NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Hipokrit gelar Najib kuku besi?



KUALA LUMPUR 30 Dis. – Tun Dr. Mahathir Mohamad diingatkan supaya tidak hipokrit apabila menggelar Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak sebagai zalim dan kuku besi.

Pensyarah Kanan Bahagian Politik dan Polisi Awam Sekolah Perdana, Universiti Teknologi Malaysia (UTM), Dr. Mazlan Ali berkata, bekas Perdana Menteri itu perlu menyedari bahawa pemerintahannya 22 ta­hun lebih kuku besi dengan ke­wujudan banyak sekatan yang menghalang kebebasan seseorang.

Beliau menyifatkan tu­duhan Dr. Mahathir itu mainan politik ‘kotor’ bagi menjatuhkan inte­griti Najib.

“Kalau ikutkan pemerintahan beliau lebih kuku besi, banyak sekatan melalui Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA). Dalam Operasi Lalang 1987 menyebabkan hampir 100 ahli politik meringkuk dalam penjara.

“Sekatan pada zaman Dr. Mahathir begitu mencengkam dan menyu­sahkan tetapi mengendur pada zaman Tun Abdullah Ahmad Badawi dan diteruskan dengan penambahbaikan oleh Najib,” katanya kepada Mingguan Malaysia di sini hari ini .

Beliau mengulas ucapan Dr. Mahathir dalam Perhimpunan Agung Ta­-
hunan Pertama Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) hari ini yang mendakwa rakyat akan bertanding melalui PPBM dalam Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14) bagi melawan pemerintahan zalim kuku besi.


Sumber: http://www.utusan.com.my/berita/politik/hipokrit-gelar-najib-kuku-besi-1.582037#ixzz52ndt3OxA 

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo