Kerajaan Belum Bercadang Ubah Kadar GST


KUALA LUMPUR, 20 Nov -- Kerajaan belum bercadang untuk mengubah kadar perlaksanaan Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) yang ditetapkan pada enam peratus, kata Kementerian Kewangan.

Dalam jawapan bertulis yang diedarkan kepada media semasa persidangan Dewan Rakyat hari ini, kementerian itu menjelaskan bahawa kadar tersebut ditetapkan setelah kajian terperinci yang telah dibuat untuk memastikan ia pada kadar yang paling bersesuaian bagi Malaysia.

Kementerian Kewangan berkata demikian bagi menjawab soalan Khalid Abdul Samad (PAS-Shah Alam) yang ingin mengetahui sama ada kerajaan akan mempertimbang untuk menurunkan kadar GST daripada enam peratus.

"Kerajaan sentiasa ingin memastikan bahawa sistem percukaian negara yang meliputi cukai langsung, termasuk kadar cukai korporat dan individu, serta cukai tidak langsung, dapat menggalakkan aktiviti ekonomi dan mengekalkan daya saing negara dalam jangka panjang," katanya.

Antara faktor yang diambil kira daripada impak perubahan kadar GST termasuk kesan pertumbuhan ekonomi, indeks harga pengguna, dan kemasukan pelaburan termasuk pelabur asing, katanya.-- BERNAMA
Labels:
Reactions:
[blogger]

1Media.My

{facebook#facebook.com/1mediaonline} {twitter#YOUR_SOCIAL_PROFILE_URL} {google-plus#YOUR_SOCIAL_PROFILE_URL} {pinterest#YOUR_SOCIAL_PROFILE_URL} {youtube#YOUR_SOCIAL_PROFILE_URL} {instagram#YOUR_SOCIAL_PROFILE_URL}

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.
Javascript DisablePlease Enable Javascript To See All Widget