NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Mengapa PPBM Belum Mesyuarat Agung?


KUALA LUMPUR, 15 Nov -- Semalam, Setiausaha Agung Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) Datuk Dr Shaharuddin Md Salleh memberikan kenyataan kepada Pendaftar Pertubuhan (RoS) berikutan aduan bahawa kepimpinan tertinggi gagal mematuhi perlembagaan parti itu, termasuk kegagalan semua cawangan dan bahagian PPBM mengadakan mesyuarat, selepas ditubuhkan setahun lalu.

Shahruddin dipanggil selepas lapan bahagian PPBM di Johor membuat aduan tersebut kepada RoS.

Itulah sebab PPBM tidak dapat mengadakan mesyuarat agung tahunan (AGM) pertamanya sebagaimana dikehendaki oleh RoS adalah kerana peringkat cawangan dan bahagian parti itu masih belum berbuat demikian.

Pengerusi parti itu Tun Dr Mahathir Mohamad berkata, bila peringkat bawah belum mengadakan mesyuarat masing-masing, maka mustahil bagi mereka hendak menghantar perwakilan ke AGM parti.

"Ketika ini, kita belum mengatur mesyuarat kerana untuk mengadakan AGM, kita kena adakan mesyuarat cawangan dahulu, kemudian peringkat bahagian, kemudian baru kita boleh tentukan siapa yang akan menghadiri AGM," katanya pada sidang akhbar di lobi Parlimen hari ini.

Sumber asal di Bernama.com
© all rights reserved
made with by templateszoo