NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Myanmar: Perhimpunan Agung PBB Desak Henti Kempen Ketenteraan


UNITED NATION, 6 Rabiulakhir 1439H, Isnin – Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNGA) mendesak Myanmar menghentikan kempen ketenteraannya terhadap etnik muslim Rohingya di negara itu. 


Satu resolusi yang dikemukakan Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC) telah diterima pakai dengan 122 menyokong, 10 membantah dan 24 berkecuali. 

Resolusi itu menyeru Myanmar memberi akses kepada pekerja bantuan dan memberikan hak kewarganegaraan penuh terhadap etnik Rohingya. 

Ia turut menyeru Setiausaha Agung PBB, Antonio Guterres untuk menetapkan wakil khas kepada negara itu. 

Resolusi berkenaan menerima bantahan daripada China, Russia, Kemboja, Laos, Filipina, Vietnam, Myanmar, Belarus, Syria dan Zimbabwe. 

Sejak 25 Ogos lalu, rejim Myanmar melancarkan tindakan keras ke atas Rohingya di negeri Rakhine, dipercayai turut disokong kerajaan dan majoriti Buddha di negara itu

© all rights reserved
made with by templateszoo