5 Seruan Mahasiswa Kepada Federal Land Development Authority (Felda)



 


GAMIS berjaya menyerahkan memorandum kepada FELDA dalam menyatakan seruan serta tuntutan GAMIS kepada Pengerusi FELDA, YB Tan Sri Shahrir bin Abdul Samad berkaitan isu skandal pindah milik tanah yang berlaku secara meragukan di Jalan Semarak.

Berikut merupakan seruan serta tuntutan GAMIS kepada FELDA:

1) GAMIS menyeru kepada YB Tan Sri Shahrir bin Abdul Samad, Pengerusi FELDA untuk segera membuka fail kes siasatan di mahkamah ke atas isu pindah milik tanah milik FELDA di Jalan Semarak dengan kadar segera tanpa perlu menunggu siasatan dibuka oleh Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI). Siasatan mestilah bermula dengan segera bermula daripada hari ini.

2) GAMIS menggesa agar YB Tan Sri Shahrir bin Abdul Samad, Pengerusi FELDA segera melakukan penjelasan secara rasmi kepada pihak media dan rakyat khususnya golongan peneroka FELDA tentang latar belakang isu melalui fakta yang jelas dan benar berkenaan isu yang berlaku ke atas tanah FELDA di Jalan Semarak serta komitmen FELDA untuk melakukan segera tindakan siasatan ke atas kes yang berlaku.

3) GAMIS juga dengan ini menggesa YB Tan Sri Shahrir bin Abdul Samad, Pengerusi FELDA agar membuka ruang seluas-luasnya kepada pihak PDRM dan SPRM untuk melakukan siasatan secara teliti, mengenal pasti individu yang terbabit dan mengkaji punca yang menyebabkan pindah milik tanah tersebut dilakukan kepada syarikat Synergy Promenade Sdn. Bhd. 

4) GAMIS mendesak agar audit kewangan dilakukan secara profesional ke atas seluruh ahli Lembaga Pengarah FELDA melalui akuan bersumpah dan menggesa agar setiap satu daripadanya untuk melakukan pengisytiharan harta supaya FELDA kembali dilihat bersih dalam kalangan masyarakat khususnya golongan peneroka FELDA.

5) GAMIS menggesa agar FELDA memastikan siasatan yang dilakukan berjalan secara profesional dan terperinci serta bebas daripada campur tangan asing khususnya oleh mereka yang berkepentingan politik sama ada dalam kalangan parti yang berada di dalam kerajaan atau parti yang bukan kerajaan.


Kami mengucapkan terima kasih kepada pihak FELDA yang sudi menerima memorandum daripada GAMIS hari ini.

GAMIS berharap agar pihak FELDA meneliti dan memenuhi tuntutan ini supaya kepentingan hak awam khususnya peneroka FELDA dan generasi warisannya dilindungi.

Semoga sifat integriti sentiasa menjadi moto utama FELDA yang menjadi institusi amanah demi kelangsungan projek yang digagaskan oleh Tun Abdul Razak, Perdana Menteri Malaysia yang kedua pada 1 Julai 1956.

Terima kasih.

"ISTIQAMAH BERSAMA ISLAM"

Yang Benar,

MUHAMMAD FAIZZUDDIN BIN MOHD ZAI
Presiden,
Gabungan Mahasiswa Islam Se-Malaysia (GAMIS)

https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=1718847491498698&id=100001203902221
Labels:
Reactions:
[blogger]

1Media.My

{facebook#facebook.com/1mediaonline} {twitter#YOUR_SOCIAL_PROFILE_URL} {google-plus#YOUR_SOCIAL_PROFILE_URL} {pinterest#YOUR_SOCIAL_PROFILE_URL} {youtube#YOUR_SOCIAL_PROFILE_URL} {instagram#YOUR_SOCIAL_PROFILE_URL}

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.
Javascript DisablePlease Enable Javascript To See All Widget