Kini Baru Geng HARAPAN Faham Apa Itu “King Maker”



Penulis HARAPAN dalam media mereka menyerang PAS kerana 2 MP PAS bertindak berkecuali di dalam undian usul pengundian blok (belah bahagian) RUU Perbekalan KPDNKK. Perbahasan peruntukan kementerian berperingkat yang sudah berlangsung sejak 14/11/17 hingga 28/11/17.


Mereka menyebar luas kononnya berkenaan kos sara hidup dan kenaikan harga barang. Mereka juga membuat fitnah kononnya dengan berkecualinya 2 MP ini maka PAS setuju bahawa rakyat sekarang sedang bermewah dan tidak di bebani oleh kemelesetan ekonomi. Ini fitnah sangat jahat terhadap PAS.

Undian belah bahagi ini berlaku apaaila G Manivannan (PKR-Kapar) bangun sebaik sahaja Menteri KPDNKK Datuk Seri Hamzah Zainudin menggulung perbahasan RUU Perbekalan peringkat jawatankuasa bagi kementeriannya. 

Manivannan telah mencadangkan supaya undi belah bahagian diadakan untuk menentukan sokongan terhadap RUU Perbekalan tersebut dan cadangan itu kemudian diterima oleh Timbalan Speaker Datuk Seri Ronald Kiandee.

Semasa bahas RUU Kementerian Kerjaraya, HARAPAN tak minta pengundian blok? Adakah mereka setuju dengan tol yang ada serata tempat di negara kita?

Ini dipanggil manipulasi isu. Tak hairanlah untuk menutup 26 MP yang tak hadir, cybertropper HARAPAN diarah untuk menyerang PAS. Malangnya surat sebaran ini terlepas di media sosial. Mana cybertropper nak letak muka. Cybertropper cap ayam!!


Lama tak dengar kenyataan Khalid Samad, Bila Khalid keluar suara memang melucukan. Dia kata 26 MP tak hadir tu strategi, takut BN tahu nak buat pengundian blok. Orang biasa cakap menipu, dia akan menipu walaupun penipuan menunjukkan dia ni tak cerdik.

Marzuki Abd Rahman ada menulis antara tokoh besar PH yang tidak hadir masa pengundian Bajet untuk Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) beroperasi bagi tahun 2018 ialah

1.  Ketua Pembangkang, Dato' Seri Dr Wan Azizah (Permatang Pauh)  
2.  Ketua Ahli Parlimen DAP, Lim Kit Siang (Gelang Patah) 
3.  Presiden PPBM, Tan Sri Muhyiddin Yassin (Pagoh) 
4.  Timbalan Presiden PKR, Dato' Seri Azmin Ali (Gombak)  
5.  Pengerusi DAP, Tan Kok Wai (Cheras)  
6.  Naib Presiden PKR, Nurul Izzah Anwar (Lembah Pantai)
INI STRATEGI YANG SANGAT BERKESAN UNTUK KABUR BN KATA KHALID SAMAD... jangan gelak.

Antara isi kandungan Bajet KPDNKK yang hendak diluluskan yang berjumlah RM1.43 billion adalah untuk melaksanakan program;

- pembangunan perdagangan dalam negeri 
- pembangunan koperasi 
- pendayaupayaan pengguna
- kecemerlangan organisasi 

Ini bukan undian berkenaan usul untuk kenaikan kos sara hidup dan harga petrol seperti yang di FITNAH oleh puak parti Islam baru AMANAH (PAN) dan HARAPAN.

King Maker
PAS pada asalnya mensasarkan 40 kerusi sahaja, iaitu sekitar 18% dari jumah 222 kerusi parlimen Malaysia. Sasaran ini bergantung kepada kemampuan yang ada pada diri PAS, "ikut ukuran badan" kata orang tua-tua. Sasaran ini berubah mengikut situasi dan keadaan. Pasal itu ada bilangan kerusi yang berlainan dinyatakan dalam beberapa orang pimpinan PAS. Itu tidak lari daripada strategi asal 40 kerusi.

Kenapa PAS tak sasar jatuhkan BN ganti pemerintah.
Jawapan mudah untuk orang yang cerdik dan berakal PAS masih belum mampu lagi buat masa ini. Jangan kita bodoh tak mampu tapi bernafsu tinggi.

Kenapa PAS tak bersama HARAPAN sudah pasti boleh mencapai cita-citanya untuk jatuhkan BN/UMNO??

Ini soalan yang baik.

PAS lama dah bersama dengan konsep tahaluf siyasi semenjak 80an dahulu. Dulu dengan parti-parti yang disebut nyamuk, kemudian dengan Semangat 46 dan paling akhir Pakatan Rakyat. Ini memang baik tapi ada kelemahan dan keburukkannya. Pada awalnya sangat baik masuk penggal kedua PAS dikhianati. Bukan diri PAS tetapi PRINSIP PERJUANGAN ISLAM PAS. Yang khianat ini bukan sahaja rakan tahaluf tetapi pimpinan PAS yang cuba menyeleweng perjuangan PAS daripada perjuangan berlandaskan ISLAM kepada sedikit LIBERAL demi nak tarik bukan ISLAM.

Nasib baik ALlah jaga perjuangan PAS, mereka yang menyeleweng akhirnya tertapi dan meninggalkan PAS.

Kini PAS tak terikat nak sokong HARAPAN atau KERAJAAN atas apa-apa isu. Demi untuk ISLAM PAS mesti bijak mengambil kesempatan ini.
Hasrat PAS menjadi “kingmaker” dinyatakan pada awal Januari apabila lidah rasmi parti Harakah menyiarkan kenyataan Dr Nik Muhammad Zawawi Salleh bertajuk, “PAS ‘kingmaker’ PRU14” pada muka depannya.

Pada 9 April, Timbalan Presiden PAS Tuan Ibrahim Tuan Man mengulangi ia tidak akan menyertai PH atau bekerjasama dengan DAP dan Amanah. Sebaliknya, memberi tumpuan membina blok ketiga dengan Parti Ikatan Bangsa Malaysia.

Tapi geng HARAPAN mempermainkan strategi PAS ini. 
Mereka tidak faham politik bukan bacaan macam logik sifir 1, 2, 3. Lihat bagaimana Mahathir boleh jumpa Anwar. Bagaimana IKRAM mengorbankan gerakan dakwaahnya demi politik.


Lebai nak ucap tahniah kepada 2 MP PAS iaitu Ustaz Idris Ahmad dan Siti Zailah Mohd Yusoff  membuat keputusan berkecuali. Baru mereka sedar 2 undi PAS sangat penting. Ini dipanggil "KING MAKER" dalam menentukan keputusan.

Malang bagi lima ahli parlimen PAS yang lain mengundi menentang belanjawan itu, iaitu  Ahmad Marzuk Shaary (Bachok), Wan Hassan Mohd Ramli (Dungun), Nik Mazian Nik Mohamad (Pasir Puteh), Izani Husin (Pengkalan Chepa) dan Ahmad Baihaki Atiqullah (Kubang Kerian). Mereka belum faham lagi kenapa Jamaah menetapkan berkecuali, sebagaimana tidak fahamnya tentera yang berada atas bukit atas arahan diberikan.

Labels:
Reactions:
[blogger]

1Media.My

{facebook#facebook.com/1mediaonline} {twitter#YOUR_SOCIAL_PROFILE_URL} {google-plus#YOUR_SOCIAL_PROFILE_URL} {pinterest#YOUR_SOCIAL_PROFILE_URL} {youtube#YOUR_SOCIAL_PROFILE_URL} {instagram#YOUR_SOCIAL_PROFILE_URL}

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.
Javascript DisablePlease Enable Javascript To See All Widget