NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Perkasakan Sultan, Mereka Telah Bersumpah Dengan Sumpah Rabbani



Putrajaya: Tiga perkara penting dalam memastikan kedaulatan Islam kekal di Nusantara iaitu, Allah, penduduk yang cintakan negara dan sultan, demikian menurut Shaykh Muhammad Bin Yahya Al-Husayni An-Ninowy sewaktu berucap di Syarahan Umum DIAN anjuran Institut Kajian Strategik Islam Malaysia (IKSIM) di Putrajaya pada hari ini.

Menurut Shaykh Muhammad lagi, institusi kesultanan adalah sebahagian daripada sistem nilai-nilai nusantara yang telah terabadi selama ribuan tahun lamanya dan kedudukan institusi ini perlu diperkukuhkan.

“Memperkukuhkan dan memantapkan peranan raja-raja, kerana mereka telah bersumpah “Wallahi, Wabillahi, Watallahi”, dan ini merupakan satu sumpahan rabbani,” jelas Shaykh Muhammad lagi.

Menurut Perkara 37(1) Perlembagaan Persekutuan, Yang Dipertuan Agung perlu bersumpah dengan lafaz “Wallahi, Wabillahi, Watallahi”. Shaykh Muhammad menjelaskan bahawa ini ialah sumpah tertinggi bagi memelihara Islam pada setiap masa.

Shaykh Muhammad juga menasihati umat Islam di Malaysia supaya tidak mengorbankan jati diri hanya untuk meniru dan mengambil masuk budaya baru dari luar. “Pertahankan apa yang baik dalam tradisi dan, ambil apa yang baik serta tinggalkan apa yang buruk dari apa yang baru,” jelas beliau lagi.

Sumber:https://www.menara.my/perkasakan-sultan-mereka-telah-bersumpah-dengan-sumpah-rabbani-syeikh-nunowiy/

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo