NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Perang Musa-Shafie tidak untungkan mana-mana pihak?


Ketua Menteri Sabah Tan Sri Musa Aman berkata Presiden Parti Warisan Sabah Datuk Seri Mohd Shafie Apdal perlu membiarkan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menjalankan kerjanya menyiasat dakwaan rasuah melibatkan Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah semasa beliau menjadi menterinya. 

Beliau berkata Shafie perlu lebih tenang dalam mendepani keadaan itu dan bukannya melemparkan tuduhan terhadap pihak lain dan cuba membabitkan orang lain. 

“Tidak perlu panik. Tiada apa yang perlu ditakutkan sekiranya anda tidak bersalah seperti peribahasa Melayu “berani kerana benar, takut kerana salah”,” katanya kepada pemberita semalam. 

Musa berkata sehingga kini beliau tidak menyebut walau sepatah pun perkataan berkaitan kes itu walaupun diserang secara terbuka dalam ceramah politik dan sosial media Shafie (foto). 

"Bagaimanapun hari ini saya rasa saya terpaksa kata sesuatu kerana beliau cuba membabitkan saya di Parlimen dengan menyatakan seseorang yang ada kaitan dengan saya mendapat satu projek. 

"Saya sendiri tidak tahu menahu akan projek yang dikatakan itu, saya mempunyai keluarga besar dan ramai saudara mara. Saya tidak boleh halang mereka yang baik dengan Shafie daripada mendapat projek,” katanya. 

Beliau berkata Shafie perlu bersikap lebih ‘gentleman’ dan tidak menggunakan imuniti Parlimen dan taktik berdolak-dalik untuk mengalihkan tumpuan daripada dirinya. 

Musa berkata SPRM telah menahan individu sama ada daripada parti politik kerajaan dan juga pembangkang dalam menyiasat kes-kes rasuah di negara ini. 

"Isu kes ini kononnya bermotifkan politik langsung tidak berasas kerana SPRM telah menahan individu daripada parti pemerintah dalam banyak kes lain,” katanya.

Beliau berkata SPRM perlu dibiarkan menjalankan siasatan rasmi tanpa rasa takut atau pilih kasih dan pastinya tanpa perlu menggembar-gemburkannya secara dramatik. 

“Mungkin sesetengah orang ada masa untuk merungut dan menggembar-gemburkannya di merata tempat tetapi saya tidak kerana saya perlu menjaga 

- Bernama








© all rights reserved
made with by templateszoo