Perlu ramai lagi Cikgu Azizan.


Oleh: Hj Idris Haji Ahmad

Tahniah kepada Cikgu Azizan kerana menjalankan tugas dengan penuh didikasi. Takziah kepada cikgu kerana di saman hingga ke mahkamah. Semoga cikgu Azizan tabah dan cekal menghadapinya.

Tidak mengapa cikgu, majoriti rakyat bersama cikgu. Cikgu didakwa bukan kerana cabul kehormatan murid, bukan kerana menjadi pengedar pil kuda di sekolah, bukan kerana rasuah. Tetapi cikgu didakwa kerana menjalankan tugas sebagai pendidik.

Negara memerlukan lebih ramai seperti cikgu Azizan. Sanggup menghadapi apa sahaja demi melaksanakan tugas sebagai pendidik. Cikgu Azizan boleh hidup selesa dan tidak perlu pening kepala dan serabut perut mengenai anak muridnya jika beliau seorang guru yang tidak bertanggungjawab.

Biarlah anak muridnya hendak jadi manusia atau tidak. Apa yang penting setiap bulan gaji tetap dapat. Tetapi ini bukan watak cikgu Azizan. Semoga keadilan berpihak kepada cikgu Azizan.
Reactions:
[blogger]

1Media.My

{facebook#facebook.com/1mediaonline} {twitter#YOUR_SOCIAL_PROFILE_URL} {google-plus#YOUR_SOCIAL_PROFILE_URL} {pinterest#YOUR_SOCIAL_PROFILE_URL} {youtube#YOUR_SOCIAL_PROFILE_URL} {instagram#YOUR_SOCIAL_PROFILE_URL}

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.
Javascript DisablePlease Enable Javascript To See All Widget