NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Kerajaan Selangor Prihatin Isu Perumahan Generasi Kedua Felda

 SOALAN NO. 6 ( TG SEPAT )

b) PERUMAHAN GENERASI KEDUA FELDA.




Untuk makluman Yang Berhormat, Projek Perumahan Generasi Kedua buat masa ini hanya tertumpu kepada Felda Sg. Tengi Selatan, Daerah Hulu Selangor adalah merupakan sebuah projek inisiatif Kerajaan Negeri yang dimajukan oleh PKNS. 


Projek ini meliputi pembangunan sejumlah 136 unit Rumah Berkembar Satu Tingkat yang mana Kerajaan Negeri akan membiayai sepenuhnya kos pembangunan infrastruktur yang dianggarkan berjumlah RM7.65 juta. 


Ia akan dijual dengan harga RM96,000 sebuah.


Jika Kerajaan Negeri tidak menanggung kos infrastruktur, harga jualan sebuah rumah adalah sehingga RM150,000.


Kos projek ini adalah RM20.4 juta.


Berikut adalah status semasa dan sasaran bagi kelulusan yang berkaitan dengan cadangan pembangunan perumahan generasi kedua Felda Sg. Tengi Selatan :

i. Kelulusan Kebenaran Merancang (KM) Bersyarat telah diperolehi dari Majlis Daerah Hulu Selangor (MDHS) pada 5 Mei 2017.

ii. Kelulusan KM Penuh dari MDHS telah diperolehi pada 12 September 2017.

iii. Pelan Bangunan dan Pelan Sementara disasarkan untuk mendapat kelulusan dari MDHS pada bulan November ini.


iv. Kerja-kerja pembinaan dijangka dimulakan di tapak oleh kontraktor yang dilantik pada akhir bulan November ini.
© all rights reserved
made with by templateszoo