NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Demonstrasi aman membantah pengisytiharan Baitul Maqdis sebagai ibu negara Israel



DEMONSTRASI AMAN MEMBANTAH PENGISYTIHARAN BAITUL MUQADDIS SEBAGAI IBU NEGARA ISRAEL.

Lautan manusia seramai 15 ribu orang menyertai Demonstrasi Aman di hadapan Kedutaan Amerika Syarikat, Kuala Lumpur bagi menyatakan bantahan terhadap Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump kerana mengisytiharkan Baitul Muqaddis sebagai Ibu Negara Israel serta ingin memindahkan Kedutaan Amerika Syarikat dari Tel Aviv ke Baitul Muqaddis sebagai tanda restu Baitul Muqaddis sebagai Ibu Negara Israel. Ternyata lautan manusia yang hadir membantah tindakan Donald Trump yang di sifatkan biadap dan tidak sensitif terhadap kemelut serta konflik yang melanda rantau Timur Tengah.



Demonstrasi Aman yang di anjurkan dan ketuai oleh PAS turut di sertai oleh pelbagai parti politik dan Non Government Organization ( NGO ) seperti Parti Ikatan Bangsa Malaysia ( Ikatan ), Persatuan Pengguna Islam Malaysia ( PPIM ), MAPIM, ISMA, PERKID, PICOM,UMMAH, Muslim Care, Geng Ustaz, Aman Palestin, Cakna Palestin & Sri Kandi Alif Ba Ta. Rata – rata parti politik mahupun NGO yang hadir turut sama mengutuk sikap Presiden Amerika Syarikat tersebut malah senada meminta agar hak Rakyat serta negara Palestin di kembalikan serta Israel keluar dari bumi Palestin.



Majlis di pengerusikan oleh Ustaz Dr. Riduan Mad Noor, AJK PAS Pusat dan di antara yang memberi ucapan ialah Naib Presiden PAS, YB Ustaz Idris Ahmad, Ketua Dewan Pemuda PAS Pusat, Ustaz Khalil Abdul Hadi, Ketua Dewan Ulama PAS Pusat Ustaz Dato’ Dr. Mahfodz Mohamed, Ketua Penerangan Dewan Muslimat PAS Pusat, Ustazah Wan Hasrina Wan Hasan, Ketua Pemuda Parti Ikatan, Sdr. Syahir Adnan, Sdr. Yusof Azmi dari PPIM, Pengerusi Perkid Ustaz Masridzi dan ucapan daripada beberapa wakil NGO yang lain lagi.

Turut hadir dan memberi ucapan ialah Abu Ayesh An Najar, Director of International Relation, Ministry Of Education Hamas. Pimpinan PAS dari setiap peringkat samada PAS Pusat, Dewan Pemuda PAS Pusat, Dewan Muslimat PAS Pusat, Dewan Himpunan PAS Pusat ( DHPP ) dan pimpinan negeri dari seluruh peringkat turut hadir dalam menyatakan bantahan terhadap kebiadapan Presiden Amerika Syarikat Donald Trump mahupun Israel.

Sikap biadap Presiden Donald Trump dalam mengisytiharkan Baitul Muqaddis sebagai Ibu Negara Israel jelas bertentangan dengan asas penyelesaian konflik Palestin – Israel yang seharusnya di selesaikan secara diplomatik di meja rundingan serta mencabuli banyak resolusi Pertubuhan Bangsa Bangsa Bersatu yang sememangnya tidak pernah di patuhi malah di cabuli oleh Israel sejak sekian lama. Pengisytiharan itu juga sebenarnya membawa kepada ketidakstabilan di rantau teluk dan seterusnya mungkin boleh mengundang kepada kancah peperangan terbaru terutamanya di antara Palestin dan Israel.

PAS secara konsisten memperjuangkan isu Palestin sejak sekian lama serta jelas sikap PAS yang sememangnya memperjuangkan bahawa Baitul Muqaddis adalah hak mutlak Palestin dan juga orang Islam. Malah PAS sejak sekian lama mendesak malah bertegas yang Israel harus keluar dan berundur dari Wilayah Palestin sepenuhnya tanpa ada sebarang alasan kerana Israel sememangnya menjajah dan menjarah secara haram bumi Palestin. Dengan pengisytiharan tersebut jelas bahawa sememangnya Amerika Syarikat memperkudakan PBB dan dunia secara amnya dalam menghalalkan penjajahan Israel ke atas bumi Palestin selama ini. Zionist Israel serta Amerika Syarikat perlu akur akan kehendak seluruh dunia bahawa Israel adalah penjajah haram yang zalim dan wajib keluar dari bumi Palestin.

Syaiful Hizam.


© all rights reserved
made with by templateszoo