NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

PRU14: Zahid beri bayangan  selepas Tahun Baharu Cina



BAGAN DATUK: Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi memberi bayangan pilihan raya umum ke-14 (PRU14) bakal diadakan selepas Tahun Baharu Cina nanti.

Perkara itu dinyatakan Zahid yang juga ahli Parlimen Bagan Datuk dalam ucapannya ketika merasmikan Tokong Teoh Fu Kiong di Hutan Melintang, hari ini.

Beliau menggunakan perkataan “Hari besar” seolah-olah merujuk PRU14 yang kini menjadi tanda tanya ramai bila ia akan diadakan.

“Jangan lupa hari besar (Tahun Baharu Cina) akan sampai, lepas Tahun Baharu Cina akan ada ‘hari besar’ lain. Kalau dulu bikin silap (tak undi BN) tak apa, saya maafkan. Kalau boleh kali ini jangan bikin silap lagi,” katanya.

Ucapan Zahid itu disambut sorakan lebih 500 orang Cina setempat yang hadir pada majlis perasmian tokong itu. Tahun Baharu Cina dijangka disambut pada 16 dan 17 Februari depan.

Mandat kerajaan persekutuan diterajui BN akan berakhir 24 Jun 2018 dan PRU14 perlu diadakan dalam tempoh 60 hari selepas tarikh itu.

Zahid turut menyentuh kebebasan beragama di negara ini yang membawa kepada keharmonian dalam kalangan masyarakat pelbagai kaum dan agama.

“Kerajaan Malaysia merupakan kerajaan yang cukup prihatin dan memahami perbezaan agama walaupun dalam Perlembagaan negara kita agama Islam sebagai agama rasmi persekutuan tetapi agama lain bebas diamalkan.

“Ertinya kerajaan Malaysia kerajaan yang adil dan menghormati semua agama di negara kita kerana Islam mengajar kita untuk menghormati agama lain,” katanya.

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo