NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

8 Info Mengenai Gerakan Pembela Ummah(UMMAH)



1. Apa itu Gerakan Pembela Ummah (UMMAH)?

Sebuah pergerakan yang menggabungkan lebih dari 300 Pertubuhan Bukan Kerajaan Islam di seluruh Malaysia dengan misi utama untuk memperkasakan Kedaulatan Islam di negara Malaysia, sesuai dengan peruntukan dan lunas2 Perlembagaan Persekutuan.

2. Bila tarikh UMMAH ditubuhkan?

Pada Mei 2017

3. Apa objektif penubuhan UMMAH?

1. Menyatupadukan ummah Islam merentasi politik kepartian demi kesejahteraan Negara Malaysia.
2. Mengukuhkan kedaulatan Islam dalam Perlembagaan Persekutuan seperti Perkara 3(1), 11(4), 12(2), 37 dan lain-lain yang berkaitan dengan kepentingan Islam.
3. Mengekalkan dominasi dan kekuatan orang Islam dalam politik negara Malaysia.
4. Memastikan pemerintah menerap nilai–nilai Islam.
5. Memperjuang pemerkasaan Institusi Islam.

4. Siapakah penggerak UMMAH?

PEMBELA, KONGRES RAKYAT, UMMAT A355, ISMA, PERKID, MUAFAKAT, PPIM, MAPPIM, JMPP, HALUAN, ALIFBATA AL MASYHUR, SRIKANDI, BROTHERS IN ISLAM, YAYASA N HIMMAH, ARG, GPMS, GAMIS, CLJ, AMIM serta lain-lain lagi.

5. Siapakah golongan sasar UMMAH?

Semua lapisan masyarakat yang prihatin terhadap isu-isu berkaitan umat Islam dan Agama Negara.

6. Apakah motto UMMAH?

“Perkasakan Kedaulatan Islam”.

7. Bagaimanakah untuk mendapatkan info-info terkini UMMAH?

Info terkini boleh diikuti melalui laman Facebook https://www.facebook.com/ummah.official/

8. Fokus dan halatuju UMMAH?

Kedaulatan Islam terus diperkasakan dan umat Islam di Malaysia terus bersatu padu merentasi politik kepartian.
© all rights reserved
made with by templateszoo