Sallehen: UMNO cuba 'umpan' PAS di Selangor



PAS Selangor tetap bersama dalam pemerintahan kerajaan Selangor, kata Pesuruhjaya PAS Selangor, Ustaz Sallehen Mukhyi.

Katanya, sekali pun media arus perdana dan pimpinan BN cuba membuang nama parti PAS, ia tidak betul.

"Nampaknya ini mainan mereka dan mungkin media serta orang-orang Umno mahu menafikan sumbangan PAS dalam kerajaan negeri.

"Dan dalam waktu yang sama seolah-olah PAS dilihat seakan mahu mencari bersama dengan Umno," katanya kepada Harakah.

Dalam laporan berita TV milik Umno pada 19 November lalu, nama PAS diketepikan dalam kerajaan Selangor sebaliknya hanya menyebut kerajaan pimpinan DAP dan PKR.

Mengulas lanjut, Solihin berkata sama ada disebut atau tidak nama PAS tetapi realitinya PAS berada dalam kerajaan Pakatan Rakyat di Selangor.

Ini katanya, kerajaan Selangor dibentuk selepas Pilihan Raya Umum 13 (PRU 13).

"Mandat itu mandat rakyat pada PRU13 dan PAS bersama kerajaan Selangor," katanya.

Jadi katanya, sesiapa pun tidak ada hak untuk buang PAS dalam kerajaan Selangor. – HARAKAHDAILY
Labels:
Reactions:

Post a Comment

[blogger]

1Media.My

{facebook#facebook.com/1mediaonline} {twitter#YOUR_SOCIAL_PROFILE_URL} {google-plus#YOUR_SOCIAL_PROFILE_URL} {pinterest#YOUR_SOCIAL_PROFILE_URL} {youtube#YOUR_SOCIAL_PROFILE_URL} {instagram#YOUR_SOCIAL_PROFILE_URL}

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.
Javascript DisablePlease Enable Javascript To See All Widget