Secebis Kenangan Ziarah Ukhuwwah ke Pulau Banggi, Sabah



Sempat 2 hari 1 malam di Pulau Banggi jauh di utara Sabah setelah selesai ziarah adik-adik PDS di Keningau, Sook dan Pitas. Melihat sendiri jerit perih masyarakat pedalaman dan usaha gigih Da'ie PDS menghidupkan Surau Amal dan aktiviti kemasyarakatan.

Kedhaifan mereka membuat kami terkedu. Musim tengkujuh ini, makanan agak sukar. Hanya ubi bakar mengalas perut. Nak dibelikan minyak juga tidak mampu.

Aktiviti nelayan juga hampir saja tidak aktif. Jeti sudah binasa dimamah usia. Nak berniaga sesama sendiri juga sukar.

Anak-anak kecil melintasi sungai melalui jambatan gantung yang sudah usang.


Surau dan Balairaya guna untuk aktiviti masyarakat sudah reput dimakan anai-anai.

Cekal sungguh hati adik-adik Da'ie PDS di sini yang serba kekurangan dengan sumber air graviti yang terhad dan elektrik bergantung kepada generator jika ada minyak. Apatah lagi nak ber"WIFI" atau WhatsApp.

Lewat ziarah dan perbincangan dengan penduduk kampung, kami bercadang untuk terus membantu meringankan beban dan kesusahan hidup mereka.

1. Surau yang uzur perlu dibaiki sebagai pusat ibadah dan kegiatan masyarakat.

2. Jambatan untuk keselamatan anak-anak adalah keutamaan kami.

3. Tadika AMAL Hidayah yang beroperasi di Kg. Selangan dan akan dibina di Ulu Tembising juga memerlukan dana untuk pendidikan anak-anak.

Sahabat-sahabat yang dermawan boleh membantu dengan menyalurkan sumbangan ke akaun:

Bank Islam Malaysia Berhad
Pusat Dakwah Serantau
13053010005100

atau hubungi saya di talian 011-13209297 (Ust Izzuddin, Timbalan Mudir PDS, Yayasan Amal Malaysia)

Labels:
Reactions:
[blogger]

1Media.My

{facebook#facebook.com/1mediaonline} {twitter#YOUR_SOCIAL_PROFILE_URL} {google-plus#YOUR_SOCIAL_PROFILE_URL} {pinterest#YOUR_SOCIAL_PROFILE_URL} {youtube#YOUR_SOCIAL_PROFILE_URL} {instagram#YOUR_SOCIAL_PROFILE_URL}

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.
Javascript DisablePlease Enable Javascript To See All Widget