NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

PRU14: Selangor saksikan pertembungan 3 penjuru?



Pilihan Raya Umum (PRU) ke-14 bakal menyaksikan pertembungan tiga penjuru di Selangor.
Ini kerana PAS telah memberi gambaran akan bertanding di banyak kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) dan Parlimen yang majoritinya pengundi orang Melayu.

Pengarah Pilihan Raya PAS Selangor, Roslan Shahir Mohd. Shahir berkata, mereka tidak ada lagi hubungan dengan PKR dan DAP, maka tidak ada sebab untuk PAS tidak bertanding dimana-mana kerusi di Selangor.

Mereka tidak kisah walaupun berlaku saingan tiga penjuru dalam PRU14 nanti.

“Bila kita tak ada hubungan politik lagi dengan PKR dan DAP, bermakna semua kerusi di Selangor itu boleh ditandingi oleh PAS.

“Suka tak suka, kita perlu akui pengundi teras PAS ialah Melayu Islam, justeru kawasan yang mempunyai 40 peratus pengundi Melayu menjadi kerusi yang wajar PAS tandingi.

“Arahan kepada semua jentera pilihan raya di peringkat DUN dan Parlimen berkenaan telah dikeluarkan,” katanya dipetik.

Dalam pada itu, Yang DiPertua PAS Puchong, Soffiean Ismail memberi contoh, kerusi Parlimen Puchong yang kini disandang pemimpin DAP, Gobind Singh Deo bakal dicabar calon PAS.

“Kekuatan jentera yang telah bersedia telah kita selaraskan bagi mempertahankan DUN Seri Serdang dan kita juga putuskan untuk menawan Parlimen Puchong.

“Soal berapa penjuru (Parlimen Puchong), kita tidak gentar dan yakin dengan kemampuan Gagasan Sejahtera dan PAS menyeru pengundi DUN Seri Serdang khususnya untuk terus beri kepercayaan kepada PAS.

“Ini merupakan komitmen berterusan PAS Puchong bagi menyertai Pas Selangor bagi menambahkan bilangan kerusi di Selangor dan meningkatkan bilangan Ahli Dewan Rakyat PAS di Parlimen,” katanya. - BNBBC News
© all rights reserved
made with by templateszoo