Rohingya: Delegasi Anggota Parlimen Malaysia Tiba Di Chittagong



CHITTAGONG (Bangladesh) -- Rombongan 13 anggota Parlimen Malaysia yang dalam misi bantuan kemanusiaan untuk pelarian Rohingya di Cox's Bazar, tiba di Chittagong.

Sejurus tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Shah Amanat Chittagong di sini pada kira-kira 10.35 pagi waktu tempatan, mereka meneruskan perjalanan dengan menaiki bas untuk ke bandar Cox's Bazar, kira-kira 143km dari sini dan dijangka mengambil masa lima jam.

Rombongan yang diketuai Timbalan Yang Dipertua Dewan Rakyat Datuk Seri Ronald Kiandee itu disertai angggota Parlimen Barisan Nasional dan pembangkang antaranya Timbalan Menteri Pengangkutan Datuk Ab. Aziz Kaprawi, Datuk Ago Anak Dagang (BN-Kanowit), Datuk Raimi Unggi (BN-Tenom), Siti Zailah Mohd Yusoff (PAS-Rantau Panjang) dan Datuk Kamarudin Jaffar (PKR-Tumpat).

Turut menyertai misi tersebut ialah wakil Majlis Keselamatan Negara (MKN), Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA), Kementerian Pengangkutan, Kementerian Pertahanan dan Pejabat Timbalan Perdana Menteri.

Misi dua hari itu bertujuan menyerahkan sumbangan anggota Parlimen Malaysia kepada badan bukan kerajaan (NGO) Malaysia iaitu Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia (MAPIM) dan Persatuan Bantuan Perubatan Malaysia (Mercy Malaysia) yang berada di negara ini untuk diagihkan kepada pelarian Rohingya di Kem Pelarian Kutupalong, kira-kira 35 km dari Cox's Bazar.

Di samping itu, anggota rombongan berkenaan juga dijangka meninjau perkembangan terkini Hospital medan tajaan Malaysia yang sedang dibina berhampiran kem pelarian berkenaan.

Awal bulan ini, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berkata Hospital Medan berkenaan boleh menempatkan sehingga 150 pesakit pada satu masa selain dilengkapi bilik pembedahan, x-ray serta bilik khas bagi kemudahan ibu dan anak yang dijangka mula beroperasi selewat-lewatnya 1 Dis ini.

Hospital medan itu akan dikelola sepenuhnya Kementerian Kesihatan Malaysia dengan seramai 140 petugas Pasukan Perubatan Malaysia termasuk doktor pakar akan ditempatkan di hospital berkenaan.-- BERNAMA
Labels:
Reactions:
[blogger]

1Media.My

{facebook#facebook.com/1mediaonline} {twitter#YOUR_SOCIAL_PROFILE_URL} {google-plus#YOUR_SOCIAL_PROFILE_URL} {pinterest#YOUR_SOCIAL_PROFILE_URL} {youtube#YOUR_SOCIAL_PROFILE_URL} {instagram#YOUR_SOCIAL_PROFILE_URL}

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.
Javascript DisablePlease Enable Javascript To See All Widget