NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Rayuan bantuan musim sejuk pelarian Syria



Konflik di Syria telah memasuki tahun keenam tanpa kelihatan tanda-tanda pengakhirannya. Lebih 5 juta rakyatnya kini menjadi pelarian di negara-negara jiran seperti Turki, Lubnan dan Jordan. Manakala, 7 juta menjadi pelarian di dalam negara kerana kediaman dan kampung halaman mereka musnah akibat peperangan.

Mangsa yang paling terkesan adalah kanak-kanak, warga emas dan wanita. Saban tahun mereka terpaksa menempuhi bulan November hingga Mac yang bersuhu sejuk tanpa kemudahan dan pakaian secukupnya.

Derita mereka perlu diringankan. PASRelief akan sampaikan bantuan segera kepada mereka. Salurkan sumbangan anda melalui Tabung Kemanusiaan Antarabangsa PASRelief 5640 7061 2333 (Maybank).

Nota: Selepas sumbangan dibuat, sila tulis SELIMUT atau MAKANAN di dalam aplikasi WhatsApp dan hantarkan ke talian 012-596 9220 untuk pengesahan. Terima kasih.

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo