NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

IKSIM Pandang Serius Usaha Burukkan Agensi Agama



Putrajaya: Institut Kajian Strategik Islam Malaysia (IKSIM) memandang serius kepada usaha beberapa pihak yang didalangi oleh kelompok yang prejudis terhadap agensi-agensi agama di negara ini termasuk IKSIM. 

Menurut kenyataan media yang diterbitkan di laman web rasminya, pihak-pihak berkenaan bukan sahaja mentohmah IKSIM sebagai penentang cultural diversity, malah menggambarkan IKSIM sebagai sebuah agensi radikal, ekstrem dan kaki fitnah kepada orang awam. 


“Tohmahan-tohmahan liar berkenaan termasuk oleh Prof Emeritus Shad Saleem Faruqi dan Dato’ Noor Farida Ariffin dari puak G25 dilihat sebagai satu cubaan untuk mencetuskan perasaan permusuhan antara kaum dan agama di negara ini. 

Kedua-dua mereka jelas menentang pemikiran-pemikiran ke arah mendaulatkan Islam sebagai agama negara sekalipun ia jelas termaktub dalam Perkara 3(1) dan sumpah Yang di-Pertuan Agong di bawah Perkara 37(1) Perlembagaan Persekutuan.” 

IKSIM amat memahami helah pihak-pihak berkenaan betujuan untuk menutup agenda radikal dan ekstrim yang didedahkan IKSIM selama ini disembunyikan agar aktiviti mereka tidak terbongkar dan terdedah kepada umum. 

Kenyataan media itu turut menyelar Prof Emeritus Shad Saleem Faruqi, Dato’ Noor Farida Ariffin dan pihak-pihak yang sealiran kerana dilihat sebagai usaha untuk menyemai perasaan tidak setia kepada Yang di-Pertuan Agong. 

“Hakikatnya, mereka ini dan pihak-pihak yang sealiran dengan mereka sedang menyemai perasaan tidak setia kepada Yang di-Pertuan Agong untuk memelihara Islam pada setiap masa. Siasatan terhadap mereka perlu dilakukan segera bagi mengekang sentimen tidak setia kepada Raja dan Negara.” 

Justeru, IKSIM menggesa pihak berkuasa untuk menyiasat dan mengambil tindakan tegas ke atas semua laporan polis yang telah dibuat oleh pelbagai pihak sama ada berkaitan dengan gerakan radical evangelist Christian state (RECS) atau pun gerakan radical republikan yang bertekad untuk menjadikan Malaysia sebagai sebuah republik sekular. 

IKSIM juga bersedia untuk berkongsi maklumat dengan pihak berkuasa supaya kedua-dua ancaman besar ini dapat ditangani dengan menggunakan Kanun Keseksaan dan SOSMA.

© all rights reserved
made with by templateszoo