kepada kerajaan negeri Kelantan manakala baki RM50,000 kepada pertubuhan bukan kerajaan (NGO) di Kelantan.

Kerajaan Negeri Kelantan berterima kasih kepada kerajaan Pulau Pinang di atas sumbangan yang diberikan untuk membantu rakyat Kelantan yang terjejas banjir kali ini.

Like Page Mumtaz Md Nawi Official

https://www.facebook.com/MumtazMdNawiOfficial/posts/1307177299427667

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo