NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

PAS sangkal ADUN Selangor sertai PKR



LAPORAN SERTAI PKR UNTUK GANGGU PERSIAPAN PILIHAN RAYA PAS.

Laporan media bahawa beberapa orang Ahli Dewan Negeri serta pimpinan PAS Selangor akan menyertai PKR adalah tidak benar.

Pada saya ia adalah satu khabar angin yang sengaja dicipta untuk mengganggu persiapan PAS Selangor menghadapi pilihan raya umum yang dijangka kurang dari 3 bulan dari sekarang.

Ia juga adalah bertujuan untuk mewujudkan kegusaran di kalangan ahli-ahli agar mereka hilang tumpuan.

Saya telah bercakap dengan Ahli Dewan Negeri PAS Selangor dan mereka amat terkejut dengan khabar-khabar angin tersebut.

Dengan ini, saya menggesa ahli-ahli PAS Selangor supaya meneruskan tugas masing-masing dan tidak mempercayai sebarang khabar-khabar angin.

Mereka juga tidak sepatutnya mengulangi atau menyebarkan sebarang berita yang tidak diketahui sumbernya atau kebenarannya.

Sebarang berita yang berunsur spekulasi perlu diabaikan sahaja.

Mereka tidak sepatutnya terperangkap dengan strategi musuh yang mahu persiapan pilihan raya PAS lumpuh.

Musuh mahu melihat pimpinan dan ahli-ahli PAS curiga-mencurigai di antara satu sama lain.

YB Dato' Iskandar A. Samad
Naib Presiden
Parti Islam SeMalaysia ( PAS )
23 Disember 2017

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo