NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Laporan Audit: Kejora Hadapi Konflik Kepentingan Libatkan Pengurus


KUALA LUMPUR -- Lembaga Kemajuan Johor Tenggara (Kejora), sebuah agensi badan berkanun di bawah Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, menghadapi konflik kepentingan melibatkan lima pengurus bahagian Kejora.

Menurut Laporan Ketua Audit Negara 2016 Siri 2 yang dikeluarkan hari ini, lima pengurus berkenaan turut memegang jawatan sebagai Ketua Pegawai Eksekutif di syarikat subsidiari Kejora bagi tempoh dua hingga tujuh tahun.

"Pengurus ini juga bertanggungjawab terhadap bidang tugasan yang sama di Kejora dan syarikat subsidiarinya sehingga menyebabkan rangka kerja pengurusan dalam memastikan transaksi dijalankan secara 'arms length' (transaksi bebas) tidak diwujudkan akibat konflik kepentingan ini," menurut laporan itu.

Sehubungan itu, laporan berkenaan mengesyorkan Kejora mengambil empat tindakan bagi memastikan kelemahan tersebut tidak berulang dan memperkemaskan lagi pengurusan hartanah.

Langkah itu ialah mewujudkan prosedur operasi standard (SOP) bagi pembangunan perumahan secara usaha sama secara terperinci supaya kepentingan Kejora terjaga dan pengurusan pembangunan perumahan mendapat 'best value for money' serta mencapai objektif ditetapkan.--Bernama
© all rights reserved
made with by templateszoo