NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

NST mesti minta maaf




WALAUPUN Timbalan Presiden PAS dan Ketua Penerangan telah menafikan salah lapor berita NST terhadap kenyataan Presiden PAS yang telah menimbulkan kekeliruan daripada maksud yang sebenar sehingga diambil kesempatan oleh BN dan PH serta portal berita lain untuk menyerang Presiden. 


Namun NST tetap berdegil melaporkan kekeliruan sekali lagi dalam beritanya hari ini. Ia menunjukkan sikap prejudis akhbar tersebut terhadap Islam.


NST perlu bertanggungjawab atas apa yang berlaku dan PAS menggesa NST dan wartawan Arfa Yunus memohon maaf secara terbuka dengan kadar segera.


“Sejahtera Bersama Islam”

Abdul Malik Ab Razak merupakan Setiausaha Akhbar Presiden PAS


© all rights reserved
made with by templateszoo