PAPUH bantah pelaksanaan IMAMS



KUALA LUMPUR : Persatuan Agensi Pelancongan Umrah dan Haji (PAPUH) membantah pelaksanaan Sistem Pemantauan Manasik Bersepadu (IMAMS) yang berkuat kuasa hari ini.

Menurut Pengerusi PAPUH, Datuk Seri Razali Mohd Sham, pelaksanaan IMAMS tidak perlu dilaksanakan kerana agensi pelancongan berstatus muassasah yang mempunyai Lesen Khas Umrah (LKU) sudah cukup untuk membanteras aktiviti penipuan pakej umrah di negara ini.

Menurutnya, sebanyak 65 agensi pelancongan berstatus muassasah hanya segelintir sahaja yang bersetuju dengan penggunaan IMAMS.

"Sebanyak 65 agensi pelancongan berstatus muassasah sedia ada mempunyai maklumat lengkap dan ia (maklumat itu) boleh diambil pada bila-bila masa secara atas talian.

"Kenapa syarikat yang baharu ditubuhkan enam hari dilantik untuk mengawal selia IMAMS? Bagi PAPUH, pengendalian sistem itu masih tidak jelas. Ini menyebabkan kami tidak setuju dengan pelaksanaannya," kata beliau ketika dihubungi Astro AWANI pada Jumaat.

Sebelum ini, semua 65 agensi pelancongan berstatus muassasah yang mempunyai LKU diwajibkan menggunakan IMAMS bagi permohonan visa umrah yang berkuat kuasa pada Jumaat.

IMAMS merupakan akses rasmi tunggal permohonan visa umrah untuk diproses oleh Kedutaan Arab Saudi di Malaysia, bertujuan menutup ruang penipuan pakej umrah di negara ini.

Menurut Timbalan Menteri Pelancongan dan Kebudayaan, Datuk Mas Ermieyati Samsudin, pihak yang gagal mematuhi arahan ini akan dikenakan tindakan tegas oleh kementerian dan boleh menyebabkan lesen perniagaan mereka dibatalkan.
Labels:
Reactions:
[blogger]

1Media.My

{facebook#facebook.com/1mediaonline} {twitter#YOUR_SOCIAL_PROFILE_URL} {google-plus#YOUR_SOCIAL_PROFILE_URL} {pinterest#YOUR_SOCIAL_PROFILE_URL} {youtube#YOUR_SOCIAL_PROFILE_URL} {instagram#YOUR_SOCIAL_PROFILE_URL}

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.
Javascript DisablePlease Enable Javascript To See All Widget