NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

IMAMS dibatal, bukan kerana  PRU 14?




Oleh: Haji Idris Hj Ahmad

Hari ini kerajaan melalui Kementerian Pelancongan terpaksa membatal pelaksanaan sistem Pemantauan Manasik Bersepadu (IMAMS) bagi pemohonan visa umrah.  Apakah batal buat selama-lamanya atau kerana pilihanraya sudah dekat. Adakah syarikat yang telah dijanjikan untuk faraid sesama mereka boleh batal begitu sahaja. Apakah pampasan tidak diberikan kepada syarikat yang telah bersedia untuk menahan bubu untuk jamaah yang hendak mengerjakan haji.

Alasan perkenal sistem kerana hendak atasi masalah penipuan agensi umrah. Malaysia ini pelik. Kemuka masalah, maka ada peluang bisnes. Contohnya untuk atasi minyak diseludup, maka hapus subsidi. Elak pencemaran karbon, maka tol mesti dinaikkan.

Tepatlah GST merupakan cukai pukat sorong. Ikan bilis hingga ikan paus semua dia sapu. Bukan sahaja orang miskin malahan  orang OKU pun kena. Bukan sahaja yang bergaji besar, malahan OKU dan orang miskin penerima bantuan Jabatan Kebajikan RM350 sebulan pun kena GST. Semangatnya rakyat  Malaysia untuk menunaikan ibadah umrah, maka peluang untuk mendapat wang segera diperkenalkan.

Berapa jumlah bayaran yang diperoleh syarikat itu jika kita mengambil kira 290,000 jemaah mengerjakan umrah dalam setahun? RM26.129 juta

Daripada jumlah itu RM1.479 juta adalah GST; insurans (RM11.6 juta).


Sepatutnya tugas kerajaan untuk memudahkan rakyat, bukan menyusahkan rakyat. Rakyat bayar gaji mahal  kepada menteri, untuk fikir  macam mana untuk menyenangkan rakyat bukan untuk menyusahkan rakyat.
© all rights reserved
made with by templateszoo