NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

MPAJ wujudkan zon gerai-gerai makan



Tahniah kpd MPAJ yg telah mewujudkan zon gerai-gerai makan di hadapan kedai Speed 99, Jln Pandan Mewah dekat Masjid Al-Azim. Gerai-gerai tersebut beroperasi di sebelah malam.

Sebelum ini saya membantah apabila sebuah gerai dibuka pada waktu malam di situ kerana kawasan tersebut dimonopoli oleh seorang peniaga.

Tetapi MPAJ telah membenarkan lebih banyak gerai beroperasi maka memberi peluang kepada lebih ramai peniaga. Saya lihat kawasan tersebut boleh memuatkan 3 atau 4 gerai lagi.

Saya berharap MPAJ tidak akan menghalang peniaga-peniaga lain kerana mereka akan dituduh sebagai pilih-kasih atau terdapat sesuatu yang tidak kena.

Oleh itu, ini adalah peluang untuk rakyat menceburkan di dalam bidang perniagaan di dalam keadaan peluang pekerjaan yang semakin berkurangan. Saya juga tahu ada beberapa peniaga yang berminat.

Tahniah MPAJ!

YB Dato' Iskandar A. Samad
Ahli Dewan Negeri Chempaka
15 November 2018

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo