NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

KUSEL: Kerajaan Malaysia adalah yang terbaik di dunia



Bodohnya rakyat Malaysia jika tak ambil peluang dengan kerajaan yang ada. Anda bagaimana?


Susahnya berniaga selain Malaysia tanahairku...

Berikut adalah perbincangan usahawan di Negara Asean. 

1. Sewa kedai perlu bayar sewa setahun tidak termasuk deposit, di Malaysia cuma bayar deposit 3 bulan dan boleh terus menyewa sehingga 3 atau 5 tahun. 

2. Pinjaman Bank cuma dalam tempoh 3 tahun, di Malaysia jika beli rumah kedai sehingga 25 tahun hingga 30 tahun maksimum. 

3. Wajib ada cagaran itupun cuma 50% nilai cagaran untuk membeli rumah, di Malaysia tanpa cagaran dan pinjaman sehingga 90%. untuk rumah pertama kerajaan bantu lagi RM 30K. 

4. Beli kereta / kenderaan wajib tunai, jika loan perlu cagarkan tanah atau apa2 aset berbanding di Malaysia beli kereta ada yang 100% loan. 

5. Intrest 2% sebulan atau maksimum 30% tanpa jaminan sesiapa, di Malaysia 4% setahun dengan jaminan kerajaan. 

6. Usahawan yang nak meminjam perlu cagarkan tanah sendiri atau rumah. itupun tidak melebihi RM 10K sahaja. Di Malaysia, PUNB, MARA, TEKUN, AIM, SME BANK pinjaman tanpa cagaran, dengan jaminanan 4% dan tempoh sehingga 10 tahun. jumlah sehingga RM 10 juta.

7. Di negara lain tak ada GERAN kerajaan. Di Malaysia Usahawan yang terpilih dapat GERAN Percuma daripada kerjaaan RM 500K hingga RM 1 juta.


Perbincangan dilanjutkan sehingga saya ceritakan PPRT, BR1M, Dana Food Truck dan lain - lain. Biarpun saya tahu mereka tidak mempercayai kata2 saya. 

Saya ceritakan kepada rakan - rakan usahawan di luar negara, mereka ketawa dan mengatakan saya menipu. Mereka kata cuma kerjaaan gila saja bantu rakyat sampai macam tu. Bayangkan nasib usahawan di luar negara yang saya temui termasuk Indonesia, Filiphine, Thailand, Singapore. Susahnya mereka menjadi usahawan.

Mereka kata bodohnya rakyat Malaysia jika tak ambil peluang dengan kerajaan yang ada. Mereka sampai kiamat tak akan dapat peluang macam rakyat Malaysia. Saya sebak dan hampir menitiskan air mata. Selama ini kerajaan Malaysia terbaik di dunia. 

Sesungguhnya bersyukurlah, Kerajaan Malaysia adalah yang terbaik di dunia dalam membantu rakyat. 

"Saya Sayang Malaysia"



DATO' ZAINI TAHA ialah Presiden KUSEL
Rencana ini pandangan peribadi penulis dan tidak semestinya mencerminkan pendirian rasmi
1Mediaonline



© all rights reserved
made with by templateszoo