Isytihar Jerusalem-Israel setapak ke arah Pax Judaica



oleh: Alang Ibn Shukrimun

1. RESOLUSI TERBARU PBB

Khamis lalu, PBB melalui Perhimpunan Agungnya di New York baru sahaja mencapai keputusan menolak Jurusalem (Al-Quds) sebagai milik Israel. Sebanyak 151 negara menolak, 9 berkecuali dan hanya 6 negara menyokongnya.

Pengundian dibuat ekoran kenyataan Presiden Amerika, Donald Trump yang mahu mengisytiharkan Al-Quds sebagai ibu negara Israel. Enam negara yang menyokong adalah Macronesia, Canada, Marshall Island, Nouru, Amerika dan Israel sendiri. Yang berkecuali pula adalah Australia, Cameroon, Republik Afrika Tengah, Honduras, Panama, Papua New Guinea, Paraguay, Sudan Utara and Togo.

PBB juga mengeluarkan ketetapan bahawa, "apa-apa tindakan yang diambil oleh Israel untuk mengenakan undang-undang, bidang kuasa dan pentadbirannya di Al-Quds adalah haram dan oleh itu batal dan tidak sah dan tidak mempunyai kekuasaan.

Namun begitu, Amerika (Trump) seperti biasa menggunakan kuasa vetonya melanggar ketetapan PBB tersebut dengan mengisytiharkan al-Quds sebagai ibu negara haram Israel semalam.

Tindakan beliau telah menyebabkan masyarakat dunia termasuk pemimpin beberapa buah negara seperti Turki, Iran, Perancis, Jerman, Britain dan Kesatuan Eropah secara umum mengkritik beliau. Malah Turki mengancam untuk memutuskan hubungan sebagaimana yang pernah dilakukan sekejap dalam peristiwa Mavi Marmara. Iran pula yang telah memutuskan hubungan sejak 1979 memberi amaran akan berlaku perang besar antara Yahudi dan umat Islam.

2. TRUMP DAN JURUSALEM EMBASSY ACT 1995

Daripada bilangan 193 anggota PBB, lebih 2/3 menolak. Malah tidak ada satu pun negara kuasa veto yang menyokong Amerika dalam keputusan ini. Trump mengambil langkah yang sangat berani, tidak pernah dibuat oleh mana-mana presiden Amerika sebelum ini. Mengikut sejarah, Kongres telah meluluskan Akta Kedutaan Jurusalem sejak 1995 di zaman Bill Clinton. Tetapi atas tekanan antarabangsa yang dilakukan, beliau dan semua presiden selepasnya selain Trump menangguhkan hasrat tersebut.

Tindakan Trump ini amat mengejutkan. Politikus Amerika kelihatan kebuntuan antara menyokong dan membantah. Walaupun kenyataan sokongan dikeluarkan oleh Speaker Kongres, tetapi suara-suara kritikan masih kedengaran samada oleh ahli kongres mahupun senat.

Trump merupakan calon Presiden paling tidak popular dalam sejarah Amerika. Kemenangan beliau hanya 9 undi melewati majoriti mudah mengatasi Hilary Clinton. Kebanyakan kawasan yang menyumbang kepada kemenangan Trump adalah daripada pedalaman seperti Texas, Arizona, Iowa dan Utah.

Sejak kempen pilihanraya Presiden hingga sekarang, Trump terus dikritik oleh media utama Amerika seperti CNN, BCC dan New York Post. Siri-siri bantahan terhadap kepimpinan beliau terus berlaku di bandar-bandar besar serata wilayah Amerika. Dengan tindakan yang diambil Trump ini, dijangkakan suhu politik Amerika akan bertambah serabut. Trump pula dijangkakan akan bertambah ganas.

3. KRONOLOGI RINGKAS

Pengisytiharan al-Quds merupakan kesinambungan dari perancangan zionis sejak abad ke 19 untuk menjadikan Palestin sebagai pusat pemerintahan Israel Raya mereka. Protokol zionis telah menyatakan hasrat penubuhan negara politik bagi Yahudi seawal penubuhan gerakan itu lagi iaitu 1897.

Setelah berhasil melobi politikus barat, 1916, dibuat perjanjian Sykes-Picot antara British dan Perancis, diikuti perjanjian-perjanjian lain untuk mengagihkan negara-negara Islam yang telah ditakluk sesama mereka. Palestin berada di bawah bahagian British.

Dalam tempoh yang sama dibuat perjanjian Hussain-Mcmahon antara Syarif Husain raja Hijaz dan Mcmahon wakil British. Tujuannya adalah supaya mereka mengisytiharkan merdeka dari Uthmaniah. Disamping itu, T.E Lawrence membuat perjanjian dengan Bani Saud pemimpin Najd atas tujuan yang sama.

Akhirnya tercetus revolusi arab agung menentang khilafah Uthmaniah Turki. Sejak itu, umat Islam semakin lemah dan penjajah semakin selesa menakluk satu demi satu tanahair umat Islam, termasuk semenanjung arab.

1917, diisytihar Deklarasi Balfour antara Lord Rothschild pemimpin Zionis dan Arthur Balfour wakil British untuk menganugerahkan Palestin kepada Israel. Bersempena dengan itu, British telah membenarkan orang-orang Yahudi memasuki Palestin dan membina kependudukan di sana.

Pada 1948, dengan rasminya negara haram Israel disytiharkan di atas tapak tanahair Palestin setelah kira-kira 60% daripadanya dikuasai zionis. Namun al-Quds masih terbahagi dua di mana kawasan barat di bawah kuasa Israel manakala timur di bawah arab. Penduduk Palestin tidak pernah berhenti dari menentang penjajahan Israel.

Pada 1967, berlaku perang enam yang hari yang menyaksikan kekalahan memalukan arab di tangan Israel, menyebabkan kekuasaan Israel melebar ke timur al-Quds. Walaubagaimanapun, dunia masih tidak mengiktiraf al-Quds sebagai tanah Israel dan meletakkan statusnya sebagai wilayah antarabangsa dikelolakan oleh PBB. Namun secara praktis, al-Quds lebih dikuasai oleh pengaruh Israel.

Pada tahun 2000, Perdana Menteri di masa itu Ehud Barak pernah menyatakan pandangan untuk membahagikan al-Quds kepada dua, antara Islam dan Israel. Tetapi pada 2014, Nentanyahu menegaskan bahawa Al-Quds tidak akan sekali-kali dibahagikan. Bancian menunjukkan 71% Yahudi Israel menolak untuk memberikan mana-mana bahagian al-Quds kepada umat Islam.

4. DEAL OF THE CENTURY - NEW MIDDLE EAST MAP

Dalam perkembangan terbaru, Amerika sebenarnya sedang melaksanakan perjanjian yang telah disebut sebagai Perjanjian Abad Ini (Deal of The Century). Ianya melibatkan Mesir, Saudi, Jordan, Amerika dan Israel.

Perjanjian tersebut menawarkan semenanjung Sinai menjadi tanah alternatif kepada penduduk Palestin, supaya mereka berpindah keluar dari negara tersebut terutamanya mereka yang menetap di Gaza. Di sebelah Tebing Barat dan sekitar pula, mereka akan memberikan kawasan Padang Pasir Saudi kepada Jordan untuk menjadi kawasan perpindahan penduduk Palestin.

Ramai percaya pengeboman di Sinai sangat berkait dengan perjanjian ini. Ia sebagai satu bentuk tekanan terhadap as-Sisi yang kini cuba mengendurkan keakraban dengan Amerika, Saudi dan Israel untuk tidak menambah ketidakpuashatian rakyat Mesir bagi menghadapi pilihanraya Presiden tahun hadapan. Kempen anti-Ikhwan Muslimin dihidupkan sebagai bayang bagi mengelabui perkara sebenar.

Perjanjian ini adalah kesinambungan daripada pembentangan Setiausaha Agung Amerika Condolezza Rice pada tahun 2006 berkenaan pemetaan baru Asia Barat. Beliau berpendapat bahawa peta baharu perlu diwujudkan bagi menggantikan peta pasca Sykes-Picot sekarang yang sudah lapuk. Mengikut peta cadangan yang didedahkan, Jordan akan bertambah besar, Syria akan semakin mengecil manakala Iraq akan berpecah kepada tiga negara baharu.

Nampaknya cadangan tersebut sedang berjalan dengan jayanya. Kurdistan hampir pasti akan diisytiharkan di atas tapak negara Iraq dan Syria yang telah dihuru-harakan. Kini berlangsung projek menghuru-harakan semenanjung arab pula dengan konflik istana Saudi, campur tangan di Lubnan dan serangan ke atas Yaman.

5. PAX JUDAICA

Mengikut teori eskatologi, ada yang berpandangan bahawa kuasa dunia moden yang beralih dari Pax Britanicca pada zaman kolonial kepada Pax America iaitu sekarang, akan beralih sekali kepada Pax Judaica pada masa akan datang. Pax Judaica bermaksud kuasa dunia dipimpin oleh Yahudi secara langsung. Walaupun mereka sekarang dilihat sangat berperanan dalam menentukan halatuju politik Amerika sebagai kuasa besar, tetapi akan tiba masanya Amerika akan dihancurkan dan mereka tidak lagi memerlukan proksi untuk menguasai dunia.

Apa yang kita lihat sekarang semakin membenarkannya. Tindakan Trump yang begitu agresif hanya akan meletakkan dirinya dalam bahaya, dan Amerika sendiri kepada krisis yang teruk. Beliau bukan seorang politikus yang licik kerana latarbelakangnya hanya seorang tokoh korporat. Mungkin beliau tidak biasa dengan pelobi-pelobi zionis yang sangat licik.

Langkah seterusnya Zionis mungkin akan membiarkan ketegangan terus berlaku di Al-Quds dan Asia Barat. Trump dan Nentanyahu akan dipersalahkan dan kemudian digantikan dengan tokoh yang lebih 'wasatiyyah'. Gerakan menolak Nentanyahu di Tel Aviv semakin kuat bergema dengan siri-siri demonstrasi atas dakwaan korupsi dan juga beberapa dasar kerajaan yang tidak menyebelahi rakyat.

Masyarakat dunia yang runsing dan terdesak pasti akan menerima pada akhirnya pelan dua negara (two-state solution) yang akan membahagikan Palestin kepada dua bahagian Islam dan Israel dengan Al-Quds di bawah Israel dan Islam diberikan tanah-tanah sebagaimana perjanjian Deal Of The Century. Resolusi lain yang dicapai oleh PBB Khamis lalu juga adalah untuk melihat kembali garis sempadan Israel-Palestin 1967.

Maka dengan semua langkah ini, Israel akan terus selamat malah semakin meluas dan lebih berkuasa di peringkat antarabangsa, mungkin mengatasi Amerika yang kini sedang diprojekkan untuk hancur. Yahudi sudah beribu tahun lamanya sebagai kaum yang licik dan jahat.

6. TIADA ISTILAH RUNDINGAN DAMAI

Sebagai orang Islam, kita bukan sahaja tidak boleh membiarkan sahaja al-Quds dirampas, bahkan perlu menolak sebarang penyelesaian yang tidak menafikan hak sebenar umat Islam. Kita tidak boleh sama sekali mengiktiraf kewujudan negara haram Israel di mana-mana inci tanah Palestin.

Kita perlu menolak sama Tel Aviv sebagai ibu negara Israel. Kita perlu menolak ketetapan PBB 1948. Kita perlu menolak lakaran peta 1967. Dan seluruh tanah air umat Islam yang dirampas perlu dikembalikan secara undang-undang. Peta Palestin perlu diwujudkan kembali sebagaimana sebelum 1948. Tiada istilah rundingan damai. Tiada istilah two-state solution.

Namun permainan zionis dilihat seolah-olah mahu membuatkan umat Islam redha dengan penyelesaian dua negara. Dibuat kekacauan, kemudian dicipta penyelesaian yang nampak baik, padahal merugikan. Secara analogi, dirampas rumah kita, dibiarkan kita bergaduh panjang, kemudian diberikan reban ayam sebagai ganti.

Tidak mustahil hero di kalangan umat Islam sengaja dibiarkan muncul untuk menundukkan suara umat Islam sedunia menyokong kependudukan Yahudi di Palestin. Politikus yang menggunakan pendekatan populis akan dibiarkan berperanan menambat hati umat Islam. Lalu mereka yang tinggi sentimental, yang tidak sanggup melihat peperangan, amat mengharap seorang superhero bagi menyelamatkan mereka. Umat yang berfikiran simplistik, yang tidak mahu mengkaji sejarah juga akan mudah terpengaruh propaganda murahan.

7. ARAB - GHARQAD

Kesemua pelan ini tidak akan dapat dijayakan melainkan dengan kerjasama oleh pemimpin-pemimpin arab hari ini. Bermula dengan keturunan Nabi yang memalukan iaitu Syarif Hussain dengan Mcmahon, kemudian perompak jalanan Abdu Aziz ibn Saud bersama Lawrence, diikuti negara-negara arab lain yang mengikat perjanjian Madrid dan Oslo, sehinggalah yang terbaru tahun ini di Riyadh, membentuk pakatan yang disebut sebagai Nato-Arab.

Rasulullah SAW pernah bersabda, umat Islam akan memerangi orang-orang Yahudi. Mereka pula akan bersembunyi di sebalik batu dan pokok. Lalu pokok dan batu akan berkata kepada orang Islam, di belakangnya ada Yahudi maka datanglah dan bunuhlah mereka kecuali satu pohon yang dinamakam Gharqad.

Syeikh Abdul Fatah al-Khalidi menafsirkan Gharqad yang dinyatakan oleh Nabi SAW bukan dengan maksud pokok biasa yang ada hari ini. Tetapi beliau berpandangan, ianya adalah pemimpin-pemimpin Arab yang menjadi pelindung kepada kepentingan Israel!

8. MASA DEPAN DI TANGAN ULAMA

Umat Islam perlu disedarkan mengenai perkara ini. Kebangkitan wajib berlaku di seluruh belahan dunia untuk tidak memastikan perancangan zionis tercapai denga jayanya. Sudah tiba masanya umat bangun dari lena yang panjang.

Pemimpin politik terutamanya arab sudah tidak boleh diharapkan lagi bagi membantu Palestin. Mereka kini sedang sibuk berperang sesama sendiri. Peranan harus dimainkan oleh para Ulama sebagai ulil amri kedua sebagaimana yang diajar di dalam Islam. Mereka harus berani menyatakan hak dan memimpin umat yang sedang kehilangan punca.

Langkah awal yang perlu diambil Ulama adalah menyatukan seluruh suara umat. Lupakan seketika perselisihan dalaman antara aliran dan mazhab. Hentikan dahulu perbahasan yang tidak membawa ke arah penyatuan. Fokus kepada isu al-Quds.

Mulakan di peringkat komuniti masing-masing. Kemudian gerakkan ke arah mendesak pemimpin politik untuk akur kepada tuntutan umat Islam. Seterusnya gabungkan satu persatu kumpulan dari setiap negara dan rantau sehingga kita memiliki kekuatan tersendiri. Jangan takut melaungkan ayat-ayat jihad dan penentangan terhadap musuh, kerana ini tuntutan syariat.

Sejarah telah menunjukkan Ulama' adalah faktor penyatu umat sejak dahulu. Sejak zaman Nabi, Islam digerakkan dengan suntikan kesedaran (ilmu) dahulu barulah pedang. Nabi SAW bukan sahaja mengajar, bahkan memimpin para sahabat ke medan juang. Peranan itu diteruskan oleh sekalian sahabat dan tabiin.

Sejarah Islam berulang naik dan turun. Setiap kali peranan ulama dimatikan, kuasa Islam akan hilang. Setiap kali Ulama kembali berperanan di medan taalim dan jihad, Islam akan kembali bangkit. Sila imbas kembali sejarah perjuangan Islam di negara kita mahupun negara lain. Ulama pondok di negara kita seperti Tok Janggut, Tokku Paloh, ulama pengajian moden seperti Ben Badis, Hasan al-Banna, Ahmad Yaasin di Algeria, Mesir dan Palestin, ulama tarikat seperti Umar Mukhtar, Said Nursi, di Libya dan Turki, hatta syiah seperti Khomenei di Iran, semua mereka adalah pencetus kepada kebangkitan Islam.

9. JANJI ALLAH

Selagi kita menjadikan al-Quran dan Hadis sebagai panduan utama dan tidak menyeleweng daripadanya, kita akan bersama dengan pertolongan Allah. Allah telah menjanjikan kemenangan milik Islam. Allah telah menyatakan Yahudi tidak akan dapat bertahan lama walau dipimpin oleh Dajjal yanh sangat hebat. Akan tiba masanya umat ini menerima pemimpin yang digelar al-Mahdi, sebelum Nabi Isa turun membantu. Kekacauan ini akan berakhir, dan keamanan sekali lagi akan dinikmati.

Janji ini perlu diberitakan kepada semua umat agar mereka tidak berputus asa dengan segala yang telah dilakukan Yahudi ketika ini. Umat perlu disedarkan kembali dengan konsep jihad yang telah berjaya dipudarkan dengan doktrin Islamophobia. Jangan tertipu dengan nama maqasid, wasatiyyah ataupun uzlah. Bak kata Saidina Ali, itu semua adalah perkataan yang benar, namun bertujuan batil.

Pastikan kita bersama dengan golongan yang dijanjikan oleh tuhan terlibat dalam memenangkan Islam dengan cara Islam. Bukan menjadi golongan yang melihat sahaja sambil mengunyah pop-corn, atau bersembunyi sambil menunggu al-Mahdi, apatah lagi menyusah atau menghalang kemenangan Islam.

10. MESEJ RINGKAS UNTUK ALAM

Kepada masyarakat dunia secara umum, mereka harus belajar dari sejarah. Al-Quds dan dunia hanya akan aman di bawah kekuasaan Islam. Tiada agama lain yang boleh menjamin keselamatan sejagat melainkan Islam. Semasa Al-Quds di bawah kekuasaan tentera salib (Kristian), mereka membunuh Yahudi dan Islam. Semasa berada di bawah Yahudi kini, mereka membunuh umat Islam dan tidak memberi peluang kepada Kristian.

Hanya di bawah Islam, Yahudi, Kristian dan semua agama dapat mengecap keamanan di sana. Pembebasan di bawah syariat Muhammad dimulakan oleh Saidina Umar menentang Rome Byzantine, kemudian Salahudin Ayub menghalau tentera Salib, juga Saifudin Qutuz menjatuhkan Tatar, tidak ada mana-mana kuasa lain yang boleh mengamankan Palestin.

Agama Islam mengajar kepada keamanan. Tidak mendiskriminasi penganut lain. Tidak ada paksaan untuk menganut Islam. Agama lain bebas diamalkan walaupun di negara majoriti muslim.

Kerana Islam adalah agama tuhan sekalian alam. Tuhan saya, tuhan umat Islam, tuhan seluruh manusia dan tuhan semesta alam.

19 Rabiul Awwal 1439
7 Disember 2017

(Alang Ibn Shukrimun)

Telegram:
telegram.me/AlangIbnShukrimun
Facebook:
fb.com/AlangShukrimun

#AiSGeoPol
#AiSFikrah
Labels:
Reactions:

Post a Comment

[blogger]

1Media.My

{facebook#facebook.com/1mediaonline} {twitter#YOUR_SOCIAL_PROFILE_URL} {google-plus#YOUR_SOCIAL_PROFILE_URL} {pinterest#YOUR_SOCIAL_PROFILE_URL} {youtube#YOUR_SOCIAL_PROFILE_URL} {instagram#YOUR_SOCIAL_PROFILE_URL}

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.
Javascript DisablePlease Enable Javascript To See All Widget