NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Arahan solat Zohor: Bersatu kritik Zaid DAP


SHAH ALAM - Pemuda Bersatu mengkritik kenyataan bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Zaid Ibrahim yang menyokong Pengerusi Kumpulan Bertindak Ibu Bapa bagi Pendidikan (Page), Datin Noor Azimah Rahim memberi amaran kepada Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) Kuantan berhubung isu pelajar Islam bersolat Zohor berjemaah sebelum pulang.

Exco Pemuda Bersatu (Pendidikan), Mohd Ashraf Mustaqim Badrul Munir berkata, pelaksanaan itu bukanlah suatu kesalahan malah merupakan salah satu strategi PdPc.

"Subjek Pendidikan Islam di Sekolah Rendah dan Sekolah Menengah kurikulum Pendidikan Islam memperuntukkan waktu khusus untuk aktiviti amali solat bagi membolehkan murid-murid menghayati atau mengamalkan ilmu yang dipelajari khususnya solat fardhu.

"Pelaksanaan yang mewajibkan pelajar menunaikan solat ini juga sedikitpun tidak bercanggah dengan dasar Falsafah Pendidikan Kebangsaan yang berhasrat untuk melahirkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada tuhan, dan ini jelas sepertimana yang termaktub dalam Falsafah Pendidikan Kebangsaan," katanya dalam kenyataan hari ini.

Sebuah portal tempatan hari ini melaporkan Zaid Ibrahim menyatakan solat adalah suatu ritual yang membebankan.

Zaid menerusi laporan itu turut mengatakan solat Zohor berjemaah tidak dapat membantu pelajar Melayu menjadi lebih berpendidikan, memahami tanggungjawab peribadi atau lebih berdisiplin.

Dalam pada itu, Mohd Ashraf berkata, pernyataan solat selaku ritual itu jelas menunjukkan Zaid Ibrahim tidak faham mengenai peranan solat dalam kehidupan seharian manusia.

"Saya tidak pasti 'nas' atau hujah apa yang dipegang oleh Zaid, hari ini permasalahan disiplin di sekolah sepertimana yang pernah dilaporkan media berdasarkan laporan KPM bahawa terdapat 402 buah sekolah di seluruh Malaysia dikategorikan sebagai sekolah 'Hotspot', mempunyai masalah yang teruk dari segi disiplin dan 91 (buah sekolah) dari jumlah itu mempunyai masalah dadah dalam kalangan pelajar malah seawal usia 12 tahun.

"Semua ini berlaku kerana kerutuhan 'sistem' yang merupakan saling-kait peranan dari institusi keluarga, pendidikan, masyarakat dan kerajaan itu sendiri," jelasnya.

Sumber: http://www.sinarharian.com.my/mobile/politik/arahan-solat-zohor-bersatu-kritik-zaid-1.766591
© all rights reserved
made with by templateszoo