NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

'Permohonan maaf Dr M tak bersihkan kesalahan lalu'



Permohonan maaf Tun Dr Mahathir Mohamad semalam tidak membersihkan kesalahan yang berlaku di masa lalu dalam pentadbirannya, kata pakar perlembagaan Dr Abdul Aziz Bari.

"Hanya kerana Mahathir, selaku bekas perdana menteri, telah memohon maaf atas apa yang telah berlaku semasa pentadbirannya, tidak bermakna ia telah membersihkan semua kesalahan yang dilakukan pada tahun-tahun itu," kata Aziz dalam satu kenyataan semalam.

Beliau menambah bahawa permohonan maaf juga tidak melindungi  sesiapa daripada bertanggungjawab terhadap isu penyalahgunaan kuasa.

"Sekiranya terdapat isu-isu penyalahgunaan kuasa - misalnya dalam hal penahanan di bawah ISA - atau salah laku jenayah, ini harus dibawa kepada para mangsa dan pelaku harus bertanggungjawab atas atas kapasiti pribadi.

"Mereka tidak boleh berlindung atau menggunakan permohonan maaf itu sebagai perisai untuk melindungi mereka daripada tanggungjawab," katanya.

Mahathir dalam ucapannya pada Perhimpunan Agung BERSATU yang pertama semalam memohon maafatas kesalahan yang pernah dilakukannya semasa berkhidmat sebagai perdana menteri.

Beberapa jam kemudian di sidang akhbar selepas perhimpunan itu, Mahathir berkata permohonan maaf  adalah sebahagian daripada adat dalam budaya Melayu.

'Najib juga bersalah'

Aziz berkata Perdana Menteri Datuk Seri Najib Abdul Razak juga harus bertanggungjawab atas kesilapan semasa pentadbiran pendahulunya.

"Najib sebagai sebahagian daripada kabinet Mahathir pada masa itu juga perlu dipersalahkan. Najib tidak boleh memanfaatkan isu-isu ini untuk kelebihan politiknya," katanya.

© all rights reserved
made with by templateszoo