NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Masih Menolak Islam Sebagai Agama Persekutuan?



Oleh: M. Kamal Affandi

Tahun 2017 cukup perlihatkan seolah-olah menghentam pendukung Islam menjadi agenda akhbar tertentu, blogger, media sosial dan portal berita terutama di kalangan parti DAP, Pakatan Harapan dan sekutunya, serta golongan Melayu-Islam yang terkena tempias faham sekularisme-liberalisme-pluralisme.

Kita menentang sekularisme bukan atas namanya ‘sekularisme’ tetapi kerana fahaman itu ciptaan teori Barat yang memisahkan agama daripada elemen-elemen penting lain dalam kehidupan. Kita juga tidak terima liberalisme kerana faham kebebasan berfikir tanpa batas ini keterlaluan melangkaui batasan syarak yang menolak nas al-Qu’an dan hadith. Lagipun ia telah difatwakan sesat oleh Majlis Fatwa Kebangsaan pada tahun 2009 dan oleh Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) pada 17 Julai tahun 2014.

Pendukung faham pluralisme (yang turut diputuskan sesat oleh Majlis yang sama dalam Muzakarahnya kali ke-74 bertarikh 25-27 Julai 2006) pula menyamaratakan semua agama sebagai ‘benar’, “of equal status” dan berada pada “taraf yang sama termasuk Islam”, menyerupai tesis seorang seorang tokoh sufi dan metafizik bernama Frithjof Schuon yang pernah hidup bersama kaum Red Indian Suku Sioux di Amerika Syarikat dan meninggal di Bloomington pada 5 Mei 1998 (http://www.worldwisdom.com/public/authors/Frithjof-Schuon.aspx).


Begitu juga dengan fahaman religious pluralism pegangan John Hick yang telah dianggap sebagai ‘Nabi’ yang diutuskan untuk manusia sejagat akhir zaman dengan membawa falsafah pluralisme agama sebagai “penyelesaian pertelingkahan antara agama” di dunia. Namun pemikiran itu terus segar dan disebar-luaskan oleh pengikut-pengikutnya (termasuk yang masih dipenjarakan) di Malaysia.


Kemunculan gerakan sekularis-liberalis-pluralis ini juga telah dijelmakan dalam bentuk NGO atas bermacam nama, antaranya termasuklah Sisters in Islam (SIS), G-25, Islamic Renaisance Front (IRF) dan sebagainya yang mendapat dana asing daripada luar atas nama “menggerakkan NGO atas landasan kebebasan bersuara dan pro-demokrasi.”

Demokrasilah sangat, konon walhal membantu pembangkang untuk menjatuhkan kerajaan dan cuba merosakkan aqidah murni umat Islam berasaskan Ahli Sunnah wal Jamaah.
NGO-NGO ini jugalah yang aktif menganjurkan pelbagai simposium dan seminar berkaitan Islam dengan memanggil penceramah dan “intelek Islam” pilihan dari luar negara untuk menyebarkan idea-idea sekular-liberal-plural mereka di kalangan masyarakat setempat. Maka berlakulah kisah Mustafa Akyol ditahan oleh pihak berkuasa JAWI (lihat http://www.sinarharian.com.my/semasa/mustafa-akyol-dibebaskan-jawi-1.735637) kerana menyampaikan syarahan agama secara terbuka tanpa tauliah dengan memberikan pandangan-pandangan liberal yang menyesatkan.


Orang-orang seperti Prof. Mun’im Sirry yang mentafsir ayat-ayat al-Qur’an jauh menyimpang (rujuk https://www.menara.my/munim-sirry-menulis-semula-surah-al-kafirun/ dan http://www.themalaymailonline.com/malaysia/article/called-deviant-muslim-scholar-says-was-just-challenging-orthodox-view-on-qu#jstqd6livy6TyZ31.97) itulah yang dipanggil sebagai “tetamu intelektual” kumpulan-kumpulan seperti ini untuk memberikan pelbagai bentuk wacana pemikiran walhal ia lebih kepada percubaan untuk merosakkan aqidah umat Islam di negara ini.


Oleh sebab pemikiran mereka yang bertentangan dengan Islam itulah maka kerajaan telah mengambil keputusan untuk mengharamkan beberapa buku oleh pengasas IRF, Dr. Ahmad Farouk Musa dan buku Kumpulan G25, Breaking the Silence: Voices of Moderation – Islam in a Constitutional Democracy (lihat https://www.malaysiakini.com/news/390045).


Paling terkini pula adalah keluhan Marina Mahathir (lihat http://www.freemalaysiatoday.com/category/nation/2017/12/29/state-religion-status-leaves-many-outside-the-box/) tentang betapa peruntukan Perkara 3(1) Perlembagaan Persekutuan yang memaktubkan Islam sebagai Agama Persekutuan (yakni sebagai Agama Negara bagi Malaysia) amat menyusahkannya kerana “Islam’s status as a state religion in Malaysia could complicate the separation of religion from the administration.”


Lihatlah betapa sekularnya pemikiran Marina yang benar-benar ingin memisahkan Islam daripada pentadbiran negara dan kalangan yang sewaktu dengannya termasuklah Azmi Sharom yang juga terkecewa dengan Suruhanjaya Reid (https://www.menara.my/islam-agama-persekutuan-diletakkan-oleh-bloody-reid-commissioner-azmi-sharom/).


Peruntukan 3(1) itulah sebenarnya dasar dan asas terkuat kedaulatan Islam yang dianugerahkan oleh Allah SWT kepada seluruh warga Malaysia yang dikanunkan dalam Perlembagaan Persekutuan. Ini juga adalah kerana Islam sudah lama terpasak sebagai law of the land di bumi Islam Melaka menerusi Hukum Kanun Melaka 600 tahun sebelum ini!


Amat hairan benar. Rupa-rupanya masih ada orang Melayu-Islam sendiri tergamak mempersoalkannya? Bukankah itu tanda derhaka kepada Raja-Raja Melayu yang sudah memberi perkenan kepada peruntukan Islam sebagai agama persekutuan? Tidakkah itu juga tanda kebiadapan ke atas agama dan bangsa?

Hipokrit gelar Najib kuku besi?



KUALA LUMPUR 30 Dis. – Tun Dr. Mahathir Mohamad diingatkan supaya tidak hipokrit apabila menggelar Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak sebagai zalim dan kuku besi.

Pensyarah Kanan Bahagian Politik dan Polisi Awam Sekolah Perdana, Universiti Teknologi Malaysia (UTM), Dr. Mazlan Ali berkata, bekas Perdana Menteri itu perlu menyedari bahawa pemerintahannya 22 ta­hun lebih kuku besi dengan ke­wujudan banyak sekatan yang menghalang kebebasan seseorang.

Beliau menyifatkan tu­duhan Dr. Mahathir itu mainan politik ‘kotor’ bagi menjatuhkan inte­griti Najib.

“Kalau ikutkan pemerintahan beliau lebih kuku besi, banyak sekatan melalui Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA). Dalam Operasi Lalang 1987 menyebabkan hampir 100 ahli politik meringkuk dalam penjara.

“Sekatan pada zaman Dr. Mahathir begitu mencengkam dan menyu­sahkan tetapi mengendur pada zaman Tun Abdullah Ahmad Badawi dan diteruskan dengan penambahbaikan oleh Najib,” katanya kepada Mingguan Malaysia di sini hari ini .

Beliau mengulas ucapan Dr. Mahathir dalam Perhimpunan Agung Ta­-
hunan Pertama Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) hari ini yang mendakwa rakyat akan bertanding melalui PPBM dalam Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14) bagi melawan pemerintahan zalim kuku besi.


Sumber: http://www.utusan.com.my/berita/politik/hipokrit-gelar-najib-kuku-besi-1.582037#ixzz52ndt3OxA 

'Permohonan maaf Dr M tak bersihkan kesalahan lalu'



Permohonan maaf Tun Dr Mahathir Mohamad semalam tidak membersihkan kesalahan yang berlaku di masa lalu dalam pentadbirannya, kata pakar perlembagaan Dr Abdul Aziz Bari.

"Hanya kerana Mahathir, selaku bekas perdana menteri, telah memohon maaf atas apa yang telah berlaku semasa pentadbirannya, tidak bermakna ia telah membersihkan semua kesalahan yang dilakukan pada tahun-tahun itu," kata Aziz dalam satu kenyataan semalam.

Beliau menambah bahawa permohonan maaf juga tidak melindungi  sesiapa daripada bertanggungjawab terhadap isu penyalahgunaan kuasa.

"Sekiranya terdapat isu-isu penyalahgunaan kuasa - misalnya dalam hal penahanan di bawah ISA - atau salah laku jenayah, ini harus dibawa kepada para mangsa dan pelaku harus bertanggungjawab atas atas kapasiti pribadi.

"Mereka tidak boleh berlindung atau menggunakan permohonan maaf itu sebagai perisai untuk melindungi mereka daripada tanggungjawab," katanya.

Mahathir dalam ucapannya pada Perhimpunan Agung BERSATU yang pertama semalam memohon maafatas kesalahan yang pernah dilakukannya semasa berkhidmat sebagai perdana menteri.

Beberapa jam kemudian di sidang akhbar selepas perhimpunan itu, Mahathir berkata permohonan maaf  adalah sebahagian daripada adat dalam budaya Melayu.

'Najib juga bersalah'

Aziz berkata Perdana Menteri Datuk Seri Najib Abdul Razak juga harus bertanggungjawab atas kesilapan semasa pentadbiran pendahulunya.

"Najib sebagai sebahagian daripada kabinet Mahathir pada masa itu juga perlu dipersalahkan. Najib tidak boleh memanfaatkan isu-isu ini untuk kelebihan politiknya," katanya.

PRU 14: Mampukah PAS mempelopori kerajaan teknorat sebagai penyelesaian?



Oleh: Shuhaimi Al-Maniri

Idea Kerajaan Teknokrat yang dicadangkan Presiden PAS juga adalah salah satu solusi dengan mengambil jalan keluar dari polemik dan pertembungan parti-parti politik yang sudah hilang arah sehingga merugikan rakyat.

Matlamatnya tentulah untuk memastikan kerajaan dan rakyat tidak ‘panik’ dengan senario dan iklim politik yang tidak menentu sekarang ini.

Kali pertama saya mendengar penjelasan idea kerajaan teknokrat dari mulut Tuan Guru Hj Abdul Hadi Awang sendiri adalah beberapa tahun lepas dalam satu pertemuan dengan beliau.

Sejak itu, saya kagum dengan pendirian politik beliau yang lebih mementingkan kelangsungan sebuah pemerintahan negara demi kepentingan rakyat dan kestabilan politik Negara itu.

Ia juga menunjukkan bagaimana PAS dibawah pimpinan Abdul Hadi tidak rakus untuk memikirkan tentang tampuk kekuasaan semata-mata sebaliknya meletakkan kepentingan rakyat lebih utama.


Kerajaan Teknokrat

Kerajaan teknokrat (technocratic governments) atau teknokrasi (technocracy) sebagaimana dibincangkan dalam ilmu sains politik adalah sebuah pemerintahan yang diterajui oleh kumpulan pakar yang mempunyai ilmu dan kemahiran yang tinggi dalam bidang masing-masing samada bidang ekonomi, keselamatan, pendidikan, kesihatan, sosial dan lain-lain.

Mereka memegang tampuk pemerintahan di sektor kementerian mengikut bidang kepakaran sendiri seperti pakar ekonomi menerajui Kementerian Kewangan, pakar pendidikan memegang Kementerian Pendidikan atau pakar Kesihatan menjaga Kementerian Kesihatan.


Apa yang penting adalah kepakaran dan kemahiran yang menjadi aspek utama dalam Kerajaan Teknokrat berbanding konsep kerajaan yang lain.


Apakah tidak mungkin, seorang akauntan bertauliah dipilih sebagai Menteri Kewangan? Seorang guru pakar dan pensyarah universiti masing-masing menjadi Menteri Pendidikan dan Menteri Pengajian Tinggi?

Apatah lagi jikalau bekas panglima angkatan tentera menjawat kedudukan sebagai Menteri Pertahanan yang menjaga keselamatan darat, laut dan udara negara.

Kerajaan teknokrat adalah satu langkah ke hadapan bagi memberi peluang kepada tokoh dan cendekiawan negara menerajui hala tuju baru dan pentadbiran negara di mana parti dan ahli politik menjadi wadah kepada perubahan tersebut.


Kuasa politik yang didapati melalui pilihan raya hanyalah sekadar kuasa untuk melantik siapa yang sesuai di kalangan profesional yang tidak terlibat dengan pilihan raya untuk mentadbir negara.


Kerajaan Teknokrat memiliki barisan kepimpinan negara yang punya kepakaran dan kemahiran tersendiri untuk mentadbir negara dengan lebih baik dan segala keputusan dan tindakan kerajaan akan lebih menjurus kepada keutamaan sebenar untuk kepentingan rakyat dan kurang bertujuan untuk kepentingan politik.


Maksud kerajaan teknorat ialah sebuah sistem pemerintahan yakni kuasa parti politik terhadap negara hanya terhad untuk melantik kalangan profesional sebagai eksekutif pentadbir negara bermula daripada Perdana Menteri hingga ke peringkat Menteri dan lain-lain yang dibawahnya.


Kesemua ahli jemaah menteri yang dilantik daripada golongan teknokrat mungkin asing di Malaysia tetapi tidak di negara lain. Sebagai contoh, Romania telah membentuk kerajaan teknokrat dengan kelulusan parlimen dan presiden Negara tersebut.


Suasana yang ada dalam sistem pemerintahan negara kita sekarang ini tidak menghalang kewujudan kerajaan teknokrat, dimana teknokrat ini boleh dilantik sebagai senator dalam Dewan Senat untuk memegang jawatan Menteri tetapi ianya mungkin mempunyai kekangan perlembagaan sekiranya seorang teknokrat yang dilantik sebagai Senator hendak dilantik sebagai Perdana Menteri dalam sesebuah kerajaan teknokrat yang dicadangkan ini.


Jika PAS berjaya menguasai parlimen selepas PRU ke-14 nanti, satu kajian kepada perlembagaan Negara perlu dilakukan untuk membolehkan seorang yang tidak memenangi pilihanraya dan ahli Dewan Rakyat dilantik sebagai Perdana Menteri.

Seperti dijangka, Mahfuz keluar PAS



Dato' Hj Mahfuz Hj Omar
No 11 Taman Al Walid
Jalan Langgar
05460 Alor Setar
Kedah

Yb Dato' Takiyuddin Haji Hassan
Setiausaha Agung Parti Islam Semalaysia (Pas)
No 318A,Jalan Raja Laut
50350 Kuala Lumpur. 31 Disember 2017
12 Rabiulakhir 1439H

Assalamualaikum Wrt. Wbt,

Tuan,

Per: PEMBERHENTIAN MENGANGGOTAI PARTI ISLAM SeMALAYSIA (PAS)

Merujuk perkara diatas,saya Mahfuz Bin Omar nombor kad pengenalan 570825-02-6067 dan ahli Pas yang bernombor 0166398 (ahli bagi Pas Kawasan Pokok Sena) dengan ini memaklumkan untuk tindakan pihak tuan,berasaskan kepada peruntukan Perlembagaan Pas Fasal 15 (2) dengan ini berhenti dari menganggotai Pas berkuatkuasa jam 11.59 malam hari ini 31 Desember 2017.

Pemberhentian saya sebagai ahli Pas yang saya sertai selama 34 tahun sejak 12 Mac 1984 adalah ekoran dari tindak tanduk tidak sihat kepimpinan tertinggi Pas dalam menguruskan hal hal yang berkaitan dengan perjuangan Islam. Antaranya pengurusan RUU 355 yang dinyatakan oleh Pas sebagai nyawa Pas tetapi akhirnya dilihat memperalatkan RUU 355 untuk kepentingan politik semata-mata. Sikap berkecuali Pas dalam isu Bajet beberapa tahun mutakhir ini dan yang terakir pendirian berkecuali Pas di Parlimen dalam pengundian Bajet 2018 dilihat sebagai satu pengkhianatan pada kesusahan,kesengsaraan dan penderitaan rakyat dari bajet yang mencekek kehidupan rakyat.

Begitu juga pendirian Pas yang hanya menyasarkan untuk menang 40 kerusi Parlimen sahaja pada pru14 nanti adalah menunjukan ketidaksediaan Pas untuk mengambil alih urusan pemerintahan negara dari pemerintah klaptokrat Umno Bn.
Sedangkan rata rata ahli Pas di akar umbi mahukan peralihan kuasa pemerintahan berlaku pada pru14 akan datang untuk keluar dari beban kos sara hidup dan menyelamatkan negara dari klaptokrat Umno Bn yang menjadi sebahagian dari tuntutan Islam. Kini Pas sedang bertindak memencilkan diri dari rakyat terbanyak dalam mendepani arus perdana politik negara yang tak perlu saya huraikan satu persatu disini.

Saya mengucapkan jutaan terima kasih atas segala pengalaman dan tunjuk ajar sepanjang saya berada dalam organisasi Pas.Saya juga memohon jutaan kemaafan dan keampunan atas segala kesilapan serta kekurangan sumbangan dan pengorbanan yang saya berikan sepanjang menjadi ahli Pas.

Moga Allah SWT akan meneguhkan lagi Istiqamah saya bersama Islam walaupun selepas berhenti dari menjadi ahli Pas dan didoakan ikatan silaturrahim persahabatan dan ukhwah Islamiah sesama kita kekal teguh walaupun saya tidak lagi menjadi ahli Pas.

Sekian,
Terima Kasih.

#IstiqamahBersamaIslam
#BinaSemulaMalaysia
#SelamatkanMalaysia

Yang Benar,
Dato' Haji Mahfuz Bin Haji Omar

Infaq Ilmi untuk Pusat Dakwah Serantau(PDS)



Hingga kini pelajar Muslimin PDS berkuliah dalam surau terbuka beratap metal deck biru. Kalau waktu tengah hari kurang produktif dek bahang terik mentari.

Kini, surau telah dibaiki dengan memasang dinding daripada polycarbonate. Namun, masih panas dan tidak selesa untuk sesi pengajian.

Bilik kuliah telah dibangunkan tapi masih tidak cukup kelengkapan. Saya pohon tuan/puan yang dermawan untuk sama-sama membantu menyediakan bilik kuliah yang selesa untuk tarbiyyah anak-anak muallaf dan peribumi di sini.

Pasti tidak rugi untuk saham akhirat. Mereka dilatih di sini untuk berkhidmat di lapangan ummat dan kitalah yang mengutip hasilnya, InsyaAllah.

Berminat atau inginkan maklumat lanjut? Hubungi saya: 011-13209297 (Izzuddin Ismail - Timbalan Mudir PDS)

[1Media TV]Tun M fitnah Mufti-Mufti sebagai punca peristiwa Memali?

Fitnah-fitnah terbaru Tun Dr. Mahathir mengenai peristiwa Memali buktikan permohonan maaf beliau tidak bermakna



Ramai juga yang nampak agak teruja dengan permohonan maaf Pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM), Tun Dr Mahathir Mohamad, yang dibuat di dalam ucapan dasar pada Perhimpunan Agung Tahunan Pertama PPBM di Ideal Convention Center (IDCC), Shah Alam, semalam.

Begitupun, mengenali Tun Dr Mahathir, ramai yang lain, termasuklah saya sendiri, yang sangat skeptikal dengan permohonan maaf beliau tersebut, kerana ia bukanlah permohonan maaf yang spesifik ke atas kesalahan yang spesifik, malah sebenarnya bukan satu pengakuan ke atas kesalahan pun.

Ini jelas dapat dilihat di dalam kandungan ucapan dasar Tun Dr Mahathir yang hanya berbunyi: “Sebelum saya akhiri ucapan ini saya ingin pohon ampun dan maaf jika terkasar bahasa dan tersinggung perasaan sesiapa. Saya, seperti manusia lain tidak mungkin sunyi dari berkata dan melaku kesalahan bukan sahaja hari ini tetapi juga selama saya berkecimpung dalam politik negara. Saya pohon maaf terhadap apa juga kesalahan saya selama itu.”

Bahawa permohonan maaf Tun Dr Mahathir ini tidak mengandungi apa-apa makna juga dapat dilihat di dalam kandungan sidang media beliau tatkala beliau, bila ditanya soalan “apa yang buat Tun meminta maaf atas perkara-perkara sebelum ini dan kenapa baru sekarang Tun meminta maaf” sekadar menjawab: “Saya orang Melayu, adat orang Melayu dia selalu minta maaf kerana kita tak tahu tang mana kita salah. Itu adat, dan sebagai seorang orang Melayu kita patut rendahkan diri kita, selepas kita berucap ataupun kita buat sesuatu, kita minta maaf kerana kemungkinan apa yang kita lakukan itu salah dalam pandangan orang, itu sahaja.”

Malah, jika dilihat kepada kandungan ucapan penggulungan Tun Dr Mahathir pada Perhimpunan Agung Tahunan Pertama PPBM di Ideal Convention Center (IDCC), Shah Alam, semalam, hipokrasi beliau di dalam memohon maaf ini sangatlah terserlah.

Ini kerana, tatkala beliau telah “memohon maaf terhadap apa juga kesalahan (beliau) selama itu”, boleh pula beliau:
(1) Memfitnah PAS “dakwa bahawa orang yang tidak menyertai PAS (termasuk Mufti-Mufti dan Raja-Raja) adalah kafir”.
(2) Memfitnah “Ibrahim Libya merancang untuk kononnya mengguna pemberontakan bersenjata untuk menjatuhkan kerajaan”.
(3) Memfitnah “pengikut Ibrahim telah bunuh empat orang polis kerana pada mereka polis ini adalah kafir yang bekerja dengan kerajaan kafir”.
(4) Memfitnah Mufti-Mufti dengan mendakwa bahawa mereka, bukan beliau, bertanggungjawab ke atas berlakunya Peristiwa Memali.

Kesemua fitnah terbaru Tun Dr Mahathir ini terkandung di dalam ucapan penggulungan beliau ini: “Saya tertarik dengan ucapan daripada (perwakilan) Kelantan. Baru dia sedar bahawa PAS itu jual agama, bukan Parti Islam, dia parti yang memperalatkan Islam. Saya ingin bertanya kepada Mufti-Mufti yang menjadi penasihat kepada Raja kita, apabila PAS dakwa bahawa orang yang tidak menyertai PAS adalah kafir, kenapakah Mufti-Mufti tidak membetulkan kenyataan mereka? Mereka berdiam seribu bahasa seolah-olah mereka setuju, setuju dengan pendapat Parti PAS ini. Kalau mereka setuju dengan pendapat Parti PAS, mereka tidak masuk Parti PAS, maka Mufti-Mufti kita juga kafir, dan orang yang dinasihati oleh Mufti-Mufti kita juga kafir. Tapi tak berani siapa cakap, senyap seribu bahasa sampaikan Amanat Hadi dikeluarkan dan pengikut-pengikutnya, Ibrahim Libya, merancang untuk kononnya mengguna pemberontakan bersenjata untuk menjatuhkan kerajaan. Apa yang kita lihat ialah Peristiwa Memali yang mana pengikut Ibrahim telah bunuh empat orang polis kerana pada mereka polis ini adalah kafir yang bekerja dengan kerajaan kafir. Inilah hasil daripada fatwa yang dikeluarkan oleh orang politik yang tidak ditangkis oleh Mufti-Mufti. Saya fikir Mufti-Mufti patutlah bertanggungjawab. Kenapa berlakunya Peristiwa Memali? Ianya tidak akan berlaku kalau awal-awal lagi Mufti-Mufti mencabar. Kenapakah Amanat Hadi tidak disangkal oleh mereka?”...Dr Kamarul Yusuf

Merugilah Tukang Fitnah



oleh: Rijaluddin Ahmad

Ketika pernah bersama-sama dengan para sahabatnya, Rasulu’Llah SAW telah berpesan kepada para sahabatnya betapa akan tiba keadaan yang paling sukar untuk dilawan pada akhir zaman nanti, iaitu fitnah yang bertaburan dan ketika mana manusia dihinggapi penyakit “al-wahn”: cintakan dunia dan takutkan mati.

Umat Islam Malaysia terus diancam fitnah terutama di kalangan mereka yang bertegas ingin menegakkan Islam dalam kerangka sistem dan perlembagaan yang mengizinkannya. Ini termasuk kerajaan dan pihak PAS yang akhir-akhir ini menunjukkan sifat berta’awun dengan UMNO dan Barisan Nasional (BN).

Semakin hari demam PRU-14 semakin menghangat. Selagi Perdana Menteri tidak membubarkan parlimen dan memberikan tarikh pembuangan undi, selagi itu fitnah akan dijaja, bukan sahaja sehingga tarikh pembuangan undi, malah selepasnya.

Pengkaji dan pemerhati politik tanah air telah menggambarkannya dijangka akan berlaku dan senario itu adalah semakin tepat. Ini adalah kerana matematik politik mengatakan hanya ada dua blok utama yang bertanding, iaitu Pakatan Harapan (PH) melawan Baraisan Nasional + PAS. Persoalan bagaimana modus operandi pertempuran dilakukan di kawasan Parlimen dan Dewan Undangan Negeri (DUN) – itu terpulanglah kepada strategi parti masing-masing.

Secara teorinya, amat jelas DAP + PKR + Amanah + PPBM berada dalam sekutu PH.

Yang melawan PH ialah BN dan PAS. Tak payahlah Mukhriz nak umumkan dalam Perhimpunan PPBM pada 30 Disember 2017 bahawa PPBM tidak akan memujuk PAS kerana PAS sudah lama menolak PPBM sama seperti PAS menolak Amanah/PAN. Itu tak bijak politik namanya. Patutlah ayahandanya risaukan sangat akan anaknya yang seorang ini tak pandai-pandai berpolitik!

Bercakap tentang Tun Mahathir, terkejut juga saya apabila membaca portal berita malaysiakini malam 30 Disember 2017 tadi seperti yang dilaporkan dalam https://www.malaysiakini.com/news/407065. Kalau calon Perdana Menteri PH boleh kata memohon maaf hanyalah merupakan adat biasa orang Melayu ( “Hours after apology, Dr. M says its only ‘customary’” ), dengan makna yang orang Melayu boleh faham “maksud dalaman” beliau itu, rasanya ramai yang dah tak sabar nak keluar mengundi. Demikianlah politik yang menjadikan manusia semakin rakus.

Saya cuba retrospek tiga (3) petikan berita yang cukup kontroversial hujung tahun 2017 ini, iaitu:
http://www.alumniuitm.org.my/site/?p=10743

https://www.thestar.com.my/opinion/columnists/reflecting-on-the-law/2017/11/23/religious-radicalism-on-the-rise-doctrinal-and-cultural-diversity-existed-in-muslim-societies-even-i/.

http://www.1media.my/2017/12/mengapa-kalau-islam-tidak-boleh.html.


Yang (i) adalah berupa ucaptama mantan Ketua Hakim Negara, Tun Ahmad Fairuz yang mengisytiharkan dalam satu majlis di sebuah Hotel Majestic, Kuala Lumpur pada 27 Mac 2017 “bahawa Islam adalah lexi loci Malaysia”. Bukan main menyerap barisan peguam serta MP DAP dan sekutunya termasuk ahli akademik berfaham liberal. Ini ada kaitannya dengan Perkara 3(1) dalam Perlembagaan Persekutuan yang meletakkan Islam sebagai agama negara.

Perkara (ii) itu pula adalah berkaitan artikel rencana oleh Prof. Emeritus Datuk Dr. Shad Saleem Faruqi berjudul, “Religious radicalism on the rise” dalam akhbar arus perdana The Star bertarikh 23 November 2017 yang dikatakan memfitnah Institut Kajian Strategik Islam Malaysia (IKSIM). IKSIM naik berang lalu membuat laporan PDRM bahawa IKSIM difitnah oleh Shad. Shad juga marah kerana dipanggil dan disiasat oleh polis di bawah Seksyen 504 Kanun Keseksaan. Siasatan masih berjalan.
Dan yang terakhir (iii) itu adalah berkaitan rencana asal Presiden PAS, Tuan Guru Dato’ Seri Abdul Hadi Awang dispin maksud tulisannya oleh DAP dan seangkatan dengannya kononnya mengatakan Hadi mahukan senarai kabinet Malaysia dianggotai hanya oleh orang Islam sahaja dalam sebuah negara berbilang kaum seperti Malaysia. MIC dan MCA pun tambah curah minyak, senada dengan DAP. PAS menafikannya seperti dalam http://www.beritadaily.com/pas-nafi-laporan-hadi-cadang-kabinet-eksklusif-melayu-muslim/.

Sepertilah yang kita sebut awal-awal lagi – ini semua berupa fitnah akhir zaman. Punyalah dahsyat: sesuatu yang terang-terang dikatakan sebagai “A” telah dispin dan diputar-belitkan fakta asal “A” menjadi “X” atau “Y” tanpa rasa bersalah dengan niat yang jahat. Oleh itu, kita akan expect lebih banyak drama diwayangkan di pentas politik untuk meraih undi dalam “ibu segala pilihanraya Malaysia” yang akan datang.


Kita sudah sebut sebelum ini agar jangan beriman dengan peti undi (http://www.1media.my/2017/12/bahaya-beriman-dengan-peti-undi.html). Sebaliknya, berimanlah dengan kebenaran demi mencari sebuah keadilan. Akan rugilah si tukang fitnah kerana Allah lagi Maha Mengetahui!

Dr.Mahathir jangan berlepas diri daripada pembantaian Memali



Oleh: Dr Riduan Mohamad Nor

Mahathir tetap Mahathir, jika anda mengkaji dengan mendalam biografinya dengan objektif, maka anda melihat tampang hitam dan putih ini bukan terlalu sukar untuk dibedakan. Selama 22 tahun menjadi Perdana Menteri negeri ini, dalam kepesatan pembangunan yang berlaku tetapi regimnya menyubur rasa takut rakyat untuk bersuara melalui undang-undang drakonian. Penyalahgunaan kuasa dengan timbunan skandal besar bersalut KKN negara dibungkus rapi dengan program dan slogan muluk-muluk seperti Penerapan Nilai-Nilai Islam, slogan "Bersih, cekap dan amanah", kepimpinan melalui teladan dan pelbagai slogan yang meloyakan. Sangat paradoks!.

Beliau tetap beliau, tiada yang berubah walau disintuklimau oleh penyokong PH dan anak muda kail sejengkal yang tidak merasai keperihan di zaman Dr Mahathir. Bagi saya, dia adalah liabiliti dalam gerakan oposisi untuk menjatuhkan BN. Dilihat tidak harmoni dengan istana, pihak keselamatan negara, agamawan apabila memimpin oposisi,bahkan di zaman beliau dimerak kuasa, beliau bermusuh dengan semua Timbalan Perdana Menteri dan pantang ditegur!

Kelmarin, onarnya terserlah lagi dengan tuduhan tajam terhadap PAS dan pihak yang tidak menyokong beliau, ucapan beliau pada Perhimpunan Agung Tahunan Pertama PPBM di Ideal Convention Center, Shah Alam. Muntahan maafnya di Perhimpunan kelmarin hanya sekadar strategi politik dan opera sebuah kegilaan kuasa yang tak pernah diredam. Dalam maaf itu, kesumat dendam dihamburkan tanpa segan silu dengan fitnah:
(1) Memfitnah PAS “dakwa bahawa orang yang tidak menyertai PAS (termasuk Mufti-Mufti dan Raja-Raja) adalah kafir”.
(2) Memfitnah “Ibrahim Libya merancang untuk kononnya mengguna pemberontakan bersenjata untuk menjatuhkan kerajaan”.
(3) Memfitnah “pengikut Ibrahim telah bunuh empat orang polis kerana pada mereka polis ini adalah kafir yang bekerja dengan kerajaan kafir”.
(4) Memfitnah Mufti-Mufti dengan mendakwa bahawa mereka, bukan beliau, bertanggungjawab ke atas berlakunya Peristiwa Memali.

Pada tahun 1984, berlaku tangkapan kepada tokoh-tokoh pimpinan pemuda pas dibawah ISA, antaranya ustaz Abu bakar Chik, ustaz Abdul Latif Mohamad, Ustaz Bunyamin Yaakob dan Ustaz Ibrahim antara nama yang tersenarai untuk ditahan tanpa bicara. Namun pihak berkuasa gagal menahan Ustaz Ibrahim kerana beliau dikawal rapi oleh penyokong-penyokongnya yang setia. UMNO kedah semakin gelisah dengan populariti almarhum yang tidak gentar dengan ugutan dan ancaman, sentiasa hadir menyampaikan kuliah dimana sahaja beliau dijemput.

Dalam perhimpunan Agong UMNO pada tahun 1985, sekali lagi wakil UMNO Kedah mendesak KDN supaya mengambil tindakan tegas terhadap Ustaz Ibrahim Libya yang dilihat mengancam penguasaan UMNO di Kedah. Pada tahun yang sama berlaku tragedi Lubuk Merbau dalam pilihanraya kecil Padang Terap yang membawa pembunuhan terhadap Osman Talib, seorang aktivis PAS Kedah, juga kecederaan parah seorang ahli PAS dari Besut, Haji Ayub Mir. Bahang kebangkitan PAS semakin menyala di negara ini, apatah lagi dengan fenomena Haji Hadi yang sedang melanda.

Dengan desakan berterusan, maka akhirnya pada 19 November 1985 berlakulah tragedi yang memerihkan hati umat Islam negara ini, plot ceritanya hampir sama dengan peristiwa Talangsari dan Tanjung Periuk di Indonesia. Ribuan anggota keselamatan dikerah untuk mengepung Ustaz Ibrahim Libya dan pengikutnya, warga desa tak berdosa. Memali bergema dengan ledakan senjata api, mengalir darah syuhada bahkan menyebabkan anggota polis juga terkorban dalam misi ini. Panggung misteri belum terungkap, dengan senjata apakah anggota polis itu terbunuh. Usai tragedi Memali, seluruh media perdana terus menghukum Ustaz ibrahim dan pengikutnya sebagai penganut ajaran sesat, manakala ulama PAS dan ulama pondok di Kedah seperti Tuan Guru Haji Umar Zuhdi, Tuan Guru Yahya Juneid mengistiharkan mereka yang teraniaya itu sebagai syuhada.

Dr Mahathir dalam usaha mensucikan diri, sekali lagi menyalahkan apa yang dinamakan 'Amanat Haji Hadi' sebagai pemicu kepada tragedi pembantaian kejam 19 November 1985, bahkan diseret sekali pihak mufti-mufti untuk memikul beban kesalahan beliau. Suruhanjaya siasatan Diraja wajib membuka kembali siasatan dan membersihkan nama-nama mangsa tragedi berdarah ini. Keadilan mestilah diberikan kepada seluruh mangsa serta membayar pampasan yang seadilnya kepada mangsa yang terlibat. Seret pelaku jenayah ini ke muka pengadilan semoga tragedi ini tak akan berulang lagi di tanah leluhur ini.

(Penulis ialah AJK PAS Pusat, Pengerusi LESTARI)

Tragedi Memali: Dr. Mahathir dengan sikap lama, gelar mufti kafir?



SHAH ALAM 30 Dis. - Pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM), Tun Dr. Mahathir Mohamad terus menerus mencipta kontroversi dan kali ini dakwaan dilihat cukup berat.

Bekas Perdana Menteri selama 22 tahun yang terpalit dengan tragedi Memali itu bukan sahaja bertindak menyalahkan mufti dalam insiden tersebut malah menggelarkan mereka sebagai kafir.

Tanpa sedikit pun menyentuh tentang peranan beliau dalam tragedi hitam negara itu, Dr. Mahathir berkata, sebaik penasihat raja, mufti sepatutnya menyangkal amanat Datuk Seri Abdul Hadi Awang sehingga mendorong berlaku insiden berdarah tersebut.

“Mengapa mufti berdiam seribu bahasa, seolah-olah mereka bersetuju. Kalau mereka setuju pendapat itu, mereka tidak masuk parti PAS, maka mufti kita juga kafir dan orang yang dinasihati mufti juga kafir.

“Mengapa amanat ini tidak disangkal sehingga kini,” katanya ketika menyampaikan ucapan penggulungan sempena Perhimpunan Agung Tahunan PPBM, di sini hari ini.

Tragedi Memali di Baling pada 19 November 1985 memalitkan catatan hitam apabila 18 nyawa terkorban dan ketika banyak pihak menuding perkara itu ke atas bahunya, Dr. Mahathir bertindak menyalahkan bekas timbalannya, Tan Sri Musa Hitam.

Dalam perkembangan sama, Dr. Mahathir berterusan menyerang Pas sebagai parti yang memperalatkan agama sehingga membawa kepada ketaksuban dalam kalangan ahlinya seperti yang berlaku di Memali.

“Dalam tragedi Memali ini, empat polis dibunuh yang disangka kafir kerana bekerja dengan kerajaan kafir. Pas sebenarnya adalah parti yang memperalatkan dan menjual Islam,” katanya.

Sementara itu, dalam sidang akhbarnya, Dr. Mahathir ketika ditanya mengenai kemungkinan beliau bertanding dalam Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14) berkata, beliau sedang meneliti tiga kawasan.

“Saya mungkin akan bertanding di tiga kawasan Parlimen iaitu Kubang Pasu, Langkawi dan Putrajaya. Rakyat memberi gambaran bahawa saya diterima dan mempunyai peluang jika bertanding di sana,” katanya. - UTUSAN ONLINE

Dr Mahathir kena beri penjelasan



Oleh Rohaniza Idris

KUALA LUMPUR: Tun Dr Mahathir Mohamad diminta memberi penjelasan berhubung dakwaan beliau sedang berunding supaya anaknya, Datuk Seri Mukhriz Mahathir, dapat bertanding atas tiket Barisan Nasional (BN) pada pilihan raya umum akan datang.

Bekas Naib Presiden Transparency International (IT), Tunku Abdul Aziz Tunku Ibrahim, berkata Dr Mahathir mesti menjawab dakwaan itu kerana ia jelas menunjukkan beliau tidak percayakan pakatan pembangkang yang diterajuinya.

Katanya, dakwaan itu juga jelas menunjukkan Dr Mahathir tidak percaya Mukhriz boleh memenangi pilihan raya jika bertanding atas tiket pembangkang.

"Saya lihat Dr Mahathir ini sangat obsesi mahukan anaknya jadi Perdana Menteri. Jadi, beliau sanggup buat apa saja, termasuk pusingan U dan buat rundingan dengan BN untuk Mukhriz bertanding mewakili parti itu.

"Apa yang Dr Mahathir buat ini kerana beliau percaya dengan tiket UMNO dan BN saja anaknya berpeluang untuk menjadi Perdana Menteri," katanya pada sidang media, di sini, hari ini.

Beliau berkata demikian sebagai mengulas laporan Raja Petra Kamarudin dalam portal Malaysia Today, yang mendakwa Dr Mahathir sedang merundingkan persetujuan dengan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, bagi menyelamatkan karier politik Mukhriz.

Antara lain, persetujuan itu memerlukan Najib melantik Mukhriz sebagai Timbalan Perdana Menteri II sebelum Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU-14) serta memberinya jawatan Kabinet, sama ada Menteri Kewangan atau Menteri Dalam Negeri.

Sebagai balasan, Dr Mahathir akan berhenti menyerang Najib dan akan beralih kepada BN.

Tunku Abdul Aziz, yang juga bekas Naib Pengerusi DAP, turut meminta pemimpin 'supremo' DAP, Lim Kit Siang, memberikan reaksinya berhubung dakwaan itu.

"Penjelasan Kit Siang penting untuk pengundi kerana mereka kini keliru dengan pelbagai taktik luar jangka yang dibuat Dr Mahathir, " katanya.

Pembangkang, katanya, memang sudah masak dengan cara Dr Mahathir, yang sentiasa membuat pusingan U dan mereka sebenarnya sangat berhati-hati.

"Dakwaan terhadap Dr Mahathir kali ini serius dan dipercayai beliau akan menggunakan agensi penguatkuasaan bagi membolehkan cita-cita politiknya untuk Mukhriz tercapai," katanya.

Beliau berkata, jika benar dakwaan dalam portal berkenaan, maka pihak berkaitan kena bersedia kerana Dr Mahathir ahli politik licik, yang ada banyak rancangan di luar jangkaan.--BHarian

PPBM ‘naik angin’ selepas PKR letak syarat kepada Tun M



KUALA LUMPUR – Tindakan PKR yang meletak syarat jika mahu Tun Dr. Mahathir Mohamad menjadi Perdana Menteri Pakatan Harapan (PH) menyebabkan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) ‘naik angin’.

Seorang Ahli Majlis Tertingginya, Datuk Rais Hussin Mohamed Ariff membidas PKR dengan memberi peringatan agenda Pakatan Harapan (PH) bukan perjuangan seorang individu bernama Datuk Seri Anwar Ibrahim.

“Ini gabungan PH, semua kena berbincang dan memuktamadkan keputusan, bukan dengan PKR yang menentujan syarat dan cara gabungan ini diuruskan.

“Kami tidak mahu PH dilihat sebagai satu gabungan untuk Anwar,” beliau dipetik berkata.

Rais Hussin memberi respon susulan laporan kononnya PKR meletak syarat sebelum bersetuju untuk menamakan Mahathir sebagai calon PM sementara.

Difahamkan, dalam satu mesyuarat biro politik baru-baru ini, PKR meletak syarat kepada Mahathir yang antaranya
membebaskan segera Anwar dan kemudian melantiknya sebagai perdana menteri baru dalam masa enam hingga 12 bulan selepas kita mengambilalih kuasa.

PKR juga juga mahu Mahathir berjanji bahawa beliau hanya akan menjadi perdana menteri sementara sehingga Anwar mengambil alih.

Mahathir juga perlu menandatangani syarat-syarat yang dikemukakan oleh PKR tersebut. – MalaysiaGazette

Anwar Minta Jangan Gopoh Lantik Tun M


KUALA LUMPUR – Parti Keadilan Rakyat (PKR) menafikan laporan portal berita propembangkang kononnya parti itu telah bersetuju bahawa Tun Dr. Mahathir Mohamad adalah calon Perdana Menteri Pakatan Harapan dalam Pilihan Raya Umum (PRU) akan datang.

Pengarah Komunikasi PKR, Fahmi Fadzil berkata, Datuk Seri Anwar Ibrahim sebaliknya meminta pimpinan Pakatan Harapan yang turut dibarisi DAP dan Parti Amanah Negara jangan terburu-buru membuat keputusan seperti itu.

Menurut beliau, Anwar malah mengingatkan pimpinan gabungan parti pembangkang itu bahawa Pakatan Harapan masih memperjuangkan agenda reformasi yang menyeluruh dan bukan hanya mahu mengubah Perdana Menteri..

“Saya mengambil maklum laporan media yang memetik sumber berkaitan pandangan pimpinan PKR terhadap cadangan Perdana Menteri Pakatan Harapan.

“Bagi pihak pimpinan parti, saya ingin menegaskan bahawa PKR hanya meminta ruang untuk membincang dan membina konsensus di dalam isu ini.

“Perlu juga diperjelas bahawa sebelum ini ada dibincang soal calon Perdana Menteri interim. Kini timbul cadangan nama Mahathir untuk dipertimbangkan,” tegasnya dalam satu kenyataan media hari ini.

Sebuah portal berita malam tadi melaporkan bahawa PKR sudah setuju Mahathir menjadi Perdana Menteri jika Pakatan Harapan yang turut dianggotai parti Mahathir (Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) menang PRU14.

Bagaimanapun ada tiga syarat diberikan kepada Mahathir iaitu sebaik saja menjadi kerajaan di Putrajaya, Mahathir perlu berusaha membebaskan Anwar dari penjara dan membuka jalan untuk beliau dilantik perdana menteri dalam tempoh antara enam hingga 12 bulan. – MYNEWSHUB.CC

Sektor media tahun depan kekal mencabar



KUALA LUMPUR 26 Dis. – Sektor media dijangka terus berdepan persekitaran mencabar pada tahun depan apatah lagi inisiatif pendigitalan yang dilaksanakan syarikat-syarikat media dalam usaha menangani penurunan perbelanjaan pengiklanan (adex) dilihat kurang berkesan.

Menurut AmInvestment Research, peningkatan penembusan internet berkelajuan tinggi dan kos data yang semakin rendah, akan terus mempercepatkan perubahan daripada kaedah media tradisional kepada medium digital menjadikan halangan sempadan adalah rendah dan kewa­ngan semakin mencabar.

Katanya, segmen media cetak akan menyaksikan penurunan berterusan dalam pendapatan edaran yang ketika ini mencatat kadar purata penurunan pada enam peratus bagi setiap separuh pertama yang berlarutan sejak tiga tahun lalu.

“Dalam masa sama, penutupan siaran ana­log (analog switch off – ASO) mulai Jun 2018 akan memberi kesan kepada pemain industri televisyen terutama bagi segmen siaran percuma (free-to-air - FTA).

“Bagaimanapun, sukan Olimpik Musim Sejuk dan Piala Dunia FIFA pada tahun hadapan akan merangsang kembali jumlah pengiklanan dan membantu menstabilkan kadar adex,” katanya dalam nota kajian di sini hari ini.

Kerajaan pada Jun lalu melancarkan televisyen terestrial digital, myFreeview yang menandakan bermulanya era siaran terestrial digital menggantikan siaran terestrial analog.

Projek Pendigitalan Penyiaran Nasional merupakan agenda nasional dan satu daripada inisiatif penting dalam Rancangan Malaysia Ke-11 yang akan menyaksikan pelaksanaan penutupan ASO secara berperingkat antara 2015 hingga 2020. Mengikut perancangan, kerajaan akan menutup siaran televisyen analog pada Jun 2018.

Dari segi prestasi media cetak pula, laporan yang dikeluarkan Audit Bureau of Circulations Malaysia bagi tempoh Januari hingga Jun 2017 mendapati akhbar Kumpulan Utusan, Utusan Malaysia mencatat edaran 115,830; Mingguan Malaysia (257,502), Kosmo (160,536) dan Kosmo Ahad (171,946).

Kumpulan Media Prima yang menerbitkan Berita Harian mencatat edaran 91,648; BH Ahad (77,614); Harian Metro (133,003); Metro Ahad (142,795) manakala akhbar bahasa Inggeris, New Straits Times, 44,779 dan New Sunday Times (49,396).

AKhbar terbitan kumpulan The Star Media pula, The Star menca­tat edaran 217,082 manakala Sunday Star, 216,355.

Sementara itu, Pensyarah Fakulti Komunikasi dan Pengajian Media, Universiti Teknologi Mara (UiTM), Ahmad Farami Abdul Karim menjangkakan adex akan meningkat antara empat hingga 10 peratus pada separuh pertama 2018 berbanding tempoh sama tahun ini.

Katanya, ia disebabkan jangkaan pilihan raya umum (PRU) yang akan memberi sentimen positif dari segi pengiklanan dan permintaan yang baik terutama kepada media konvensional.

“Seperti yang kita tahu, PRU akan membawa sentimen yang positif dan secara tidak langsung memberi kesan positif kepada adex. Ini turut disokong oleh pertumbuhan ekonomi yang baik pada tahun depan dan harga minyak global juga semakin melonjak,” katanya kepada Utusan Malaysia.

Bagaimanapun beliau berkata, media konvensional misalnya surat khabar, akan terus berdepan cabaran sekiranya tidak melaksanakan sebarang perubahan apatah lagi pengiklanan mudah alih mula mengambil tempat dalam kalangan generasi baharu.

“Oleh itu, terdapat keperluan supaya media konvensional tidak hanya bergantung kepada satu platform sahaja kerana audiens datang daripada pelbagai demografi dan tidak tertumpu pada sesuatu media sahaja.

“Sudah tiba masanya, untuk melaksanakan perubahan de­ngan melakukan pendekatan yang bersesuaian dengan persekitaran perniagaan bagi memenuhi permintaan pasaran,” katanya.

Sumber: http://m.utusan.com.my/bisnes/ekonomi/sektor-media-tahun-depan-kekal-mencabar-1.580072

Lantik Perdana Menteri Sementara Amalan Tidak Sihat Dan Tidak Berperlembagaan - Takiyuddin


KOTA BHARU -- PAS menganggap pendekatan sesetengah parti politik di negara ini untuk melantik perdana menteri 'sementara' jika menang pilihan raya umum ke-14 (PRU14) sebagai amalan tidak sihat dan tidak berperlembagaan.

Setiausaha Agung PAS Datuk Takiyuddin Hassan berkata proses melantik perdana menteri adalah suatu perkara yang ditetapkan dalam Perkara 43 Perlembagaan Persekutuan iaitu Yang di-Pertuan Agong hendaklah melantik suatu Jemaah Menteri untuk menasihati baginda dalam menjalankan fungsinya.

"Yang di-Pertuan Agong hendaklah terlebih dahulu melantik seorang anggota Dewan Rakyat sebagai perdana menteri untuk mempengerusikan Jemaah Menteri, yang pada hemat baginda mungkin mendapat kepercayaan majoriti anggota Dewan Rakyat itu," katanya dalam satu kenyataan di sini, hari ini.

Takiyuddin berkata Perkara 40 Fasal 2 pula memperuntukkan kuasa prerogatif Yang di-Pertuan Agong dalam hal pelantikan perdana menteri tanpa perlu bertindak mengikut nasihat mana-mana pihak iaitu boleh bertindak menurut budi bicara baginda pada melaksanakan fungsi melantik seorang perdana menteri.

Beliau berkata berdasarkan peruntukan berkenaan, jelas bahawa selepas PRU14, Yang di-Pertuan Agong boleh menggunakan 'hak istimewa' baginda untuk melantik seorang daripada 222 orang anggota Parlimen yang pada 'hemat' baginda mendapat kepercayaan majoriti anggota Dewan Rakyat.

Adalah menjadi amalan di Malaysia, Perdana Menteri akan dilantik daripada kalangan pemimpin parti yang mendapat majoriti kerusi di Parlimen, katanya.

Beliau berkata sekiranya berlaku sesuatu keadaan selepas sesuatu PRU di mana tidak ada satu parti yang memperoleh majoriti atau bilangan kerusi yang diperoleh masih gagal membentuk kerajaan, PAS berpandangan pada masa tersebut Yang di-Pertuan Agong akan menggunakan prerogatif baginda untuk memilih sama ada daripada parti majoriti mahupun parti minoriti untuk dilantik sebagai perdana menteri.

"Walau apa pun keadaannya, PAS berpandangan perdana menteri 'locum' bukan amalan yang baik dan tidak mencerminkan kerajaan yang dipimpinnya sebuah kerajaan yang stabil dan kuat," katanya.
-- BERNAMA

GLC versus GLC - all eyes on Broadnet's entry



The affected are mainly two giant government-linked companies or GLCs, namely Telekom Malaysia Bhd (TM) and Tenaga Nasional Bhd (TNB), who incidentally have a combined market capitalisation that tops RM100bil. Both are believed to be questioning Broadnet’s entry or at least coming to terms with what lies ahead.

THE entry of little-known outfit called Broadnet Network into Malaysia’s broadband scene has sent shockwaves into the industry.

The affected are mainly two giant government-linked companies or GLCs, namely Telekom Malaysia Bhd (TNB), who incidentally have a combined market capitalisation that tops RM100bil.

Both are believed to be questioning Broadnet’s entry or at least coming to terms with what lies ahead.

To recall, Broadnet is the company selected by the Government to undertake the Nationwide Fiberisation Plan (NFP) and has some level of government support to work with TNB, which has an extensive power cable network ripe for fiberisation to provide broadband services.

The government is also said to have a golden share in Broadnet although based on a company search, ownership lies with Datuk Mohd Ali Abd Samad, a former civil servant.

The question asked in this whole development is Broadnet’s track record to be afforded such a plum deal to spearhead the NFP. It’s a small outfit, owned by private hands at the moment and does not seem to have the financial clout based on records available.

On the flip side, the argument for the existence of a company such as Broadnet is the urgent need to hasten Malaysia’s fiberisation plan.

Many rural areas still do not have high-speed broadband and even places that do have it are subject to high pricing levels at, sometimes, questionable quality. There are several players providing broadband services but pricing is still higher compared to other countries.

A new set up taking advantage of TNB’s extensive and long-reaching infrastructure to deliver a cost-effective fibre-based telecommunication network should be good for the country.

TNB by itself should have commercialised this some time ago. It already has a fibre network on its transmission lines but that is being used for supervisory control and data acquisition purposes. The argument is that fibre is under utilised.

TNB cannot be held responsible for the under utilisation because provision of broadband is not its core business. Being the country’s main power utility, it has many other matters on its plate, including maintaining its massive power stations and building new ones as well as researching into and implementing, say, more renewable energy offerings.

Hence sometimes to hasten certain key projects, certain entrepreneurial parties need to get involved and get things moving.

And going by Communications and Multimedia Minister Datuk Seri Dr Salleh Said Keruak, the entry of the private sector for investments into building up the country’s fibre infrastructure is welcomed.

Going by some reports, the NFP will cost around RM10bil. Will Broadnet be raising that money for the project and if so, will it be provided some cushy terms from the Government to aid that fund raising?

Ideally, Broadnet should be raising the capital expenditure on its own, churning out the detailed business plans on how lucrative this business can be, sans any cushy terms by the Government. It should also strike commercially reasonable terms with the infrastructure owners such as TNB.

Sumber:https://www.thestar.com.my/business/business-news/2017/12/29/glc-versus-glc-all-eyes-on-broadnets-entry/#aDhD4xvUmLUb2B9t.99

(Kemaskini)Konvensyen Kebangkitan Ummah(KKU)



Konvensyen Kebangkitan Ummah (KKU) merupakan inisiatif NGO Gerakan Pembela Ummah (UMMAH)

(https://www.facebook.com/ummah.official) untuk membincangkan bidang-bidang yang menjadi kepentingan umat Islam ke arah mencapai objektif Ummah.

Konvensyen ini merupakan program yang mengemukakan pembentangan mengikut bidang-bidang kepentingan umat Islam. Peserta konvensyen mempunyai ruang untuk memberikan pandangan yang akan menjadi input kepada tindakan susulan UMMAH.

Justeru, UMMAH mensasarkan kehadiran seramai 1,500 orang terdiri daripada pelbagai NGO-NGO Islam, tokoh-tokoh agama, para ilmuan dan alim ulamak serta individu-individu yang prihatin terhadap Islam dari seluruh Negara.

Ayuh sertai kami jika anda salah seorang yang cakna isu ummah!

Pendaftaran dibuka sehingga 5 Januari 2018. Jom daftar sekarang di pautan berikut :

=> https://goo.gl/forms/LU9DSwlBdNmE5BL72.

Sebarang pertanyaan, sila hubungi:

017-680 3225 - Puan Sakinah
019-673 2037 - Puan Tini
012-297 4166 - Tuan Mahmud

Maklumat lanjut, layari
=> https://www.facebook.com/events/482708895456947

PAS: PM sementara bercanggah dengan perlembagan? - Takiyuddin



1. Parti Islam SeMalaysia (PAS) mengganggap amalan baru sesetengah parti politik di Malaysia melantik Perdana Menteri ‘Sementara’ jika menang dalam Pilihan Raya Umum (PRU 14) adalah suatu amalan yang tidak sihat dan tidak berperlembagaan.

2. Proses melantik Perdana Menteri adalah suatu perkara yang ditetapkan dalam Perlembagaan Persekutuan, Perkara 43 sebagaimana berikut:

43. (1) Yang di-Pertua Agong hendaklah melantik suatu Jemaah Menteri untuk menasihatinya dalam perjalanan fungsinya.

(2) Jemaah Menteri hendaklah dilantik seperti yang berikut, iaitu;

(a) Yang di-Pertua Agong hendaklah dahulu melantik sebagai Perdana Menteri untuk mempengerusikan Jemaah Menteri seorang ahli Dewan Rakyat yang pada hematnya mungkin mendapat kepercayaan majoriti ahli Dewan Rakyat itu;

Perkara 40 Fasal 2 pula memperuntukkan kuasa prerogatifYang Dipertuan Agong dalam hal perlantikan Perdana Menteri, tanpa perlu bertindak mengikut nasihat mana-mana pihak, iaitu sebagaimana berikut;

40. (2) Yang di-Pertuan Agong boleh bertindak menurut budi bicaranya pada melaksanakan fungsi yang berikut, iaitu;

(a) melantik seorang Perdana Menteri;

3. Berdasarkan peruntukan-peruntkan di atas jelaslah bahawa selepas PRU 14, Yang Dipertuan Agong boleh menggunakan ‘hak istimewa’ Baginda untuk melantik seorang daripada 222 orang Ahli Parlimen Malaysia yang pada ‘hemat’ Baginda mendapat kepercayaan majoriti Ahli Dewan Rakyat itu. Adalah menjadi amalan di Malaysia Perdana Menteri akan dilantik dari kalangan Pemimpin parti yang mendapat majoriti kerusi di Parlimen.

4. Namun demikian, sekiranya berlaku suatu keadaan selepas sesuatu PRU di mana tidak ada satu Parti yang memperolehi majoriti ataupun bilangan kerusi yang diperolehi masih gagal membentuk kerajaan, PAS berpandangan pada masa tersebut Yang DiPertuan Agong akan menggunakan prerogatif Baginda untuk memilih sama ada dari Parti majoriti mahupun minoriti untuk dilantik sebagai Perdana Menteri.

5. Walau apapun keadaannya, PAS berpandangan Perdana Menteri ‘locum’ bukanlah amalan yang baik dan tidak mencerminkan Kerajaan yang di’pimpin’nya sebuah Kerajaan yang stabil dan kuat.

Terima kasih.

Dato’ Takiyuddin Hassan,
Setiausaha Agung.

Bertarikh : 29 Disember, 2017

Sabah Quran Hour

Konvensyen Kebangkitan Ummah


Tarikh: 13 Januari 2018

Pra pendaftaran Konvensyen Kebangkitan Ummah(KKU) boleh dilakukan secara online di https://goo.gl/forms/LU9DSwlBdNmE5BL72

PRU-14 :Usah Percaya Tarikh Yang Tular Di Media Sosial - SPR



PUTRAJAYA – Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menasihatkan orang ramai supaya tidak mempercayai tarikh pembubaran Parlimen dan hari pengundian Pilihan Raya Umum ke-14 yang sedang tular dalam media sosial.

Pengerusinya Tan Sri Mohd Hashim Abdullah berkata hak membubarkan Parlimen adalah bawah perkenan Yang di-Pertuan Agong atas nasihat perdana menteri.
Advertisement


Dalam kenyataannya hari ini beliau berkata mesej yang sedang tular dan mendakwa kononnya Parlimen akan dibubarkan pada 11 Jan 2018, penamaan calon pada 11 Mac dan hari mengundi ditetapkan pada 25 Mac, adalah tidak munasabah.

“Ini kerana tarikh pembubaran dan pengundian yang dinyatakan adalah melebihi tempoh 60 hari seperti yang dinyatakan bawah Perkara 55(4) Perlembagaan Persekutuan yang menetapkan bahawa apabila Parlimen dibubarkan, suatu pilihan raya umum hendaklah diadakan dalam tempoh 60 hari dari tarikh bubar,” katanya lagi. – BERNAMA

Kejatuhan kerajaan negeri di bawah PAS bukan kerana rasuah


Terengganu: “PAS mengizinkan semua pihak untuk menyiasat kalau ada yang melakukan rasuah dalam kerajaannya mengikut cara yang adil tanpa fitnah semata-mata,” demikian kata Presiden PAS Dato’ Seri Haji Abdul Hadi Awang dalam laman twitternya. 

Menurut Dato’ Seri Haji Abdul Hadi, rasuah termasuk dalam dosa besar yang dilaknat Allah dan boleh merosakkan seluruh kehidupan manusia kerana ia mempengaruhi segala keputusan dan kelulusan. 

“Besarnya dosa rasuah kerana merosakkan seluruh kehidupan manusia, kerana merosakkan pentadbiran, pengurusan, kehakiman, membawa kesan negatif dalam kegiatan politik, ekonomi sehinggalah alam sekitar dan lain-lain. Ini disebabkan rasuah mempengaruhi segala keputusan dan kelulusan.” 

Tambah Ahli Parlimen Marang ini lagi, kejatuhan kerajaan pimpinan PAS bukan kerana rasuah sebaliknya PAS berjaya menegakkan kerajaan yang bersih daripada rasuah di semua negeri khususnya Kelantan. 

“PAS yang berusaha menghayati Islam berjaya menegakkan kerajaan yang bersih daripada rasuah di semua negeri yang diperintahnya khususnya Kelantan sehingga kini, kejatuhan kerajaannya bukan kerana rasuah.” 

Beliau juga berkata, PAS tidak melindungi dan mempertahankan individu yang terlibat dengan dosa rasuah dalam kerajaan parti itu dan mengalu-alukan siasatan dan tindakan diambil ke atas mereka yang terlibat. 

“PAS sentiasa membuka pintu sepanjang masa kepada semua pihak kalau ada terpandang berlakunya dosa besar ini untuk disiasat dan diambil tindakan. PAS tidak melindungi dan mempertahankan sesiapa yang melakukan dosa ini dalam kerajaannya.” 

Sumber: https://www.menara.my/kejatuhan-kerajaan-negeri-di-bawah-pas-bukan-kerana-rasuah/

NGO tawar RM5K kepada pemberi data asal usul keturunan pemimpin DAP, Kit Siang


SHAH ALAM - Sebuah pertubuhan bukan kerajaan yang pro-BN hari ini menyeru kepada mana-mana pihak yang pernah menjadi kawan kepada Ketua Parlimen DAP, Lim Kit Siang ketika di sekolah rendah supaya tampil dan menjelaskan beberapa perkara kepada orang ramai.

Presiden Pertubuhan Minda dan Sosial Prihatin (PMSP), Ramesh Rao dalam satu kenyataan hari ini berkata, pemimpin DAP itu sehingga hari ini bermain taktik politik kerana enggan mendedahkan butiran berkenaan tempat kelahirannya serta di mana lokasi kubur ibu bapanya.

"Saya mohon dan rayu kawan-kawan sekolah rendah yang pernah ajar Lim Kit Siang, tampil ke hadapan, amat penting sehingga ke hari ini, untuk kami tahu di mana sekolah rendah Kit Siang menjalani alam persekolahannya," kata Ramesh dalam kenyataan itu.

Kenyataan ringkas itu dimuatnaik sebagai status dalam laman sosial Facebook rasmi beliau, hari ini.


Menurut beliau, orang ramai dan pemerhati politik tidak tahu mengapa Kit Siang begitu bersungguh-sungguh menyembunyikan identiti tentang dirinya sehingga Kit Siang pernah memarahi seorang wakil media yang bertanyakan soalan kepada beliau berkenaan isu itu.

"Kita bimbang, Kit Siang ada agenda lain yang buruk terhadap negara jika perkara ini terus dirahsiakan kerana bermacam-macam khabar angin dan desas-desus yang kita dengar termasuk Kit Siang ada berketurunan dari komunis dari Parti Komunis Malaya (PKM) yang melakukan kerosakan dalam negara.

"Cerita pasal kelahiran dan tempat asal Kit Siang pun banyak yang mencurigakan, kita tidak tahu mana satu yang benar dan boleh dipercayai," katanya.

Oleh itu, Ramesh berharap mereka yang pernah berkawan dengan Kit Siang di peringkat sekolah rendah agar tampil ke depan dan menjelaskan perkara itu demi kebaikan rakyat kerana mereka begitu ingin tahu akan asal usul Kit Siang.

"Kalau boleh, kita ingin tahu sekali asal usul Lim Guan Eng anak kepada beliau. Kita tahu, ada yang kata isteri Kit Siang dikatakan tidak boleh berbahasa Melayu dengan baik, kalau berasal dan lahir di negara ini, mana mungkin perkara itu berlaku.

"Jika mereka belajar di Malaysia dan lahir di sini takkanlah mereka tidak boleh berbahasa Melayu dengan baik. Kit Siang di dalam Dewan Rakyat pun Bahasa Melayu yang digunakan bukan begitu fasih pun," kata Ramesh.

Sebelum ini, PMSP ada membuat tawaran wang tunai RM5,000 kepada sesiapa yang boleh menunjukkan di mana kubur ibu bapa Kit Siang sebagai salah satu usaha mengenalpasti asal usul dan keturunan Kit Siang yang sebenar bukannya dari maklumat-maklumat bercanggah di internet.


PH Hendak Buat 'Kerja Gila' Ke?



Beberapa portal berita hari ini melaporkan bahawa PKR sudah bersetuju supaya Tun Dr Mahathir menjadi Perdana Menteri (PM) untuk sementara jika Pakatan Harapan (PH) mendapat mandat nenerajui Putrajaya selepas PRU 14 ini.

PKR bersetuju Dr Mahathir menjadi PM bergantung kepada tiga syarat termasuk mengusahakan Dato Seri Anwar Ibrahim dibebaskan dan kemudian mengusahakan pula beliau menjadi PM dalam tempoh enam hingga 12 bulan.

Jika laporan portal itu benar, Pusat Penyelidikan PAS (PPP) melihat ia adalah merupakan satu episod malang kepada sistem kenegaraan Malaysia, apabila perlembagaan dan perundangan negara dimanipulasi sesuka hati oleh PH dan PKR

Sepertimana yang dimaklumi, Dato Seri Anwar adalah seorang banduan yang telah disabitkan kesalahan jenayah. Dari segi moral adalah sesuatu yang tidak wajar beliau dilantik menjadi seorang Perdana Menteri, jawatan nombor satu dalam eksekutif negara.

Sekiranya PH bersetuju dengan pelan peralihan jawatan PM yang dicadangkan PKR, ia jelas membelakangkan perundangan negara yang telah menetapkan seseorang banduan tidak boleh bertanding terus sejurus keluar dari tahanan, apalagi menjadi PM.

Selain daripada itu, adalah tidak beradab malah sangat menjengkelkan sekiranya PH dan PKR bermudah-mudah memanipulasi proses pengampunan oleh Yang Di Pertuan Agung sebagai salah satu kaedah untuk melepaskan Anwar.

Seandainya inilah pelan peralihan, ketara sekali PH adalah sebuah gabungan politik yang membelakangkan keluhuran perlembagaan dan kedaulatan undang-undang. Jika mereka memerintah selepas ini, negara akan menjadi tunggang langgang.

PPP yakin sebagai seorang bekas Perdana Menteri, Dr Mahathir akan keberatan untuk menunaikan hasrat tidak rasional PKR tersebut. Diyakini jika PH mendapat mandat memerintah akan berlaku perebutan kuasa PM disebabkan pelan peralihan yang tidak waras ini.


Dr Mohd Zuhdi Marzuki adalah Pengarah PPP


[1Media TV]2017: Kesan Berantai Derita Rakyat

Sheikh Abdul Hamid Kisyk: Singa Mimbar Yang Buta Namun Mampu Menggegarkan Dunia


Oleh : Dr Riduan Mohamad Nor.


Sejarah Islam bukan sahaja menyaksikan anak muda sebagai pemberani dan menggugah regim dan kezaliman ,namun tak kurang tokoh kurang upaya yang sangat hebat menyemangati ummah untuk kembali kepada Islam dan Syariahnya. Dalam dunia moden ini dua tokoh buta yang sangat berpengaruh dalam perjuangan Islam ialah Sheikh Dr Umar Abdul Rahman dan Sheikh Abdul Hamid Kisyk. Keduanya pemberani dan pemidato yang hebat sehingga dihumban dalam penjara oleh regim pemerintah.

Abdul Hamid Kisyk adalah khatib yang menoreh sejarah, kaset-kaset khutbahnya bertebaran di negara Arab saat kaset adalah medium penting dalam penyebaran dakwah dalam dekad 70an dan 80an. Mimbar jumaat adalah wahana dakwah yang penting yang boleh membangkitkan semangat juang umat Islam sebagaimana gaya dakwah Nabi SAW berkhutbah. Khutbah sewajarnya membicarakan isu-isu penting umat Islam dan membuka dimensi berfikir umat Islam akan cabaran dan tentangan disepanjang zaman. Menginsafi kepentingan medium dakwah inilah maka Sheikh Abdul Hamid memanfaatkan mimbar jumaat sebaik mungkin sehingga airmata jemaah mengalir berlinangan. Siapakan sang daie dengan gaya berkacamata hitam dengan suara khas yang memukau ini?

Sheikh Abdul Hamid Kisyk dilahirkan pada 10 Mac 1933M bersamaan 14 Zulkaedah 1315H di daerah Shubra Kheit dalam wilayah al-Buhaira, Mesir dari keluarga yang menitik beratkan pendidikan agama.

Menghafaz al-Quran seluruhnya ketika mencecah usia sepuluh tahun ketika belajar di Maahad Agama di Iskandariah dengan menjadi pelajar paling cemerlang kerana berjaya mendapat 100 peratus markah dalam semua mata pelajaran. Di peringkat menengah, beliau dihantar oleh bapanya untuk belajar di Maahad Al-Azhar di daerahnya dan menjadi pelajar terbaik peringkat seluruh Mesir kerana memperoleh markah tinggi.

Pada peringkat pengajian tinggi pula, menyambung pelajaran dalam Fakulti Usuluddin, Universiti Al-Azhar, dan juga berjaya menjadi pelajar pada kedudukan pertama selama empat tahun berturut-turut, beliau diberi kepercayaan untuk menyampaikan syarahan bagi subjek Nahu dan Sorof sambil dipantau oleh gurunya ketika di fakulti berkenaan, ini kerana kemampuannya yang dianggap luar biasa oleh sebahagian besar guru-gurunya.

Setelah tamat belajar pada 1957, beliau dilantik oleh pihak universiti menjadi Timbalan Dekan Fakulti Usuluddin walaupun masih belum memiliki ijazah peringkat PhD yang merupakan syarat bagi seseorang untuk dilantik ke jawatan itu. Namun beliau tidak selesa dengan jawatan tersebut apatah lagi untuk mengajar yang terikat dengan mata pelajaran. Hatinya sentiasa terpaut dengan mimbar untuk menyampaikan khutbah tanpa sekatan dan sukatan yang beliau telah biasakan diri sejak berumur 12 tahun. Pada 1961, Al-Azhar telah menganugerahkan tokoh ilmuannya pada Majlis Sambutan Hari Pendidik.

Pengalaman berkhutbah tanpa teks menjadi kegemarannya sejak di bangku sekolah apabila terdapat para khatib kampung yang tidak dapat datang menyampaikan khutbah, maka setiap mata para jemaah dikerlingkan ke arahnya untuk mengganti tempat khatib. Dengan gaya yang khutbahnya yang memukau, tambahan pula ayat-ayat al-Quran dan hadis-hadis Nabi sentiasa basah di bibirnya. Justeru tidak hairan jika khutbah yang disampaikan dirakam oleh jemaah hingga mencecah lebih dua ribu tajuk yang berbeza.

Walaupun buta, tetapi hati Sheikh tidak buta seperti sangkaan banyak pihak terutama pihak pemerintah Mesir yang menjalankan sistem pemerintahan Sekular, justeru ketidak-Islaman sistem tersebut membiarkan ramai golongan ulama' termasuk Sheikh Kisyk mengkritik dengan lancang terutama di atas mimbar.

Pada 1965, buat pertama kali, beliau ditangkap atas alasan mengkritik kerajaan dan dimasukkan dalam penjara Abu Za'bal, Qal'ah dan penjara perang selama dua tahun setengah, ketika itu Almarhum Sheikh menjawat jawatan Imam di Masjid 'Ain Hayah dan dibebaskan kemudian tanpa jaminan dan syarat.

Pada 1972, almarhum memulakan rentak baru dalam menarik pandangan umum mengenai kerajaan yang banyak berbohong kepada rakyat yang kononnya mereka lebih Islamik berbanding ulama' yang hanya pandai mengkritik, tetapi bagi Sheikh Kisyk, mengkritik bagi membetulkan kesalahan pemerintah dan kerajaan adalah fardhu ain yang mesti dijalankan tanpa ada rasa takut pada manusia.

Sheikh Kisyk adalah antara para ulama' yang tegas menyatakan kekesalan terhadap perjanjian 'Camp David' yang dimeterai antara Presiden Mesir ketika itu, Presiden Anwar Saddat dan Perdana Menteri Israel, Menachem Begin yang mencetuskan rasa tidak puas hati di kalangan rakyat Mesir khususnya, kerana ia berpihak kepada Israel yang sememangnya merampas hak rakyat Palestin yang wajib diperjuangkan.

Almarhum sekali lagi ditangkap dan dipenjarakan selama setahun setengah bersama para aktivis Islam yang tidak setuju dengan perjanjian yang dimeterai, selepas keluar daripada penjara pada 1981, secara automatik almarhum ditegah daripada menjadi Imam masjid dan dilarang sama sekali daripada menyampaikan apa sahaja bentuk kuliah agama.

Sosok yang sangat inspiratif ini berhujung nyawa dengan detik yang paling indah, beliau meninggal dalam usia 63 tahun iaitu saat sujud dalam solat sunat. Itulah doa bagi setiap muslim agar mendapat husnul khatimah dan itulah doa yang sentiasa mekar pada mulut daie sejuta ummat ini. 6 Disember tahun 1996, rohnya berkelana ke alam abadi setelah puluhan tahun berjuang sehingga beberapa kali mendekam dipenjara regim Mesir. Sang daie yang menjadi fenomena negara-negara Arab meliputi tanah Afrika Utara, kaset-kasetnya menjadi halwa telinga dan menggugah semangat peserta-peserta kebangkitan Islam dalam dekad 1970an dan 80an.

Penulis ialah AJK PAS Pusat, Pengerusi LESTARI

UMMAH: Jangan biadap pertikai hak Raja dan Agama Islam dalam Perlembagaan



Kenyataan Media Gerakan Pembela Ummah (UMMAH)

Gerakan Pembela Ummah (UMMAH) terpanggil untuk memberikan respon terhadap kenyataan Malaysian Consultative Council of Buddhism, Christianity, Hinduism, Sikhism and Taoism
(MCCBCHST) pada 27 Disember 2017 yang mendakwa, "Secularism is the cornerstone of the harmonious living for all Malaysians."

UMMAH menegaskan bahawa Perlembagaan Persekutuan itu mempunyai karekter tersendiri yang mendokong kedaulatan berkonsepkan Raja-Raja Melayu dan bercirikan ajaran Islam seperti diperuntukan di dalam Perkara 181(1) dan Perkara 3(1) Perlembagaan Persekutuan.

Sehubungan dengan itu, Islam didaulatkan sebagai agama bagi Persekutuan; Yang di-Pertuan Agong dikehendaki melafazkan sumpah menurut prinsip Islam bagi melindungi pada setiap masa agama Islam; kebebasan beragama diberikan kepada orang-orang Islam termasuklah untuk mengamal, menyebar dan menguatkuasakan undang-undang Islam di mahkamah; dalam pada kebebasan untuk mengamalkan agama masing-masing turut dijamin bagi para penganut agama-agama bukan Islam.

Kerangka undang-undang di atas secara jelas mentakrifkan Perlembagaan Persekutuan berkarakter Islam dan itulah kedudukan tertinggi yang dijunjung oleh Perlembagaan negara.

Tidak sekali pun istilah 'sekular' atau prinsip bagi memisahkan ketatanegaraan dengan agama Islam, ada disebut dalam Perlembagaan.

Justeru, tindakan MCCBCHST mendakwa bahawa Perlembagaan kononnya diasaskan atas prinsip sekular adalah tindakan biadab yang tidak bertanggungjawab, serta menafikan konsep kedaulatan Raja-Raja Melayu bertunjangkan Islam.

Di samping itu, UMMAH menyeru semua pihak untuk menghormati sejarah perundangan dan jati diri watan Tanah Melayu yang menjadi teras dalam penginstitusian Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu 1957.

Ditegaskan bahawa Ketatanegaraan Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu 1957 itu bukanlah dicipta oleh Suruhanjaya Reid semata-mata.

Ia adalah pelestarian unsur-unsur watan yang terdiri daripada Islam, raja-raja Melayu, hak-hak bangsa Melayu dan kedudukan bahasa Melayu seperti terakam dalam Perjanjian Negeri 1948 dan semua perlembagaan Negeri-negeri Melayu.

UMMAH ingin menegaskan bahawa rundingan kaum yang berlaku selepas penubuhan Suruhanjaya Reid itu adalah proses untuk membolehkan Raja-raja dan orang-orang Melayu membuka kerakyatan kepada kaum penghijrah.

Berdasarkan aspek-aspek di atas, semua pihak tidak wajar mempertikai kedudukan raja-raja sebagai pihak berkuasa yang menginstitusikan Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu dan pembentukan Malaysia yang ada pada hari ini.

Pada masa yang sama, semua pihak wajib akur bahawa Islam itu adalah agama bagi Persekutuan dan Negeri-negeri Melayu juga ciri kepada kedaulatan Raja-Raja Melayu.

HJ AMINUDDIN YAHAYA
Ketua Sekretariat
Gerakan Pembela Ummah (UMMAH)
9 Rabi'ul Akhir 1439H
28 Disember 2017

WhatsApp Henti Khidmat Utk Nokia,Windows, BlackBerry



APLIKASI permesejan popular WhatsApp akan menghentikan perkhidmatannya kepada pengguna Nokia,Windows dan BlackBerry (BB) selain daripada telefon pintar lama yang menggunakan versi perisian lama selepas 31 Disember ini.

WhatsApp yang dimiliki oleh Facebook itu dikatakan akan tamatkan perkhidmatannya buat telefon pintar Nokia Symbian S60, BlackBerry OS dan Blackberry 10, Windows Phone 8.0, Nokia S40 pada bila-bila masa selepas tarikh tersebut oleh kerana kesemua model itu tidak lagi menawarkan peningkatan teknologi.

“Jika anda pengguna peranti mudah alih yang terlibat ini, kami syorkan anda menaik taraf telefon pintar anda kepada model baru Android,iPhone atau Windows Phone untuk terus menggunakan WhatsApp,” menurut satu kiriman blog di dalam laman webnya.

Sistem operasi Android (yang biasa terdapat dalam telefon pintar Google, Samsung, HTC atau OnePlus) versi 2.3.7 dan terdahulu akan dihentikan perkhidmatannya pada 1 Februari 2020.

“Ini msrupakan satu keputusan yang sukar, namun ianya tindakan yang betul supaya kami dapat berkhidmat dengan lebih bauk kepada pengguna kami berhubung dengan rakan, ahli keluarga dan insan tersayang melalui WhatsApp,” kata kenyataan itu lagi.

Aplikasi yang dilancarkan pada tahun 2009 itu mempunyai lebih 1 bilion pengguna. WhatsApp telah dibeli oleh Facebook pada harga $19bil pada tahun 2014.--MYNEWSHUB.CC

Hanya Anwar boleh dedahkan hipokrasi Mahathir?



Oleh Abdul Rahman Malik

Kenyataan Ketua Whip PKR, Datuk Johari Abdul bahawa cadangan menobatkan Presiden PKR, Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail sebagai Timbalan Perdana Menteri terletak pada dua faktor, amat meragukan.

Pertama, katanya, cadangan itu tertakluk pada restu Ketua Umum Pakatan Harapan (PH), Datuk Seri Anwar Ibrahim dan prasyarat kedua ialah jika Pakatan Harapan (PH) perlu menang Pilihanraya Umum ke-14 (PRU14) dahulu.

Begitu juga dengan ura-ura PH mahu mengangkat Pengerusinya, Tun Dr Mahathir Mohamad, sebagai Perdana Menteri, juga tertakluk pada Anwar Ibrahim dan keadaan “rakyat yang terdesak kerana tiada calon lain”.

Sekaligus ia memberi gambaran bahawa dalam PH, Anwar berkuasa penuh walhal umum tahu itu adalah formaliti semata-mata. Anwar sengaja ‘diangkat-angkat’ demikian bagi ‘merabuni mata’ pemimpin PKR yang sudah tiada tempat berteduh.

PKR bercelaru. Kelelahan politik intensif sejak hampir dua puluh tahun lalu kini menunjukkan padahnya dan keretakan pimpinan nyata di antara presiden dan timbalannya, dan, timbalannya dengan panglima lain yang ‘dididik’ Anwar.

Keadaan ini mendesak ramai pemimpin memilih jalan selamat dan berusaha menggabungkan kekuatan dengan kerabat PH lain yang nampaknya selesa menyerahkan kerja merancang bagi PH di tangan Mahathir.

Mereka tahu Mahathir bukanlah orang “organisasi”. Sejak memimpin Umno lagi kerja pentadbiran diserahkan pada pegawai sahaja. Dalam PPBM soal pentadbiran diserahkan kepada presiden, Tan Sri Muhyiddin Yassin dan konco-konconya.

Malangnya Muhyiddin juga bukanlah pengurus yang cekap dan beliau juga menyerahkannya pada para pentadbir sahaja. Khasiatnya ialah, pentadbir kurang cekap lebih mudah mendengar kata. Sebab itu PPBM bercelaru.

Baik Mat Sabu mahupun Salehuddin Ayub, hanya mahu mendambakan Mahathir membuat keputusan strategik untuk PH. Begitu juga Lim Kit Siang dan Lim Guan Eng. Semua lebih senang bersandar pada nama dan pengalaman Mahathir.

Jadi bila nama Presiden PKR dilambung-lambung untuk jadi Timbalan Perdana Menteri, PKR yang sudah lelah itu mudah bersyukur dan tidak protes. Mereka boleh bersetuju dengan cadangan itu jika ‘Anwar bersetuju’.

Cara itu agak dayus mempertahankan Ketua Umum yang dalam dua PRU lalu menunjukkan kemampuannya menggerakkan penentangan terhadap Umno-BN dengan jayanya. Kini semua bergantung pada Mahathir.

Mujur Anwar tidak/belum berkata ya. Jika beliau juga bergantung pada Mahathir, bererti PKR tiada tempat istimewa dalam PH lagi. Jika Anwar menyokong bererti taraf dan nilai PKR sama seperti parti Amanah sahaja.

Walhal Anwar tinggal enam bulan sahaja lagi sebelum boleh melangkah pintu kemerdekaan. Jika beliau membuat komitmen sekarang, bererti payah untuknya merebut kembali kerusi Perdana Menteri daripada Mahathir.

Kini Mahathir perlu menunjukkan sikap ‘amanah’ dan tidak gopohnya. Dibiarkan PH menunggu jawapan daripada Anwar. Beliau perlu membeli masa.

Namun peguam (yang entah bila Anwar lantik) dari Amerika Syarikat, Kimberley Motley, cuba mendahului dengan mengatakan Anwar mesti dibebaskan kerana faktor umur dan hakikat beliau ialah pesalah politik bukan jenayah.

Secara teknikal Anwar bukan pesalah politik. Hakikatnya Anwar pesalah jenayah (liwat). Mahathir sendiri yang mengesahkannya. Beliau sanggup menghadapi media bersama Saiful Bukhari Azlan yang dikatakan menjadi mangsa Anwar.

Beliau juga memberitahu seluruh rakyat Malaysia dan dunia bahawa Anwar adalah pelaku seks di luar tabiie. Sebab itu, tegas Mahathir, Anwar tidak layak menjadi Perdana Menteri Malaysia kelima, keenam atau ketujuh.

Kini setelah memalitkan wibawa Anwar dengan kejijikan melampau beliau “berpura” pula mendakwa Anwar tahanan politik bukan jenayah.

Sebenarnya Mahathir kini bungkam. Jika tidak sokong peguam yang tiada locus standi (hak) untuk berpeguaman di Malaysia, belang beliau akan dihidu awam. Maka beliau terpaksa membuat U-turn dan berkata Anwar tahanan politik.

Jika beliau mengelak U-turn ini beliau akan melanggar tembok kebenaran. Bahawasanya beliaulah orang yang menuduh Anwar tahanan jenayah dan menolak status tahanan politik.

Begitu gigih dan jijik Mahathir terhadap ‘perbuatan’ Anwar walaupun kepimpinan Amerika Syarikat ketika itu, terutama Naib Presiden, Al Gore, bermati-matian menyatakan Anwar bukan penjenayah tapi mangsa konspirasi politik.

Bayangkan betapa kejamnya lelaki 92 tahun itu cuba membuat U-Turn dan memanipulasi keadaan untuk menjadi Perdana Menteri lagi dan menyorokkan ‘dosa besar’ yang dilakukanya di atas nama demokrasi dan agamanya, Islam.

Nanti apabila kebenaran terhambur, baik pimpinan PKR, dan Amanah akan tahu bahawa mereka juga ‘mencurangi Anwar’ untuk bermandi kuasa yang mereka kejar sejak 20 tahun lalu.

Anwar, tahanlah kesakitan sedikit lagi sehingga anda benar-benar segar untuk menunjukkan kepada dunia siapa sebenarnya Mahathir.

Tun Mahathir calon perdana menteri pilihan PKR?


Kuala Lumpur: Tiada sebarang persetujuan dicapai dalam mesyuarat biro mengenai siapa calon perdana menteri pilihan Parti Keadilan Rakyat (PKR), seperti mana yang dilaporkan dalam sebuah portal berita hari ini, kata naib presidennya Chua Tian Chuang, atau lebih dikenali sebagai Tian Chua.

Menurut ahli parlimen Batu itu, laporan itu dianggap mencurigakan kerana beliau tidak tahu siapa sumber yang dipetik, serta apa tujuan sebenar individu itu mengeluarkan kenyataan sedemikian kepada portal berita itu.

“Perkara ini tiada dalam pengetahuan saya. Saya tidak tahu siapa sumber itu dan sejauh mana keaslian (laporan) itu,” katanya ketika dihubungi Astro Awani di sini, hari ini.

Hari ini, sebuah portal berita tempatan melaporkan, Biro Politik PKR bersetuju dengan cadangan menjadikan Pengerusi Pakatan Harapan, Tun Dr Mahathir Mohamad sebagai perdana menteri sementara, dan Presiden PKR Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail sebagai timbalannya, seandainya pakatan pembangkang memenangi pilihan raya umum nanti.

Namun, laporan itu turut menyebut, persetujuan itu datang dengan syarat, Ketua Umum Pakatan Harapan, Datuk Seri Anwar Ibrahim dibebaskan dari penjara dalam tempoh enam hingga 12 bulan gabungan pembangkang itu berkuasa.

Anwar, yang juga Ketua Umum PKR, kini sedang menjalani hukuman penjara lima tahun bermula 2015, atas kesalahan meliwat bekas pembantu peribadinya Mohd Saiful Bukhari Azlan pada tahun 2008.

Ditanya sekiranya perkara itu dibincangkan pada mesyuarat biro politik pada 19 Disember lepas, Tian Chua akui ia antara kandungan mesyuarat, namun tiada sebarang persetujuan dicapai.

“Saya tidak tahu apa tujuan sebenar individu yang dikatakan sumber itu. Mungkin hanya untuk memaksa PKR membuat keputusan cepat (mengenai calon perdana menteri),” katanya lagi.--AstroAwani

Cabaran Sukar Mahathir, PPBM Menjelang PRU14


KUALA LUMPUR -- Tun Dr Mahathir Mohamad dan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) kelihatan berdepan cabaran sukar untuk menjadi relevan kepada rakyat terutama pengundi pada Pilihan Raya Umum (PRU) ke-14, berikutan pergolakan dan krisis yang dialami parti itu sepanjang tahun ini.

Apa tidaknya, dalam tempoh setahun lebih penubuhannya PPBM sudah pun dilanda konflik hilang kepercayaan oleh anggota terhadap kepimpinan tertinggi dan hala tuju parti, sekali gus menyaksikan ramai antara mereka bertindak keluar parti.

Antara yang meninggalkan parti itu termasuklah mereka yang menjadi pengasas penubuhan PPBM iaitu bekas Naib Presidennya Datuk Hamidah Osman, bekas Setiausaha Kerja Kamarul Azman Habibur Rahman dan bekas Ketua Srikandi Anina Saadudin.

Kamarul Azman bertindak keluar PPBM pada April lalu selepas mendakwa ia tiada hala tuju yang jelas dalam membela rakyat, sementara Hamidah dan Anina meninggalkan parti itu pada September kerana dikatakan kecewa dengan kepimpinan parti.

Beberapa lagi individu yang memegang jawatan penting pada peringkat pusat atau negeri turut mengumumkan keluar parti itu termasuk bekas Penolong Setiausaha Srikandi Hasnita Hishamudin pada September lalu dan lima pemimpin Srikandi termasuk seorang Exco Srikandi Malaysia daripada tiga bahagian di Kedah pada awal bulan ini.

Selain itu, tindakan keluar parti beramai-ramai oleh anggota PPBM turut dilaporkan sepanjang tahun ini atas pelbagai alasan yang menjurus kepada isu hilang keyakinan terhadap kepimpinan tertinggi, antaranya membabitkan kira-kira 500 anggota Bahagian Rembau, Negeri Sembilan, lebih 1,000 anggota di Perak dan 200 anggota di Melaka.

Selain isu anggota keluar parti, PPBM juga seperti berada di awang-awangan apabila berdepan kemungkinan dibatalkan pendaftaran oleh Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia jika gagal mengadakan perhimpunan agung tahunan dalam tempoh ditetapkan, sekali gus berdepan risiko tidak layak bertanding dalam PRU14.

Mungkin itulah realiti yang terpaksa dihadapi Mahathir yang sebenarnya boleh dijangka kerana penubuhan PPBM dibuat tanpa asas yang kukuh dan berlandaskan dendam serta niat semata-mata hendak menjatuhkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.

Selain kemelut yang dilanda partinya, Dr Mahathir juga seperti mempamerkan diri sebagai seorang yang tidak relevan apabila dilihat tidak konsisten dan gemar mengubah pendiriannya mengenai sesuatu perkara sehinggakan digelar 'juara u-turn' dan 'u-turn Mahathir' oleh Najib.

"Saya yang memulakan pelabelan DAP sebagai parti cauvinis Cina. Tetapi apabila saya mendekati mereka, saya mendapati mereka bukan parti hanya untuk Cina seperti MCA," kata Mahathir seperti dilaporkan oleh sebuah portal berita.

Bekas perdana menteri dan presiden UMNO dari 1981 hingga 2003itu ketika eranya lantang mengkritik DAP sebagai sebuah parti yang cauvanis dan pernah melabelkan penasihat parti itu, Lim Kit Siang, sebagai seorang yang rasis dan pelampau perkauman.

Mahathir juga pernah mengkritik Bantuan Rakyat 1Malaysia yang diperkenalkan kerajaan BN, namun kemudiannya membayangkan hasrat untuk meneruskan bantuan itu sekiranya pembangkang menang pada PRU akan datang.

Pengerusi PPBM itu turut mencetuskan kontroversi lain apabila dikatakan mengeluarkan kata-kata yang menghina masyarakat Bugis ketika berucap pada satu perhimpunan Oktober lepas sehingga mendapat kecaman pelbagai pihak termasuk Sultan Selangor Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah yang menzahirkan rasa murka dan amat kecewa baginda.

Pada 13 Julai lalu, Pakatan Harapan yang menggabungkan empat parti pembangkang DAP, PPBM, PKR dan Amanah mengumumkan struktur kepimpinan baharunya dengan Dr Mahathir dilantik sebagai pengerusi, manakala Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai Ketua Umum.

Keputusan mesyuarat Majlis Presiden pakatan pembangkang itu kelihatannya seperti ada keseragaman dan kesepakatan dalam kalangan parti komponen Pakatan Harapan, namun isu pokok iaitu calon perdana menteri masih terus menjadi persoalan.

Walaupun Kongres Nasional Tahunan PKR pada Mei lalu sepakat untuk menjadikan Anwar sebagai calon perdana menteri, namun pemimpin itu kini sedang menjalani hukuman penjara kerana kesalahan meliwat dan tidak mungkin berpeluang untuk bertanding pada PRU akan datang.

Awal bulan ini, timbul pula cadangan untuk melantik Mahathir ke jawatan itu dengan Presiden PKR Datuk Seri Dr Wan Azizan Wan Ismail sebagai timbalannya yang kononnya hanya menunggu restu daripada Anwar.

Isu calon perdana menteri Pakatan Harapan turut mendapat reaksi daripada Najib semasa menyampaikan ucapan penangguhan pada Perhimpunan Agung UMNO 2017 pada 9 Dis lalu, menyifatkan cadangan untuk melantik semula Dr Mahathir sebagai perdana menteri adalah tidak logik.

"Ada dengar juga ada orang umur 93 tahun berminat nak menjadi Perdana Menteri semula. Yang senja meniti malam, (bekas Presiden) Zimbabwe (Robert Mugabe) pun sudah tidak ada. Sebelah sana (pembangkang) sudah tidak menentu," kata Najib.

Terbaru, dalam satu sidang media pada 12 Dis lalu, Dr Mahathir berkata Pakatan Harapan belum membuat sebarang keputusan berhubung calon perdana menteri dan menyatakan kesediaannya untuk dicalonkan jika gabungan pembangkang tidak mempunyai calon lain.-- BERNAMA
© all rights reserved
made with by templateszoo