NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Merugilah Tukang Fitnah



oleh: Rijaluddin Ahmad

Ketika pernah bersama-sama dengan para sahabatnya, Rasulu’Llah SAW telah berpesan kepada para sahabatnya betapa akan tiba keadaan yang paling sukar untuk dilawan pada akhir zaman nanti, iaitu fitnah yang bertaburan dan ketika mana manusia dihinggapi penyakit “al-wahn”: cintakan dunia dan takutkan mati.

Umat Islam Malaysia terus diancam fitnah terutama di kalangan mereka yang bertegas ingin menegakkan Islam dalam kerangka sistem dan perlembagaan yang mengizinkannya. Ini termasuk kerajaan dan pihak PAS yang akhir-akhir ini menunjukkan sifat berta’awun dengan UMNO dan Barisan Nasional (BN).

Semakin hari demam PRU-14 semakin menghangat. Selagi Perdana Menteri tidak membubarkan parlimen dan memberikan tarikh pembuangan undi, selagi itu fitnah akan dijaja, bukan sahaja sehingga tarikh pembuangan undi, malah selepasnya.

Pengkaji dan pemerhati politik tanah air telah menggambarkannya dijangka akan berlaku dan senario itu adalah semakin tepat. Ini adalah kerana matematik politik mengatakan hanya ada dua blok utama yang bertanding, iaitu Pakatan Harapan (PH) melawan Baraisan Nasional + PAS. Persoalan bagaimana modus operandi pertempuran dilakukan di kawasan Parlimen dan Dewan Undangan Negeri (DUN) – itu terpulanglah kepada strategi parti masing-masing.

Secara teorinya, amat jelas DAP + PKR + Amanah + PPBM berada dalam sekutu PH.

Yang melawan PH ialah BN dan PAS. Tak payahlah Mukhriz nak umumkan dalam Perhimpunan PPBM pada 30 Disember 2017 bahawa PPBM tidak akan memujuk PAS kerana PAS sudah lama menolak PPBM sama seperti PAS menolak Amanah/PAN. Itu tak bijak politik namanya. Patutlah ayahandanya risaukan sangat akan anaknya yang seorang ini tak pandai-pandai berpolitik!

Bercakap tentang Tun Mahathir, terkejut juga saya apabila membaca portal berita malaysiakini malam 30 Disember 2017 tadi seperti yang dilaporkan dalam https://www.malaysiakini.com/news/407065. Kalau calon Perdana Menteri PH boleh kata memohon maaf hanyalah merupakan adat biasa orang Melayu ( “Hours after apology, Dr. M says its only ‘customary’” ), dengan makna yang orang Melayu boleh faham “maksud dalaman” beliau itu, rasanya ramai yang dah tak sabar nak keluar mengundi. Demikianlah politik yang menjadikan manusia semakin rakus.

Saya cuba retrospek tiga (3) petikan berita yang cukup kontroversial hujung tahun 2017 ini, iaitu:
http://www.alumniuitm.org.my/site/?p=10743

https://www.thestar.com.my/opinion/columnists/reflecting-on-the-law/2017/11/23/religious-radicalism-on-the-rise-doctrinal-and-cultural-diversity-existed-in-muslim-societies-even-i/.

http://www.1media.my/2017/12/mengapa-kalau-islam-tidak-boleh.html.


Yang (i) adalah berupa ucaptama mantan Ketua Hakim Negara, Tun Ahmad Fairuz yang mengisytiharkan dalam satu majlis di sebuah Hotel Majestic, Kuala Lumpur pada 27 Mac 2017 “bahawa Islam adalah lexi loci Malaysia”. Bukan main menyerap barisan peguam serta MP DAP dan sekutunya termasuk ahli akademik berfaham liberal. Ini ada kaitannya dengan Perkara 3(1) dalam Perlembagaan Persekutuan yang meletakkan Islam sebagai agama negara.

Perkara (ii) itu pula adalah berkaitan artikel rencana oleh Prof. Emeritus Datuk Dr. Shad Saleem Faruqi berjudul, “Religious radicalism on the rise” dalam akhbar arus perdana The Star bertarikh 23 November 2017 yang dikatakan memfitnah Institut Kajian Strategik Islam Malaysia (IKSIM). IKSIM naik berang lalu membuat laporan PDRM bahawa IKSIM difitnah oleh Shad. Shad juga marah kerana dipanggil dan disiasat oleh polis di bawah Seksyen 504 Kanun Keseksaan. Siasatan masih berjalan.
Dan yang terakhir (iii) itu adalah berkaitan rencana asal Presiden PAS, Tuan Guru Dato’ Seri Abdul Hadi Awang dispin maksud tulisannya oleh DAP dan seangkatan dengannya kononnya mengatakan Hadi mahukan senarai kabinet Malaysia dianggotai hanya oleh orang Islam sahaja dalam sebuah negara berbilang kaum seperti Malaysia. MIC dan MCA pun tambah curah minyak, senada dengan DAP. PAS menafikannya seperti dalam http://www.beritadaily.com/pas-nafi-laporan-hadi-cadang-kabinet-eksklusif-melayu-muslim/.

Sepertilah yang kita sebut awal-awal lagi – ini semua berupa fitnah akhir zaman. Punyalah dahsyat: sesuatu yang terang-terang dikatakan sebagai “A” telah dispin dan diputar-belitkan fakta asal “A” menjadi “X” atau “Y” tanpa rasa bersalah dengan niat yang jahat. Oleh itu, kita akan expect lebih banyak drama diwayangkan di pentas politik untuk meraih undi dalam “ibu segala pilihanraya Malaysia” yang akan datang.


Kita sudah sebut sebelum ini agar jangan beriman dengan peti undi (http://www.1media.my/2017/12/bahaya-beriman-dengan-peti-undi.html). Sebaliknya, berimanlah dengan kebenaran demi mencari sebuah keadilan. Akan rugilah si tukang fitnah kerana Allah lagi Maha Mengetahui!

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo