NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Pemberita Mesti Sedia Mental Dan Fizikal


Oleh : Norzalina Ab Rahman
Foto : Syazwan

KEMAMAN – Seorang pemberita hendaklah sentiasa bersedia dari segi mental dan fizikal untuk menghadapi segala cabaran yang akan mendatang.

Timbalan Pengarah Jabatan Penerangan dan Hubungan Media PAS Negeri Terengganu, Haji Sazali Mohd Noor berkata, selain itu, untuk mencari sesuatu sumber atau berita mestilah ‘bawa otak jangan hanya bawa tengkorak’.

“Dalam menyampaikan sesuata berita, hendaklah benar dan tepat sebagaimana (suruhan Allah) ayat yang terkandung di dalam al-Quran menyebut tentang pentingnya sesuatu berita,

Beliau berkata demikian ketika menyampaikan syarahan dalam Bengkel Penulisan Berita, Pengurusan Video Dan Live Facebook yang diadakan di Dewan Raudhatul Quran, Pengkalan Cicar, Bukit Kuang, Sabtu 11 November, disini.

Sehubungan itu, beliau mengharapkan semua berita PRU ke-14 yang disampaikan oleh pemberita terutama dari pihak calon dapat diselaraskan bagi tujuan penyaluran terus kepada media rasmi Harakah atau BuletinOnline.

Program yang dianjurkan oleh Lujnah Penerangan PAS Kawasan Kemaman dengan kerjasama Jabatan Penerangan PAS Negeri Terengganu dan Kumpulan Aktivitis Media Independen(KAMI) Terengganu.

Seramai 20 orang peserta hadir pada program itu yang telah dirasmikan oleh Timbalan Ketua Lajnah Penerangan PA Kawasan Kemaman, Ustaz Asri Kadir.

Turut hadir sama Ketua Biro Harakah Terengganu, Khairul Azlam Mohamad dan Setiusaha Pemuda PAS Kawasan Kemaman, Ustaz Zawawi.--BuletinOnline.Net
© all rights reserved
made with by templateszoo