NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

PRU 14: Mampukah PAS mempelopori kerajaan teknorat sebagai penyelesaian?



Oleh: Shuhaimi Al-Maniri

Idea Kerajaan Teknokrat yang dicadangkan Presiden PAS juga adalah salah satu solusi dengan mengambil jalan keluar dari polemik dan pertembungan parti-parti politik yang sudah hilang arah sehingga merugikan rakyat.

Matlamatnya tentulah untuk memastikan kerajaan dan rakyat tidak ‘panik’ dengan senario dan iklim politik yang tidak menentu sekarang ini.

Kali pertama saya mendengar penjelasan idea kerajaan teknokrat dari mulut Tuan Guru Hj Abdul Hadi Awang sendiri adalah beberapa tahun lepas dalam satu pertemuan dengan beliau.

Sejak itu, saya kagum dengan pendirian politik beliau yang lebih mementingkan kelangsungan sebuah pemerintahan negara demi kepentingan rakyat dan kestabilan politik Negara itu.

Ia juga menunjukkan bagaimana PAS dibawah pimpinan Abdul Hadi tidak rakus untuk memikirkan tentang tampuk kekuasaan semata-mata sebaliknya meletakkan kepentingan rakyat lebih utama.


Kerajaan Teknokrat

Kerajaan teknokrat (technocratic governments) atau teknokrasi (technocracy) sebagaimana dibincangkan dalam ilmu sains politik adalah sebuah pemerintahan yang diterajui oleh kumpulan pakar yang mempunyai ilmu dan kemahiran yang tinggi dalam bidang masing-masing samada bidang ekonomi, keselamatan, pendidikan, kesihatan, sosial dan lain-lain.

Mereka memegang tampuk pemerintahan di sektor kementerian mengikut bidang kepakaran sendiri seperti pakar ekonomi menerajui Kementerian Kewangan, pakar pendidikan memegang Kementerian Pendidikan atau pakar Kesihatan menjaga Kementerian Kesihatan.


Apa yang penting adalah kepakaran dan kemahiran yang menjadi aspek utama dalam Kerajaan Teknokrat berbanding konsep kerajaan yang lain.


Apakah tidak mungkin, seorang akauntan bertauliah dipilih sebagai Menteri Kewangan? Seorang guru pakar dan pensyarah universiti masing-masing menjadi Menteri Pendidikan dan Menteri Pengajian Tinggi?

Apatah lagi jikalau bekas panglima angkatan tentera menjawat kedudukan sebagai Menteri Pertahanan yang menjaga keselamatan darat, laut dan udara negara.

Kerajaan teknokrat adalah satu langkah ke hadapan bagi memberi peluang kepada tokoh dan cendekiawan negara menerajui hala tuju baru dan pentadbiran negara di mana parti dan ahli politik menjadi wadah kepada perubahan tersebut.


Kuasa politik yang didapati melalui pilihan raya hanyalah sekadar kuasa untuk melantik siapa yang sesuai di kalangan profesional yang tidak terlibat dengan pilihan raya untuk mentadbir negara.


Kerajaan Teknokrat memiliki barisan kepimpinan negara yang punya kepakaran dan kemahiran tersendiri untuk mentadbir negara dengan lebih baik dan segala keputusan dan tindakan kerajaan akan lebih menjurus kepada keutamaan sebenar untuk kepentingan rakyat dan kurang bertujuan untuk kepentingan politik.


Maksud kerajaan teknorat ialah sebuah sistem pemerintahan yakni kuasa parti politik terhadap negara hanya terhad untuk melantik kalangan profesional sebagai eksekutif pentadbir negara bermula daripada Perdana Menteri hingga ke peringkat Menteri dan lain-lain yang dibawahnya.


Kesemua ahli jemaah menteri yang dilantik daripada golongan teknokrat mungkin asing di Malaysia tetapi tidak di negara lain. Sebagai contoh, Romania telah membentuk kerajaan teknokrat dengan kelulusan parlimen dan presiden Negara tersebut.


Suasana yang ada dalam sistem pemerintahan negara kita sekarang ini tidak menghalang kewujudan kerajaan teknokrat, dimana teknokrat ini boleh dilantik sebagai senator dalam Dewan Senat untuk memegang jawatan Menteri tetapi ianya mungkin mempunyai kekangan perlembagaan sekiranya seorang teknokrat yang dilantik sebagai Senator hendak dilantik sebagai Perdana Menteri dalam sesebuah kerajaan teknokrat yang dicadangkan ini.


Jika PAS berjaya menguasai parlimen selepas PRU ke-14 nanti, satu kajian kepada perlembagaan Negara perlu dilakukan untuk membolehkan seorang yang tidak memenangi pilihanraya dan ahli Dewan Rakyat dilantik sebagai Perdana Menteri.

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo