NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Bersikap adil, jangan ugut untuk tutup periuk nasi guru yang cenderung kepada PAS



UMNO marah apabila PAS membantah UMNO menganjurkan program di sebuah sekolah kebangsan di Pandan Indah.

PAS bukan hendak menghalang UMNO menganjurkan program.

Anjurkan sebanyak program selagi larat.

Tetapi PAS menuntut keadilan.

Jika UMNO boleh menganjurkan program di dalam sekolah kebangsaan atau sekolah menengah maka PAS juga patut dibenarkan.

Ahli-ahli PAS juga membayar cukai.

Tetapi bukan sahaja PAS tidak boleh menganjurkan program di dalam sekolah-sekolah tersebut tetapi guru-guru juga diugut.

Saya pernah menerima laporan bahawa seorang guru telah diberikan surat tunjuk sebab kerana terdapat gambar yang menunjukkan saya berkunjung ke sekolah beliau.

PAS hanya mengeluarkan kenyataan akhbar apabila UMNO memasuki sekolah.

Tetapi tindakan mengugut untuk "menutup periuk nasi" seorang guru kerana disyaki cenderung kepada PAS adalah satu tindakan yang amat zalim.

Saya tidak perlu mengulas lebih lanjut.

Pada saya ianya satu penghinaan kepada guru-guru yang telah bertungkus lumus mendidik generasi harapan negara.

Saya memahami perasaan seorang guru kerana ibu saya seorang guru, isteri saya seorang guru dan adik saya seorang guru.

Hormatilah mereka dan jangan libatkan mereka di dalam konflik politik.

YB Dato' Iskandar A. Samad
Ahli Dewan Negeri Chempaka
Selangor Darul Ehsan
1 Disember 2017.

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo