NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Trump layak mati kerana hina Kim Jong Un - Korea Utara


KOREA UTARA dalam satu kenyataan pada Rabu menyatakan bahawa Presiden Amerika Syarikat Donald Trump berhak dikenakan hukuman mati kerana menghina pemimpin Korea Utara, Kim Jong Un.

Minggu lepas, Trump menggunakan saluran media sosial pilihannya untuk meluahkan rasa tidak puas hati apabila mengetahui Jong Un memanggilnya dengan gelaran 'orang tua', sedangkan dia telah menahan diri daripada memanggil diktator Korea Utara itu sebagai 'pendek dan gemuk'.


Sebagai tindak balas ke atas kenyataan Trump itu, akhbar Korea Utara Rodong Sinmun menulis bahawa Trump kini telah 'dihukum mati oleh rakyat Korea'.

"Jenayah paling buruk yang tidak boleh diampuni adalah dia (Trump) berani menjatuhkan maruah kepimpinan tertinggi.

"Dia perlu tahu bahawa dia hanya seorang penjenayah yang telah dihukum mati oleh rakyat Korea," kata kenyataan itu.

Sejak menjadi presiden, Trump dilihat banyak terlibat dengan perang kata-kata dengan Kim Jong Un.

Sabtu lalu, Korea Utara mengeluarkan kenyataan mengecam kunjungan Trump ke Asia, dan
menyifatkannya sebagai satu 'lawatan si ketua peperangan', selain menggelarkan Trump dengan gelaran 'dotard', satu istilah penghinaan yang turut membawa maksud 'orang tua'.

© all rights reserved
made with by templateszoo