PPSR menggantikan UPSR mulai tahun 2018



Keputusan Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) hanya satu daripada empat komponen dalam Pelaporan Pentaksiran Sekolah Rendah (PPSR).Tiga lagi komponen ialah Pentaksiran Bilik Darjah (PBD), Pentaksiran Aktiviti Jasmani, Sukan dan Kokurikulum (PAJSK) serta Pentaksiran Psikometrik (PPsi).

Menjelaskan pembaharuan itu, Ketua Pengarah Pelajaran, Datuk Dr Amin Senin, berkata penilaian murid mulai tahun ini tidak lagi memfokuskan kecemerlangan akademik sahaja, tetapi turut melihat pencapaian mereka secara holistik sebagai seorang insan.

"Setiap murid memiliki keunikan tersendiri dan tidak semata-mata jumlah A diperoleh dalam peperiksaan."Selain pencapaian akademik, yang lebih penting adalah pembangunan karektor murid," katanya pada taklimat media di sini, semalam.

Bantu guru sedia pelan pembelajaranMenerusi PBD, pentaksiran dibuat ketika pengajaran dan pemudahcaraan (PdPc) dengan merujuk kepada dokumen standard Kurikulum dan Pentaksiran (DKSP) untuk melihat tahap penguasaan pembelajaran murid.

Pentaksiran ini dibuat bagi membantu guru untuk menyediakan pelan pembelajaran bagi setiap murid menggunakan pelbagai jenis instrumen.

PAJSK pula akan mentaksir murid melalui penilaian SEGAK, iaitu Standard Kecergasan Fizikal bagi mengukur tahap kecergasan, Indeks Jisim Badan (BMI) bagi merekod tinggi dan berat badan sebagai satu indikator kesihatan, selain mengambil kira penyertaan/pencapaian sukan pada pelbagai peringkat.

PPsi untuk Murid Berkeperluan Khas (MBK) dibuat menerusi Pentaksiran Alternatif Sekolah Rendah (PASR), iaitu mengukur pencapaian murid melalui pendekatan pentaksiran bersepadu dalam situasi sebenar keperluan murid.

Amin berkata, murid UPSR akan menerima empat slip PPSR yang mengandungi maklumat pencapaian dalam semua komponen berkenaan.Beliau berharap perubahan itu dapat mengembalikan PdPc yang menyeronokkan bagi membolehkan guru mengajar tanpa tekanan.
"Menerusi pendekatan ini, tiada lagi perbandingan mengikut negeri dan daerah. Gred Purata Sekolah (GPS) dan Gred Purata Mata Pelajaran (GPMP) yang dilihat menjadi bebanan kepada guru juga dihapuskan," katanya.
Labels:
Reactions:
[blogger]

1Media.My

{facebook#facebook.com/1mediaonline} {twitter#YOUR_SOCIAL_PROFILE_URL} {google-plus#YOUR_SOCIAL_PROFILE_URL} {pinterest#YOUR_SOCIAL_PROFILE_URL} {youtube#YOUR_SOCIAL_PROFILE_URL} {instagram#YOUR_SOCIAL_PROFILE_URL}

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.
Javascript DisablePlease Enable Javascript To See All Widget