NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

MAPIM kesal Sidang ASEAN tidak menyentuh isu Rohingya



Kenyataan Media

14 hb November 2017

MAPIM KESAL SIDANG ASEAN TIDAK MENYENTUH ISU ROHINGYA

MAPIM sangat kesal kenyataan Sidang Kemuncak Asean ke 13 di Filipina baru- baru ini yang mengenepikan samasekali isu penindasan terhadap etnik Rohingya yang kini sedang berlaku di Myanmar.

Mengikut laporan media , kenyataan yang dideraf oleh tuan rumah persidangan tersebut iaitu Filipina tidak menyentuh mengenai penderitaan etnik Rohingya yang sedang disaksikan sehingga hari ini.

Tidak ada disebut apa-apa mengenai lebih 600,000 pelarian Rohingya yang terbaru melarikan diri ke Bangladesh.

Ini adalah suatu pernyataan yang sangat melanggar semangat keharmonian dan kestabilan di Asean . Malah ia mengkhianati kesepakatan melindungi hak manusia yang dicapai antara anggota pertubuhan tersebut sebelum ini.

Apakah Asean kini sedang ditundukkan oleh kehendak Myanmar dalam suatu isu yang jelas sedang mendapat perhatian dunia? Malah Setiausaha Agung PBB, Guteres menggesa Myanmar menerima semula etnik Rohingya untuk pulang ke perkampungan mereka di wilayah Rakhine.


Jika alasan yang diberi oleh Aung San Suu Kyi , keganasan di Myanmar dianggap urusan dalam negera dan prinsip Asean adalah tidak campur tangan dalam urusan dalam negara , maka jelas Asean sudah tunduk kepada hipokrasi pemenang Keamanan Nobel itu.

Pada 1999 ketika beliau berjuang menentang junta tentera Mynmar dan meminta dunia campurtangan atas nama hak manusia dan demokrasi , kini beliau menolak campur tangan luar untuk menghentikan kekejaman tentera Myanmar yang membunuh dan mengusir ratusan ribu etnik Rohingya.


Soalnya jika Asean ditegakkan atas nama kesatuan dan kestabilan komuniti Asean, kenapa suatu operasi genosid dan penghapusan etnik yang terang-terangan berlaku di Myanmar tidak mendapat perhatian dalam Sidang Kemuncak Asean ke 13 tersebut.

Kami sangat kecewa tidak ada seorangpun pemimpin anggota Asean dalam ucapan mereka yang menyentuh mengenai isu Rohingya.

Adakah ini suatu kompromi untuk memastikan Myanmar tidak memboikot persidangan tersebut diatas penganiyaan ratusan nyawa Rohingya yang dizalimi oleh negara itu?

Setiap pemimpin Asean sepatutnya peka dengan perhatian dunia yang kini memberi fokus kepada suatu operasi penghapusan etnik di Myanmar terbesar didunia. Tidak mungkin ini boleh dianggap urusan dalaman Myanmar sehingga tidak boleh dikritik oleh masyarakat dunia amnya dan Asean khususnya.

Asean kini boleh dianggap hanya badan yang mandul dan tidak boleh mempertahankan hak manusia dan membela hak etnik minoriti dirantau ini seperti yang disepakti sebelum ini.

Kami mendesak supaya Asean menyatakan sikap tegas terhadap isu tentera Myanmar menindas etnik Rohingya dan bertindak sesuai dengan undang-undang antarabangsa terhadap hak minoriti.

Jika ini tidak boleh ditunjukkan oleh Asean maka kewujudannya tidak ada erti kepada golongan minoriti dan ia bertukar menjadi sebuah forum retorik semata-mata dan hanya bertumpu kepada kepentingan golongan majoriti yang berkuasa.

MOHD AZMI ABDUL HAMID
President MAPIM

Address: 1, Tingkat 1, Carlton Holiday Hotel & Suites, Persiaran Aquatik, Seksyen 13, 40100 Shah Alam, Selangor Darul Ehsan, Malaysia.
Mobile: +6 019-4744 856
Office/Fax: +6 03-5523 8545

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo