NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

PRU14 : PAS Sedia Letak Calon Bukan Islam



Parti Islam Se-Malaysia (PAS) telah bersedia untuk meletakkan calon bukan Islam pada Pilihanraya Umum (PRU14) akan datang, kata Timbalan Ketua Pemudanya, Khairil Nizam Khirudin .


Memetik laporan Utusan Borneo, Khairil berkata partinya memberi peluang kepada orang bukan Islam untuk bertanding di atas tiket PAS menerusi Dewan Himpunan Penyokong PAS (DHPP) yang dianggotai kalangan bukan Islam.


"Jumlah calon untuk Semenanjung Malaysia, Sabah dan Sarawak adalah sama namun jumlah kawasan untuk ditandingi masih belum ditetapkan,"


"Kami memberi peluang kepada anggota bukan Islam daripada sayap PAS iaitu Gagasan Sejahtera untuk bertanding di atas tiket PAS," katanya


Khairil berkata, pencalonan calon bukan Islam bagi mewakili PAS telah dipersetujui oleh Majlis Syura Ulama.


"Senarai calon sudah dihantar tetapi seberapa banyak kerusi yang dipertandingkan akan diputuskan oleh PAS Pusat," ujarnya


Parti itu yang menetapkan syarat antara lain bahawa calon berkenaan mestilah seseorang yang berpegang kepada prinsip dan perjuangan parti.


Pada Pilihanraya Negeri (PRN) Sarawak yang lalu, PAS telah meletakkan calon Dayak iaitu Clement Bayang untuk kerusi DUN Kakus. - Sarawakiana

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo